China, yang dipimpin Parti Komunis, mempunyai lebih 40,000 masjid pada tahun 2010. Jumlah ini bertambah 5,000 masjid dari tahun sebelumnya. Demikian kata Naib Ketua Persatuan Islam China, Guo Chengzhen.
"Kami perkirakan ada lebih 40,000 masjid di China," kata Guo yang didampingi Mustafa Yang Zhibo, wakil ketua persatuan itu, apabila menerima kunjungan para wartawan Indonesia dan Malaysia, di Beijing, Rabu.
Data statistik terbaru masih dalam proses tapi tahun 2009 saja sebanyak 35,000 masjid telah dibina, katanya. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi, terutama di wilayah yang majoriti Muslim seperti di Xinjiang dan Ningxia, dan wilayah yang ada penduduk Muslimnya, jumlah masjid di China terus bertambah.
"Pembangunan masjid dibiayai oleh masyarakat tapi kerajaan komunis China memberikan subsidi atau bantuan dana," kata Guo.
Kerajaan China mula meningkatkan pembangunan ekonomi di wilayah bahagian barat negara itu, tempat majoriti penduduk Muslim tinggal. Mereka merasa iri dengan wilayah di Timur yang mengalami pembangunan dan pertumbuhan pesat, tambah Mustafa.
Selain itu, kerajaan komunis China, juga mendorong umat Islam yang tinggal di bahagian barat untuk berpindah ke wilayah-wilayah yang pembangunannya pesat di bahagian timur. "Pelbagai kemudahan untuk bekerja atau membuka perusahaan dan restoran diberikan," ujar Mustafa.
Sebagai contoh, di wilayah Shenzen, bahagian timur China, ada 6,000 - 7,000 Muslim. Di bandar Yiwu, wilayah Zhe Jiang, juga sudah ada masjid yang besar. Jumlah masjid itu dan 45,000 imam di China dapat memenuhi keperluan ibadah kaum Muslim di China yang berjumlah kira-kira 23 juta orang, dan terus bertambah.
"Kami tidak mahu pembangunan masjid bertambah di atas keperluan umat Islam di sini," kata Guo. Di China juga terdapat 10 institut pendidikan Islam, di antaranya Institut Islam di Xinjiang, di Zhenzou, di Ningxia dan beberapa bandar dan wilayah lain.
Kerajaan China, mendakwa, sangat menghormati rakyatnya yang beragama. Sebagai contoh, wilayah yang majoriti beragama Islam seperti di Xinjiang dan Ningxia diberikan hak autonomi sejak tahun 1958. Bahkan pada Aidil Adha pun, wilayah Xinjiang meliburkan pejabat kerajaan selama tiga hari dan wilayah Ningxia empat hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)