Filem Hollywood, Kung Fu Panda 2 bertemu dengan situasi yang janggal pada hari Sabtu di China. Sementara peminat-peminat beratur panjang untuk menonton tayangan pertama, yang lain-lain menganjurkan boikot pada filem Amerika dengan unsur-unsur cerita China itu.
Kung Fu Panda 2 dikeluarkan di China ketika menjelang Hari Kanak-kanak Antarabangsa, menambah lebih elemen Cina seperti permainan bayangan dan tarian singa.
Namun, beberapa orang seniman dan ilmuan Cina berpendapat bahawa filem, yang dihasilkan oleh DreamWorks itu telah memutar-belitkan budaya China dan berfungsi sebagai alat untuk "menculik" fikiran rakyat China.
"Hari kanak-kanak harus murni. Jangan mengubahnya menjadi hari menghasilkan wang, dan jangan memperbodohkan generasi penerus kami dengan 'makanan segera' Amerika," menurut sebuah surat terbuka kepada pengurus pawagam Cina yang ditulis oleh Zhao Bandi, seorang seniman avant-garde, berharap untuk memboikot filem 'yang di Amerika kan'.
Selama dua minggu terakhir, Zhao telah menggunakan wang sendiri untuk membayar menerbitkan surat edaran di surat khabar di Beijing dan Guangzhou, mendesak para peminat agar tidak menonton filem itu. "Ini adalah perjuangan," katanya.
Pada tahun 2008, Zhao pernah memulakan kempen yang serupa untuk memboikot filem Kung Fu Panda, yang kemudiannya menjadi cerita kartun rekod box office negara, dengan penjualan tiket bernilai 180 juta yuan ($27.7 bilion dolar AS).
Tindakannya disokong oleh Kong Qingdong, seorang profesor bahasa Cina terkenal di Universiti Peking, yang mengatakan bahawa unsur-unsur China telah menjadi iklan produk untuk menyokong budaya Amerika.
"Ini adalah serangan budaya," kata Kong.
[Xinhua]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)