Nampaknya semakin bertambah selebriti yang bermimpi kiamat. Tidak kurang juga yang mendapat hidayah dengan cara lain dan kemudiannya berubah ke arah kebaikan dengan menutup aurat, lebih Islamik dan seumpamanya.
Saya sendiri ada pengalaman beberapa kali bermimpi seolah-olah kiamat berlaku. Sehingga ada satu kali tu, seolah-olah bumi hancur, tanah runtuh dan saya terus jatuh ke dalamnya, hinggalah terkejut tidur.
Tentang mimpi ini saya tidak ceritakan pada orang, melainkan kali ini terdetik juga untuk menulis di sini, semoga dapat jadi pengajaran bersama, bahawa Kiamat itu pasti akan berlaku. Cuma bila masanya, hanya Allah Ta'ala saja yang tahu.
Tak perlu saya sembang panjang lagi, mari kita teruskan kepada artis-artis, selebriti dan personaliti yang pernah bermimpi kiamat.
1 - Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat
23 Sept 2011 - Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.
"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.
Bacaan selanjutnya di mStar
2 - Marshanda pakai tudung kerana mimpi kiamat
Dalam blognya di amarshanda.com, pada 27 November 2010, Marshanda "Chacha" Andriani iaitu seorang pelakon Indonesia (terkenal dengan cerita Soleha), ada menulis tentang sebab mengapa dia sudah memakai tudung jilbab.
Ura-ura yang mengatakan bahawa beliau mula memakai tudung kerana bermimpi kiamat telah diakui oleh beliau sendiri. Dia mengatakan bahawa dia telah bermimpi bahawa dunia ini kiamat selama 5 malam berturut-turut.
Seperti telah dirancang kan? 5 malam berturut-turut pula tu. Begitulah kalau hidayah dari Allah sudah sampai, dalam waktu sebentar manusia boleh berubah, dan kejadian yang berlaku pun seperti luar biasa. Tidak masuk akal terjadi dengan sendirinya 5 malam berturut-turut dengan mimpi kiamat melainkan adalah peringatan atau tanda-tanda dari ilahi.
Mungkin berkat Marshanda berlakon drama-drama yang berunsurkan islamik dan memegang watak sebagai wanita solehah, dan didoakan oleh peminat-peminatnya maka dia mendapat hidayah. Apa-apa pun semuanya adalah kehendak Allah. Kita tumpang bersyukur lah ke atasnya.
Apa yang difikirkannya dalam mimpi-mimpi itu, “Ya allah, sekarang ini kiamat, sementara dosa gw tuh banyak banget, kalo saya mati sekarang it’s for sure pasti saya masuk neraka.”
Alhamdulillah, dia sudah mengambil langkah yang sangat bagus sekali. Dan semoga dia dapat istiqomah hingga ke akhir hayat .......
3 - Ezlisa Loy bertudung selepas mimpi kiamat
1 Jan 2013 - Ezlisa Loy, adik kepada pelakon wanita meningkat naik iaitu Elfira Loy, juga telah mengambil keputusan yang merupakan suatu perubahan besar dalam hidupnya.
"Ia perkara yang agak peribadi untuk saya. Sebenarnya, saya mendapat mimpi yang menakutkan iaitu tentang hari kiamat. Sebulan sebelum memakai hijab saya bermimpi di mana waktu itu saya seorang diri dalam perjalanan ke masjid. Secara tiba-tiba seperti meteor jatuh dari langit dan ketika itu saya berasa sangat takut. Kebetulan pula, mama dan keluarga lain tiada bersama saya dan saya perlu melaluinya seorang diri. Walaupun bermimpi, saya rasa seolah-olah ia benar-benar terjadi. Akhirnya, saya jumpa juga mama dan terus tersedar daripada tidur. Apabila tersedar saya menangis dan terus berlari kepada mama."
"Sebelum berhijab, saya ada seorang rakan lelaki yang sering bercerita tentang kisah-kisah Nabi, dosa dan pahala serta berkenaan agama. Namun tidak pula dia bercerita tentang menutup aurat. Dia juga bercerita tentang Persatuan Tabligh yang diikutinya kepada saya."
Bacaan selanjutnya di ammboi.com
4 - Who's next?
Alhamdulillahi robbil 'alamin. Adakah anda tahu siapa lagi? Dan kalau anda sendiri pernah bermimpi kiamat, sila lah bercerita. Kalau ada lagi nanti, insyaAllah akan diupdate :D

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)