Seorang lelaki British yang bernama Paul Mason disahkan sebagai manusia yang paling gemuk di dunia dengan berat 444.5 kg. Lelaki berusia 48 tahun itu mengidap penyakit ketagihan makan dimana dia makan sebanyak 20,000 kalori sehari , berbanding dengan pemakanan lelaki biasa iaitu sebanyak 2,500 sehari.
Dia sekarang sudah tidak boleh berjalan dan hanya terlantar di atas katil. Sebelum ini Manuel Uribe dari Mexico yang memegang rekod manusia paling gemuk dengan berat 572 kg. Tetapi Manuel telah berjaya mengurangkan separuh berat badannya dan telah berkahwin tahun lepas.
Paul pernah juga mengurangkan berat badannya sehingga 285 kg, tetapi ianya tidak bertahan lama. Selepas ibunya meninggal dunia, kerajaan tempatan telah menghantar 2 orang jururawat untuk menjaganya. Kos yang dibelanjakan untuk Paul ialah sebanyak 10 ribu pound setahun.
Doktornya bimbang tentang jantungnya tidak berupaya untuk menampung beban yang besar dan membawanya untuk rawatan perubatan rapi. Untuk membawanya, pada mulanya jawatankuasa kesihatan merancang untuk mengangkutnya menggunakan helikopter tentera, tetapi sebagai ganti, mereka hanya menggunakan ambulan yang telah diperlengkapkan.
Via - People's Daily Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)