Berita Terkini

Sepsis

Apa itu sepsis? Menurut pakar perubatan dan Gastroenterologist Hospital Pantai Indah, Kuala Lumpur, Dr. Matvinder Singh, sepsis adalah sejenis jangkitan yang berlaku seperti e.Coli, Listeria Monocytonegenes, Streptococcus Pneumoniae, Haemophilus Influenzae jenis B adalah antara jenis mikro organisma yang menjadikan tahap jangkitan sepsis itu bertambah teruk.

Jangkitan

Menurut beliau, jangkitan tersebut jika dibiarkan berlanjutan bukan sahaja boleh mengakibatkan kerosakan pada organ dalaman tetapi juga kejutan (shock) malah boleh membawa maut.

Terdapat juga sesetengah kes yang membabitkan kemasukan bakteria dalam darah manusia sehingga mengubah kompleksiti penyakit itu. Dalam keadaan itu, jangkitan itu dipanggil sebagai Septicemia.


Di samping itu ujar beliau, kelemahan sistem imum badan secara tidak langsung memberikan peluang kepada mikro organisma seperti bakteria, virus dan fungus untuk membiak sekali gus memburukkan kadar jangkitan dalam badan seseorang.

"Namun begitu, kemungkinan ketiga-tiga mikro organisma hadir bersama dan menyebabkan serangan serentak adalah tipis melainkan jika sistem imum mereka tumbang secara tiba-tiba," katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Dalam pada itu tegasnya, jangkitan sepsis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada golongan kanak-kanak, belia mahupun warga tua.

Kebanyakan kes jangkitan yang dikesan, menurut Matvinder, adalah berpunca daripada faktor kebersihan yang kurang memuaskan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Katanya, individu-individu yang bertindak melawat ke kawasan-kawasan kotor dan tidak terurus khususnya mereka yang selalu sakit akan mendapati dirinya semakin lemah.

Begitu juga keadaannya dengan mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Individu-individu tersebut harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga tabiat pemakanan mereka.

Misalnya dengan mengambil pil-pil vitamin, protein and sumber galian lain bagi membolehkan anggota badan mereka mewujudkan satu antibodi dalam melawan jangkitan penyakit.

Pada masa yang sama, Matvinder berkata, sepsis boleh merebak melalui beberapa cara antaranya menerusi titisan-titisan air,batuk,bersin and juga luka-luka pada bahagian badan.

"Saya bimbang jika jangkitan sepsis itu tidak dirawat segera, serangan bakteria berkenaan akan memberikan kesan serius kepada organ organ dalaman terutamanya bahagian jantung, sistem perkumuhan, hati, ginjal and sistem usus manusia," tambahnya

Simptom

Jadi, apakah simptom-simptom awal yang menunjukkan seseorang itu dijangkiti sepsis? Matvinder menjelaskan, antara simptom-simptom awal yang perlu diberikan perhatian ialah demam panas melebihi 100.4 Fahrenheit, tekanan darah tinggi, sakit-sakit sendi, menggigil, mudah rasa penat and kesukaran untuk bernafas.

Malah, mereka yang menghidap penyaki kencing manis juga tidak terkecuali daripada jangkitan penyakit itu. Menyedari hakikat itu, Matvinder menyarankan pesakit supaya berjumpa dengan doktor segera bagi mendapatkan diagnosis keadaan penyakit mereka.

Definisi

Sepsis dianggap hadir jika jangkitan adalah amat dicurigai atau terbukti dan dua atau lebih kriteria gerak balas radang sistemik (SIRS) adalah bertemu seperti berikut:

* Kadar jantung > 90 degup setiap minit

* Suhu badan <> 38 °C (100.4 °F)

* Hiperventilasi (kadar respirasi tinggi) > 20 pernafasan setiap minit atau, pada gas darah, satu PaCO2 kurang daripada 32 mm Hg

* Bilangan sel darah putih <> 12000 sel / mm³ (<> 12 x 109 sel / L), atau lebih besar daripada 10% bentuk jalur (sel-sel darah putih yang tidak matang).

Takrif-takrif konsensus bagaimanapun meneruskan untuk berkembang dengan pengembangan terbaru senarai tanda-tanda dan gejala-gejala sepsis bagi mencerminkan pengalaman klinikal sisi katil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.