Berita Terkini

Lohong Hitam

Lohong hitam atau lubang hitam (black hole) adalah tumpuan jisim dengan medan graviti yang sungguh kuat sehinggakan halaju lepas (escape velocity) berhampiran dengan lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Ini membayangkan bahawa tiada sesuatu bendapun, termasuk cahaya, mampu melepasi gravitinya, dengan itu istilah "hitam/gelap". Istilah "lubang gelap" digunakan secara meluas, walaupun teori itu tidak merujuk kepada sebarang lubang dalam bentuk sebagaimana biasa.

Lohong hitam dijangka oleh teori kerelatifan am (general relativity ). Menurut teori ini, tiada jisim atau maklumat boleh mengalir dari dalam lohong hitam kepada pemerhati yang berada di luar (contoh. seseorang tidak dapat membawa keluar jisimnya, atau menerima pantulan balik dengan menyinari sumber cahaya seperti lampu suluh, atau mengambil sebarang maklumat mengenai bahan yang masuk ke dalam lubang gelap), walaupun mekanik kuantum mungkin membenarkan pengecualian dari hukum yang tegas ini. Kewujupan llohong hitam dalam alam ini disokong secara teori dan pemerhatian astronomi; walau bagaimanapun, sebahagian kecil pakar fizik tidak bersetuju.


Sejarah

Konsep sesuatu benda yang amat besar sehinggakan cahaya sekalipun tidak mampu bebas darinya telah dikemukakan oleh pakar geologi Inggeris John Michell dalam kertas kerja 1783 yang dihantar kepada Royal Society. Pada masa itu, teori graviti Newtonian dan konsep halaju lepas diketahui dengan jelas. Michell membuat pengiraan bahawa benda sebesar 500 kali jejari matahari dan kepadatan yang sama pada permukaannya laju bebas menyamai kelajuan cahaya, dan dengan itu adalah ghaib. Dalam katanya:

If the semi-diameter of a sphere of the same density as the Sun in the proportion of five hundred to one, and by supposing light to be attracted by the same force in proportion to its mass with other bodies, all light emitted from such a body would be made to return towards it, by its own proper gravity.


Walaupun dia tidak fikir begitu, Michell mempertimbangkan kemungkinannya terdapat banyak objek sebegitu mampu wujud dalam kosmos tanpa kita berupaya melihatnya.

Pada 1796, ahli matematik Perancis, Pierre-Simon Laplace mempromosikan idea yang sama dalam edisi pertama dan kedua bukunya Exposition du Systeme du Monde, tetapi tidak dalam edisi seterusnya. Idea ini tidak mendapat sambutan pada kurun ke-19, kerana cahaya pada masa itu dianggap merupakan gelombang yang tidak mempunyai jisim, jadi tidak dipengaruhi oleh graviti

John Archibald Wheeler pada tahun 1967 yang memberikan nama "Lohong / Lubang Hitam" sehingga menjadi popular di dunia bahkan juga menjadi topik diminati para penulis sains fiksyen. Kita tidak dapat melihat lohong hitam akan tetapi kita boleh mengesan materi yang tertarik / tersedut ke arahnya. Dengan cara inilah, para ahli astronomi mempelajari dan mengidentifikasikan banyak lohong hitam di angkasa melalui pemerhatian yang sangat berhati-hati sehingga diperkirakan di angkasa dihiasi oleh jutaan lohong hitam.

Asal Mula Lubang Hitam

Lubang Hitam tercipta ketika suatu objek tidak dapat bertahan dari kekuatan tekanan gaya gravitinya sendiri. Banyak objek (termasuk matahari dan bumi) tidak akan pernah menjadi lubang hitam. Tekanan graviti pada matahari dan bumi tidak mencukupi untuk melampaui kekuatan atom dan nuklear dalam dirinya yang sifatnya melawan tekanan graviti. Tetapi sebaliknya untuk objek yang bersaiz sangat besar, tekanan graviti-lah yang menang.

Pertumbuhannya

Massa dari lubang hitam terus bertambah dengan cara menangkap semua materi yang mendekatinya. Semua materi tidak boleh lari dari jeratan lubang hitam jika melintas terlalu dekat. Jadi objek yang tidak boleh menjaga jarak yang aman dari lubang hitam akan tersedut. Berlainan dengan reputasi yang disandangnya saat ini yang menyatakan bahawa lubang hitam dapat menyedut apa saja di sekitarnya, lubang hitam tidak dapat menyedut material yang jaraknya sangat jauh dari dirinya. dia hanya boleh menarik materi yang melalui sangat dekat dengannya.

Contoh : bayangkan matahari kita menjadi lubang hitam dengan massa yang sama. Kegelapan akan menyelimuti bumi kerana tidak ada pancaran cahaya dari lubang hitam, tetapi bumi akan tetap mengelilingi lubang hitam itu dengan jarak dan kecepatan yang sama dengan saat ini dan tidak tersedut masuk ke dalamnya.

Bahaya akan mengancam hanya jika bumi kita berjarak 10 batu dari lubang hitam, dimana hal ini masih jauh dari kenyataan bahawa bumi berjarak 93 juta batu dari matahari. Lubang hitam juga dapat bertambah massanya dengan cara bergabung dengan lubang hitam yang lain sehingga menjadi satu lubang hitam yang lebih besar.


Sumber - Hubblesite.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.