Saintis telah melakukan kajian genetik pada kambing untuk menghasilkan susu yang penuh dengan protein yang sama seperti labah-labah sutera.
Apabila ia diperah, ia boleh dipusingkan dan dijalin menjadi bahan yang sepuluh kali lebih kuat daripada keluli.
Fabrik itu nanti akan diadun dengan kulit manusia untuk membuat apa yang saintis harap akan cukup lasak hingga boleh menghentikan peluru.
Penyelidik Belanda, Jalila Essaidi berkata projek 'spidersilk' itu dipanggil '2.6g 329m/s' sempena berat dan halaju peluru 0.22 kaliber senapang panjang.
Bekerja dengan Forensic Genomics Consortium di Netherlands, beliau berkata matlamatnya adalah untuk menggantikan keratin di kulit manusia dengan sutera labah-labah.
Peringkat pertama melibatkan pertumbuhan lapisan kulit sebenar di seluruh sampel kulit kalis peluru, yang mengambil masa kira-kira lima minggu.
Essaidi berkata bahawa projek itu telah membuat sains fiksyen menjadi realiti, walaupun keputusan ujian tidak lagi sempurna.
Beliau berkata sutera mempunyai sejarah yang panjang digunakan dalam pertempuran dan Genghis Khan pernah memberikan semua penunggang kudanya memakai baju sutera dimana anak panah tidak dapat menembusinya.
[Daily Mail , Dvice]
Macam-macam hal juga kadang-kadang saintis ni. Ada kala mencipta suatu yang munasabah dan masuk akal, ada kalanya mencipta suatu yang cuba direalitikan dari fiksyen.
Walau dapat diadun kulit manusia dengan bahan itu sekali pun, boleh kah tisu-tisu dalaman dan organ-organ dalaman manusia menampung impak kelajuan peluru yang menghentamnya? Jika ikut logiknya, tentu tidak boleh. Kecederaan dalaman kemungkinan besar akan berlaku juga.
Dan yang pentingnya, manusia PASTI akan mati juga nanti :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)