Ramzan Kadyrov, pemimpin Chechnya, mendakwa menjadi pemilik baru sebuah mangkuk yang pernah digunakan oleh Nabi Muhammad S.a.w. Mangkuk itu dia perolehi dari seorang yang mengaku keturunan langsung Nabi Muhammad S.a.w di London, England.
Pemimpin Chechnya yang dikenali eksentrik lantaran koleksi binatang yang jarang ditemui dan kereta mewah ini, dalam sebuah video, digambarkan sedang membawa kenderaan Rolls-Royce dengan ditutupi karpet hitam emas. Kenderaan yang dibawa Kadyrov memimpin iringan puluhan kereta mewah ke masjid raya di kota itu.
Mengenakan tetapan berwarna ungu cerah dan kopiah hitam, Kadyrov memancing kerumunan besar di masjid. Ketika dia membuka kotak yang mengandungi mangkuk, Kadyrov tersedu-sedu seketika. Bahunya gementar dengan disertai wajahnya yang memerah.
Kadyrov selanjutnya menghulurkan relik di atas kepalanya. Spontan orang-ramai meneriakkan "Allahu Akbar".
Kadyrov mengatakan mangkuk suci itu dibawa ke London 1,400 tahun silam. Mangkuk itu disimpan oleh keturunan Ali r.a di London. "Kami berusaha keras mendapatkan mangkuk Nabi Besar untuk republik ini," kata Kadyrov seperti dikutip dari Guardian.co.uk, Jumaat 23 September.
Oleh Kadyrob, mangkuk suci itu akan disimpan di masjid dan dibawa keluar setiap tahun pada hari ulang tahun Nabi Muhammad. Bagi umat Islam yang berniat untuk melihat, ia tidak akan dikenakan bayaran. "Silakan datang dan lihat," katanya.
Kadyrov telah memerintah Chechnya sejak tahun 2007. Oleh dunia Barat, dia dituduh pelaku pelanggaran hak asasi manusia. Beberapa kali dia disasarkan oleh kumpulan lain. Bulan lalu misalnya, Kadyrov selamat dari serangan bom bunuh diri yang mengorbankan sembilan orang dan mencederakan 22.
[Republika , Guardian]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)