Berita Terkini

Khilafah Islamiyyah VS New World Order , mana satu pemerintahan pilihan anda?

Khilafah Islamiyyah merupakan lembaga politik kenegaraan milik umat Islam yang telah wujud belasan abad sejak Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم memimpinnya pertama kali berpusat di kota Madinah Al-Munawwarah hingga runtuhnya secara rasmi khilafah terakhir berupa Kesultanan Utsmani Turki yang bubar pada tahun 1924 bersamaan 1342 hijriyyah.

Nabi Muhammad S.a.w adalah nabi yang terakhir, selepas baginda tiada lagi nabi yang lain melainkan hanya digantikan dengan khalifah-khalifah yang ramai. Pemerintahan khilafah ini secara ringkasnya adalah satu pemerintahan bagi seluruh dunia Islam.

Dewasa ini dunia Islam terpecah-belah menjadi aneka nation-states (negara berdasarkan kebangsaan) tidak seperti Khilafah Islamiyyah yang menyatukan kaum muslimin dari berbagai bangsa dan wilayah berdasarkan ikatan aqidah kalimat Tauhid لا اله الا الله dan sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم .

Pecahan-pecahan itu termasuklah negara Malaysia sekarang ini. Kita hanya memerintah dalam negara kita sendiri. Bukan itu saja, undang-undang Islam pun kita sudah tidak gunakan, bahkan telah mengamalkan corak pemerintahan sekular sejak kedatangan penjajah dulu lagi.

Walaubagaimana pun, suatu ketika dulu Malaysia pernah menjalankan Undang-undang Islam. Tetapi ianya telah dirombak oleh penjajah, sehinggalah dengan kedatangan British mengubah terus undang-undang dan memartabatkan undang-undang mereka di negara kita. Dan kita menggunakannya hingga sekarang.

Sesuai sekali dengan hadith yang disebut oleh Nabi Muhammad S.a.w yang berbunyi;


لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً

فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي

تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ

Dari Abu Umamah Al Bahili dari Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda: “Sungguh ikatan Islam akan terurai simpul demi simpul. Setiap satu simpul terurai maka manusia akan bergantungan pada simpul berikutnya. Yang pertama kali terurai adalah simpul hukum (undang-undang) dan yang paling akhir adalah simpul solat." (Hadith Riwayat Ahmad - 21139)

Hadith yang disebut oleh nabi di atas betul-betul berlaku, di mana dulunya British mencabut undang-undang Islam dari negara umat Islam, dan hingga kini tahap yang paling akhir sekali ialah 'Solat'. Kita lihat dan saksikan sendiri dimana sekarang ini sangat ramai orang yang mengaku Islam tetapi TIDAK PANDAI SOLAT / TIDAK SOLAT.

Maka kita dapat lihat di situ, dengan mencabut undang-undang Islam, maka semua perkara-perkara lain akan menjadi rosak, hinggalah pada solat sekalipun.  Kerana itulah pentingnya pelaksanaan Undang-undang Islam dalam sebuah negara.

Islam adalah 'Cara hidup' @ 'The Way of life' , dan Undang-undang adalah untuk menjaga kehidupan manusia. Maka undang-undang terbaik untuk menjaga kehidupan manusia sudah tentulah undang-undang yang datangnya dari PENCIPTA MANUSIA itu sendiri.  Undang-undang yang selainnya adalah undang-undang yang lemah bahkan semakin merosakkan.  Kerana undang-undang lain dirangka oleh manusia sendiri, sedangkan seorang manusia tidak memahami hati setiap orang dan tidak akan tahu cara untuk menyelesaikan masalah semua orang.

Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui, yang tahu bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah semua orang dan dilakukan dengan seadil-adilnya. Bukan seperti undang-undang lain yang banyak ketidak-adilannya. Tidak adil bererti zalim! Undang-undang British lebih banyak mengambil keuntungan dari berlakunya jenayah seperti mengutip denda dan seumpamanya.  Bukannya mahu betul-betul mencegah dan membanteras jenayah.

Konsep satu pemerintahan terhadap semua ini bukan sahaja ada dalam Islam, tetapi tidak ketinggalan puak Illuminati pun ingin merealisasikannya. Tetapi mereka tidak memanggilnya sebagai Khilafah, tetapi mereka menggelarkannya sebagai NWO (New World Order).

Kenyataan tentang New World Order ini sebenarnya telah dibuat secara rasmi oleh Presiden Russia dulu iaitu Mikhail Gorbachev dalam ucapannya di perhimpunan agung PBB pada 7 Disember 1988. Dia menekankan untuk menguatkan peranan pusat PBB dan penglibatan aktif dari semua pihak. Itu antara konsep awal NWO yang diperkenalkan olehnya. Tetapi pada 11 September 1990, bekas Presiden George H.W. Bush (ayah kepada bekas presiden Amerika Syarikat  iaitu George W. Bush) , telah mula membicarakan NWO ini dengan ucapannya yang bertajuk “Toward a New World Order” yang bermaksud “Ke arah Tata Dunia Baru”.

Antara isi-isi ucapan itu termasuklah komitmen untuk menguatkan Amerika Syarikat agar ia dapat memimpin dunia dengan undang-undang dan bukannya menggunakan kekuatan fizikal, kerjasama Amerika-Russia ke arah dunia yang selamat untuk demokrasi, jurang masa depan akan menjadi secara ekonomi dan bukannya ideologi dan sebagainya. 

Bertitik-tolak dari ini lah kerajaan Amerika Syarikat sudah mempunyai agenda lain lebih-lebih lagi disogok oleh Illuminati, puak yahudi Zionis dan sekutu-sekutunya untuk menguasai dunia. Sehinggakan mereka sanggup membuat bermacam-macam propaganda termasuklah mengaitkan pengganas dengan Islam. Kerana mereka tahu Islam boleh menjadi penghalang besar kepada usaha mereka untuk menguasai dunia.

Aaron Russo (seorang ahli perniagaan hiburan, pembuat filem dan aktivis politik bebas Amerika) pernah mengatakan dalam satu temubual bahawa istilah PENGGANAS itu hanya sengaja diada-adakan oleh kerajaan AS. Dia juga berkata bahawa David Rockefeller (seorang hartawan Amerika) pernah memberitahunya awal-awal lagi tentang kejadian-kejadian seperti penyerangan ke atas Iraq, Afghanistan, dan sebagainya. Bermakna penglabelan mereka bahawa orang Islam itu pengganas adalah propaganda semata-mata agar dunia benci kepada Islam, dan mahu menarik perhatian dunia agar menyokong usaha kerajaan Amerika Syarikat membasmi pengganas.

Ada pendapat mengatakan, kerajaan Amerika Syarikat akan merealisasikan NWO menjelang tahun 2012 di mana tahun itu juga banyak pihak meramalkan akan belaku kemusnahan pada dunia.


Dan apakah itu pemerintahan khilafah? Mari kita lihat secara ringkas penerangan berkenaan pemerintahan khilafah yang membezakan dari pemerintahan-pemerintahan konsep lain seperti pemerintahan republik atau demokrasi, Monarki, Federasi, Komunis dan sebagainya.


Definisi Khilafah

1. Khilafah secara bahasa.

Khilafah dari segi bahasa merupakan mashdar dari fi’il madhi ‘khalafa’, yang bererti: menggantikan atau menempati tempatnya (Munawwir, 1984:390). Jadi, khalîfah adalah orang yang menggantikan orang yang sebelumnya. Jama’nya (plural), khalâ’if atau khulafâ’. Inilah makna firman Allah Swt. yang bermaksud:

Berkata Musa kepada saudaranya, Harun, “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku.” (Surah al-A’raf  :  Ayat 142).

Menurut Imam ath-Thabari, makna bahasa inilah yang menjadi alasan mengapa as-sulthan al-a’zham (penguasa besar umat Islam) disebut sebagai khalifah, kerana dia menggantikan penguasa sebelumnya, lalu menggantikan posisinya (Ath-Thabari, Tafsir ath-Thabari, I/199).

Menurut Imam Al-Qalqasyandi pula, secara tradisinya istilah khilafah kemudian digunakan untuk menyebut kepemimpinan agung (az-za’amah al-uzhma), iaitu kekuasaan umum ke atas seluruh umat, pelaksanaan urusan-urusan umat, dan pemikulan tugas-tugas mereka (Al-Qalqasyandi, Ma`atsir Al-Inafah fi Ma’alim Al-Khilafah, I/8-9).

2. Khilafah menurut syariah.

Dalam pengertian syariah, Khilafah digunakan untuk menyebut orang yang menggantikan Nabi SAW dalam kepemimpinan Negara Islam (ad-dawlah al-islamiyah) (Al-Baghdadi, 1995:20). Inilah pengertiannya pada masa awal Islam. Kemudian, dalam perkembangan selanjutnya, istilah Khilafah digunakan untuk menyebut Negara Islam itu sendiri (Al-Khalidi, 1980:226).

Di dalam AlQuran tidak ada menyebut tentang ‘Khilafah’ atau ‘Imamah’ , tetapi ianya diajar secara praktikal sendiri oleh Nabi Muhammad S.a.w dan khalifah-khalifah selepas baginda.

Kata khilafah banyak dinyatakan dalam hadis, misalnya:

"Sesungguhnya (urusan) agama kalian berawal dengan kenabian dan rahmat, lalu akan ada khilafah dan rahmat, kemudian akan ada kekuasaan yang tiranik." (Hadith Riwayat al-Bazzar).

Kata khilafah dalam hadis ini memiliki pengertian: sistem pemerintahan, pewaris pemerintahan kenabian. Ini dikuatkan oleh sabda Nabi Muhammad saw.:

“Dulu Bani Israel dipimpin/diurus oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi wafat, nabi lain menggantikannya. Namun, tidak ada nabi setelahku, dan yang akan ada hanyalah para khalifah, yang ramai jumlahnya”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Banyak sekali definisi tentang Khilafah (atau juga disebut sebagai Imamah) yang telah dirumuskan oleh para ulama. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Khilafah adalah kekuasaan umum atas seluruh umat, pelaksanaan urusan-urusan umat, serta pemikulan tugas-tugasnya (Al-Qalqasyandi, Ma’âtsir al-Inâfah fî Ma‘âlim al-Khilâfah, I/8).

2. Imamah (Khilafah) ditetapkan bagi pengganti kenabian dalam penjagaan agama dan pengaturan urusan dunia (Al-Mawardi, Al-Ahkâm as-Sulthâniyah, hlm. 3).

3. Khilafah adalah pengembangan seluruh urusan umat sesuai dengan kehendak pandangan syariah dalam kemaslahatan-kemaslahatan mereka, baik ukhrawiyyah mahupun duniawiyyah, yang kembali pada kemaslahatan ukhrawiyyah (Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah, hlm. 166 & 190).

4. Imamah (Khilafah) adalah kepemimpinan yang bersifat menyeluruh sebagai kepemimpinan yang berkaitan dengan urusan khusus dan urusan umum dalam kepentingan-kepentingan agama dan dunia (Al-Juwaini, Ghiyâts al-Umam, hlm. 15).

Dengan demikian, Khilafah (Imamah) dapat didefinisikan sebagai: kepemimpinan umum atas seluruh kaum Muslim di dunia untuk menerapkan hukum-hukum syariah dan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. 


Apakah sistem pemerintahan Malaysia sekarang?

Sekarang kita mengguna-pakai sistem pemerintahan demokrasi atau dengan nama lain sistem republik, langsung tidak berkaitan dengan Islam. Sistem demokrasi ini mengikut suara rakyat dan rakyat perlu mengundi pemimpin melalui pilihanraya.

Sebenarnya, kita tidak boleh meletakkan rakyat yang berkuasa, ataupun pemimpin itu sendiri yang berkuasa. Pemimpin dan juga rakyat mesti tertakluk dalam undang-undang itu sendiri. Tetapi kita mesti letakkan Allah yang berkuasa di atas muka bumiNya ini. Pemerintahan di muka bumi ini mesti dikembalikan kepada Allah iaitu dengan melaksanakan undang-undang yang telah ditetapkan olehNya. Dan kerana itulah pentingnya sistem KHILAFAH ISLAMIYYAH di muka bumi ini ditegakkan.

Jika kita meletakkan bahawa Allah S.w.t yang berkuasa, baru lah tidak akan wujud pemimpin diktator dan pemerintahan monarki yang mewariskan takhta kepada keturunannya sahaja.  Semua orang tertakluk kepada Undang-undang Islam, tidak kira pemimpin mahu pun rakyat bawahan.

Begitu juga dengan pemerintahan Demokrasi yang mengikut suara rakyat. Maka selamanya lah tidak akan ada PENYATUAN UMAT kerana rakyat bukannya satu hati kesemuanya.  Masing-masing berbeza ideologi dan pengalaman, maka tidak akan ke mananya jika menggunakan pemerintahan Demokrasi.

Pemerintahan Islam juga lah satu-satunya yang dapat menyatukan seluruh umat Islam kerana mahu atau tidak mahu, umat Islam WAJIB mesti mematuhi Allah S.w.t.  Ini yang masih ramai yang tidak nampak dan perlu diterangkan dengan sejelasnya kepada mereka.


Kesimpulan

Maka kita sebagai orang Islam pilih lah dengan wajar dan berlandaskan syara', mahukan pemerintahan khilafah ataupun tunduk kepada NWO suatu hari nanti? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah. Umat Islam perlu bersatu demi kesejahteraan sejagat. Hanya Islam yang boleh membawa keamanan sejagat. Ideologi-ideologi lain sudah terbukti boleh membawa keruntuhan moral dan juga fizikal. 

“Kamu akan mengikuti cara hidup orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu ikut memasukinya.” Para sahabat lantas bertanya, "Apakah yang anda maksud orang-orang Yahudi dan Nasrani, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Siapa lagi (kalau bukan mereka)?" (Hadith Riwayat Bukhari - 3197)

Kita juga perlu memberikan pemahaman kepada mereka-mereka yang masih tidak betul-betul faham dengan Undang-undang Islam kerana saya percaya masih ramai yang tidak faham hakikat yang sebenar.  Mereka masih takutkan Undang-undang Islam macam lah Undang-undang Islam itu adalah seekor singa. Sedangkan jika kita tidak mahu lakukan jenayah, apa perlu kita takut?  Hanya orang yang ada niat nak lakukan jenayah sahaja yang biasanya takut.

Dan ada juga golongan yang tidak mahu laksanakan Undang-undang Islam kerana sudah terpedaya dengan dunia. Mereka terlalu cintakan dunia dan sudah sangat senang dengan keadaan yang mereka terima sekarang.

Bersabda Rasulullah صلى الله عليه و سلم “Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah karena sedikitnya jumlah kita?” ”Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih mengapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi صلى الله عليه و سلم bersabda: ”Cinta dunia dan takut akan kematian.” (Hadith Riwayat Abu Dawud - 3745)

Pihak kaum kuffar pada hakikatnya tidak akan berani melakukan apapun terhadap ‘izzul Islam wal muslimin (kemuliaan Islam dan kaum muslimin) andai kata umat Islam benar-benar beriman dan yakin akan janji Allah سبحانه و تعالى yang berupa ihdal-husnayain (meraih salah satu dari dua kebaikan) yakni ‘isy kariiman au mut syahiidan (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah atau menggapai mati syahid).

Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal." Katakanlah: "tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali ihdal-husnayain (salah satu dari dua kebaikan).” (Surah At-Taubah : Ayat 51-52)

Dalam kitab tafsir Fathul Qadir dikatakan bahwa makna salah satu dari dua kebaikan ialah, “Atau kemenangan atau mati syahid”.

”Akan berlangsung nubuwwah (kenabian) di tengah-tengah kalian selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya (berakhir) bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. Kemudian berlangsung khilafah menurut manhaj kenabian selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya Kemudian berlangsung para Mulkan ‘Aadhdhon (para penguasa yang menggigit) selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya Kemudian berlangsung kepemimpinan Mulkan Jabbriyyan (para penguasa yang memaksakan kehendak) selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya Kemudian akan berlangsung kembali khilafah menurut manhaj kenabian. Kemudian beliau berhenti”. (Hadith Riwayat Ahmad - 17680)

Khilafah Islamiyyah (pemerintahan Islam) insyaAllah pasti akan kembali, kerana ia sudah disebutkan oleh Rasulullah S.a.w seperti dalam hadith di atas. Cuma bila masa yang tepatnya kita tidak mengetahui. Kita hanya disuruh berusaha kerana Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga kaum itu berusaha mengubahnya sendiri. Wallahu a'lam :)




[Era Muslim , Hikmatun , Hizbut Tahrir Malaysia , Gema pembebasan Komisariat UNM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.