Teknologi terbaru telah membawakan kita kepada komputer senipis kertas dan boleh dilentur. Ianya bukan sahaja dicipta untuk menggantikan komputer tablet, tetapi juga smartphone. Prototaip smartphone ini diberi nama PaperPhone.
Ia dicipta oleh DR. Roel Vertegaal, Pengarah Human Media Lab dari Queen’s University, Canada. Ianya boleh digelarkan sebagai iPhone yang fleksibel yang boleh dilenturkan dan amat nipis. Ia dapat lakukan apa yang smartphone dapat, seperti menyimpan buku, memain muzik atau membuat panggilan telefon.
PaperPhone memiliki penampilan skrin sentuh dari filem fleksibel E Ink dan ukuran diagonal 95 mm. Dengan bentuk yang fleksibel, PaperPhone memiliki portabiliti yang lebih tinggi dibanding smartphone ataupun komputer tablet yang ada kini.
"Ini adalah masa depan. Semuanya akan dilihat dan dirasa seperti ini dalam tempoh lima tahun," kata Roel Vertegaal. "Komputer ini dilihat, dirasa dan beroperasi seperti sehelai kertas kecil interaktif. Anda berinteraksi dengan melentur telefon, membalik sudut tepi untuk menukar halaman, atau menulis di atasnya dengan pen."
Dr Vertegaal akan mempamerkan PaperPhone ini di Konferensi CHI 2011 (Computer Human Interaction) di Vancouver pada 10 Mei nanti.
[humanmedialab.org]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)