Perasankah kita bahawa, di sebalik banyak permainan komputer seperti Diablo 2, Need for Speed pelbagai versi, Halo, Doom 3, banyak juga lah pengaruh Illuminati di dalamnya. Mereka telah menyelitkan dakyah mereka ke dalam macam-macam benda dan kegiatan, termasuklah permainan komputer @ PC Games.
Sebelum saya teruskan, diharap anda jangan salah faham. Saya bukan nak promote PC games di sini, tetapi saya mahu membongkar kesan-kesan buruk di sebaliknya, itu sahaja. Semoga kita akan lebih berhati-hati dan dapat menjaga aqidah kita dengan baik insyaAllah. Saya akan terangkan lebih lanjut di bawah nanti. Nah sekarang, saya senaraikan beberapa contoh PC games yang mengandungi pengaruh mereka,
Diablo dan Diablo 2
Gothic
Hellgate London
Two Worlds
Harry Potter
Dan banyak lagi permainan komputer lain yang sememangnya tidak akan muat untuk diisi kesemuanya di sini dan tak tercari oleh saya pun. Cuma apa yang saya nak bagi tahu, permainan-permainan ini di samping syarikatnya mempunyai logo-logo yang ada kaitan dengan logo Illuminati, juga lambang-lambang dalam games ini sendiri banyak yang berkaitan dengan lambang-lambang puak pemuja syaitan dan dajjal.
Selain dari logo-logo dan lambang-lambang tersebut, perlu diperhatikan bahawa permainan-permainan ini mempromosikan ILMU SIHIR. Sehingga ditonjolkan kepada kita adanya sihir baik dan sihir jahat. Pada hal kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tahu, mana ada sihir yang baik. Kalau disebut ilmu sihir, ianya mesti dipelajari melalui syaitan dan Iblis.
"Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan." Sahabat bertanya: "Apakah tujuh perkara itu?" Baginda menjawab: "Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk." [Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim]
Maka mereka mahu memperdayakan kita lebih-lebih generasi muda agar memandang betapa Ilmu Sihir itu perkara biasa. Lama-kelamaan tidak mustahil umat Islam sendiri mengatakan ilmu sihir itu tidak HARAM diamalkan, na'uzubillah. Kanak-kanak akan menjadi gemar kepada kuasa-kuasa sakti dan kehebatan mistik, bayangkan kesannya pada generasi akan datang.

Bukan sahaja diselitkan ilmu sihir itu, tetapi ada juga permainan yang memasukkan watak-watak dari zaman Knights Templar, iaitu pahlawan-pahlawan yang asalnya pahlawan kristian, tetapi berpaling tadah dan akhirnya dipengaruhi oleh puak-puak pemuja syaitan. Knights Templar sememangnya terkenal mempunyai kuasa-kuasa sihir yang diperolehi hasil dari proses pemujaan syaitan. Dan Knight Templar juga lah yang berperang melawan orang-orang Islam merebut Masjid Al-Aqsa dulu.
Dan saya belum sentuh lagi tentang unsur-unsur seks, pergaulan tanpa batas, unsur-unsur keganasan dan sebagainya dalam permainan-permainan komputer sekarang ini. Maka sama-sama lah kita berhati-hati ya, kerana pengaruh mereka menular secara halus dan tanpa kita sedari. Wallahu a'lam :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)