Berita Terkini

Allah memberi jaminan, laksanakan undang-undang Islam negara pasti aman

Undang-undang Islam sudah pernah dilaksanakan di Malaysia suatu ketika dahulu. Tetapi ianya mula tenggelam dan dibenamkan akibat penjajahan British, di mana British telah merombak dan menggantikannya dengan Undang-undang British, sampai lah ke hari ini.

Dan Undang-undang Islam masih tidak dapat lagi dilaksanakan sekarang walaupun di negeri Kelantan, kerana kita semua masih tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan @ Undang-undang British ini. Untuk meminda sesuatu undang-undang di dalamnya, perlukan kepada sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat.

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Dia telah merangka satu sistem yang amat sempurna untuk hamba-hambaNya. Dia memahami setiap jiwa dan raga di muka bumi ini. Nelayan, petani, polis, peniaga, guru, mekanik dan sebagainya mempunyai hati dan perasaan. Semuanya perlukan kepada satu sistem yang sempurna. Dan tiada yang lebih sempurna melainkan apa yang Allah S.w.t telah amanahkan kepada kita untuk melaksanakannya.

Tetapi malangnya, kita masih lagi mengagungkan Undang-undang dan sistem British, sehinggakan Mahkamah Sivil lebih tinggi kedudukannya dari Mahkamah Syariah. Sedangkan Al-Quran sudah menyebut tentang kebaikan mengagungkan undang-undang dari Allah S.w.t.

"Dan barangsiapa yang mengagungkan peraturan-peraturan suci dari Allah, maka itulah yang terbaik baginya di sisi Tuhannya."  [Surah al-Haj : Ayat 30]


لَحَدٌّ يُقَامُ فِيْ الأَرْضِ أَحَبُّ إِلَى أَهْلِهَا مِنْ أَنْ يُمْطَرُوْا ثَلاَثِيْنَ صَبَاحًا


"Hukum Hudud yang dilaksanakan di muka bumi adalah lebih baik bagi penduduk bumi dari mereka diberi hujan tiga puluh pagi."  [Hadits riwayat An-Nasa-ie , dari Abu Hurairah , Sahih Ibnu Majah no; 2057, Ibnu Majah 2/848 no : 2538]

Saya tertarik dengan temuramah akhbar Harakah yang terbaru dengan Datuk Dr Haron Din , di bawah tajuk 'Sekat fitnah dengan syariat Islam'. Berikut saya kutip sedikit darinya.

Ingin saya jelaskan terlebih dahulu bahawa syariat Islam ini didatangkan Allah kepada manusia untuk menangani dan mengatasi lima perkara utama yang diistilahkan sebagai al-kulliyyatul khamsah atau disebutkan juga sebagai maqasid as-syariah. Tujuan syariat itu diturunkan kepada manusia iaitu untuk menjaga agama, akal, maruah atau jatidiri, keturunan dan harta manusia.

Dalam kes kita ini termasuk dalam hal menjaga maruah atau keperibadian. Untuk inilah maka antaranya syariat turun ada kesalahan yang dipanggil sebagai zina (termasuk liwat), qazaf atau menuduh orang lain melakukan zina. Sekiranya hal-hal moral yang kita bincangkan ini tidak dilaksanakan maka tiada jaminan untuk kita dapat atasi masalah moral. Tapi kalau kita atasinya dengan syariah maka sudah ada suatu jaminan Allah dalam al-Quran kalau dalam kes zina sebagai contoh yang bermaksud : Janganlah kamu merasakan dengan sebarang keberatan ataupun kasihan kepada orang yang sabit melakukan kesalahan moral seperti zina, atau tuduh zina ini dalam melaksanakan hukum Allah.

Tujuannya mudah sahaja iaitu itulah hukuman sebagai balasan yang setimpal atas kesalahan yang mereka lakukan dan Allah menjanjikan untuk melarang dan mencegah agar ianya tidak berlaku lagi kesalahan yang seperti itu. Apabila Allah menjanjikan bahawa ia akan melakukan, ianya ditamatkan ayat itu dengan Allah itu maha perkasa lagi maha bijaksana. Perkasa - dia mampu melakukan apa sahaja. Bijaksana - Dia tahu apa yang menjadi ubat kepada setiap penyakit dalam masyarakat.

Sebab itu maka tiada cara yang lebih berkesan daripada menggunakan syariat dan undang-undang Allah bagi menangani isu yang sedang kita hadapi sekarang ini bagi menjamin kestabilan masyarakat untuk masa depan. [Datuk Dr Haron Din]

Sememangnya tajuk Hukum Hudud, Qisas dan Ta'zir terdapat dalam pelajaran fiqh / syariah. Tetapi kita mesti tahu juga, kesemuanya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kalau kita hanya mengamalkan syariah tetapi tidak mempunyai pegangan / aqidah, ibaratnya seperti kosong juga. Sama seperti kita beriman dengan rukun-rukun iman, tetapi tidak melaksanakan secara fiqhnya, maka 2 kali 5 lah tu. Iman tanpa Islam tidak diterima, begitu juga Islam tanpa iman, kedua-duanya saling berkait rapat dan mesti teguh belaka.

Terlebih dahulu mari kita renungkan, beriman dengan AlQuran adalah termasuk dalam salah satu rukun iman. Adakah beriman dengan AlQuran itu dengan semata-mata mengatakan aku sudah beriman dan percaya kepada AlQuran, sedangkan kandungannya kita tidak akui dan terima kesemuanya? Maka adalah hukum hudud, qisas dan lain-lain ternyata terkandung dalam AlQuran dan banyak kali diulang-ulang, tetapi mengapa kita masih menyisihkannya?

Kita mengatakan Allah Maha Bijaksana, tetapi mengapa kita mengatakan Hukum / Undang-undang Penjajah lebih relevan dari Undang-undang Allah sekarang ini? Kononnya Undang-undang Allah tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk dan moden ini. Tidak nampakkah kita ianya melibatkan soal aqidah kita? Jika kita mengatakan Allah itu Maha Bijaksana, bermakna sepatutnya kita juga mengatakan semua perintah Allah itu adalah amat Bijaksana dan relevan sepanjang masa sehingga ke hari kiamat. Mengapa relevan hingga ke hari kiamat? Kerana Islam sudah sempurna termasuklah undang-undang yang diperintahkan agar kita melaksanakannya.

Firman Allah yang bermaksud, "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmatKu dan Aku redha bagi kamu Islam itu sebagai agama (dasar) dan pegangan hidupmu."  [Surah Al-Maidah : Ayat 3]

FirmanNya lagi yang bermaksud "Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan keadilan, tidak ada penukaran atau gantian kepada wahyu itu. Allah Subhanahu wa Ta’ala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."  [Surah Al-An’aam : Ayat 115]

"Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu."  [Surah Al-Baqarah : Ayat 99]

"Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim."  [Surah An-Nahl : Ayat 89]

Islam telah sempurna, TERMASUKlah dalam bab undang-undang sebuah negara. Semuanya itu telah ditunjukkan dan diamalkan sendiri oleh Rasulullah S.a.w dan para sahabat yang mulia. Teramat banyak kandungan tentang undang-undang yang telah tercatat dalam Sejarah Islam tetapi telah dipinggirkan sekarang dan lebih diutamakan Law of Enactment British hasil ciptaan Sir Lord Reid.

Di mana keyakinan kita terhadap kebenaran dan kemuliaan AlQuran jika sekiranya hukum-hukum yang terkandung di dalamnya kita anggap tidak relevan? Tak nampak lagikah bahawa ianya bersangkut paut dengan AQIDAH kita? Bersangkut paut dengan keimanan kita terhadap AlQuran yang Mulia? Mengapa kita hanya pandai mengucapkan beriman kepada AlQuran di bibir tetapi tidak meyakini dengan kandungannya? Adakah kita hanya sekadar tidak mahu orang mengatakan bahawa kita tidak beriman kepada AlQuran? Sekadar mahu mengambil hati manusia dan berpura-pura?  Itu sudah termasuk dalam bab riya' dan munafiq.


Negara akan aman jika Undang-undang Islam dilaksanakan

"Dan dalam Qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa."  [Surah al-Baqarah : Ayat 179]

Jika sekiranya kita betul-betul mahu menjalankan Undang-undang Islam secara menyeluruh, maka kita rangka lah secara beransur-ansur. Dan tujukan hanya kepada orang-orang Islam buat permulaannya (daripada tidak jalankan langsung). Contohnya berzina mesti dikenakan hukuman sebat 100 kali sebatan di depan orang ramai. Agar menjadi pengajaran kepada orang lain dan orang tidak akan berani lagi untuk berzina. Insya Allah nanti tiada lah anak haram yang lahir, tiada lagi kes-kes buang anak, tiada lagi rogol perkosa anak dara orang dan sebagainya. Tak ke aman tuuuuu?

Dan bukan mudah untuk mendapatkan 4 orang saksi yang adil untuk disabitkan kesalahan Hudud. Ini kerana Islam bukan mahu semata-mata menghukum, tetapi yang penting mahu menakut-nakutkan kita dari melakukan jenayah. Agar kita berfikir banyak kali jika mahu melakukan jenayah hingga tak jadi dibuat.

Menurut undang-undang yang ada sekarang, orang berzina hanya dihukum denda atau penjara. Dan hukuman bukan dilakukan di hadapan khalayak ramai. Maka orang yang kaya dan banyak duit tidak ada masalah untuk mengulanginya, apa lagi orang ramai pun tidak tahu. Apa nak takut untuk ulangi lagi? Yang parahnya jika yang berzina itu orang miskin. Tetapi masih tidak boleh membuatkannya fobia untuk mengulangi lagi, kerana 'orang tak tahu'.

Jika pencuri (ada syarat-syaratnya pula yang boleh disabitkan Hudud) dihukum kerat tangan, maka siapa lah yang berani untuk MENCURI? Anda boleh tinggalkan rumah, kedai dan kenderaan anda tanpa perlu dikunci pun. Itu baru dinamakan aman yang sebenar.  Tetapi sekarang ini, nak tinggalkan motosikal di tempat parking sekejap pun sudah resah gelisah, apa lagi nak tinggalkan rumah buat beberapa hari.

Dan begitulah seterusnya dengan hukum-hukum lain, keamanan yang HAKIKI sudah pasti kerana itu janji Allah dan Allah Maha Mengetahui. Dia yang ciptakan manusia, maka Dia tahulah apa undang-undang atau peraturan yang terbaik bagi manusia. Tetapi hanya manusia yang tidak yakin padaNya, na'uzubillah.

Sebaliknya, jika kita tidak menjalankan Undang-undang Islam, kita mungkin akan mendapat kemarahan dan bala dari Allah S.w.t. wal 'iyadzu billah.

"Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu."  [Surah al-Maidah : Ayat 49]

Rasulullah S.a.w bersabda: "Siapa yang taat kepada aku masuk syurga dan siapa yang derhaka adalah dia orang yang engkar (enggan)."  [Hadits Riwayat Bukhari]

Dalam hadits yang lain Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , "Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala)."  [Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim]

Hal-hal bid’ah sememangnya banyak berlaku sekarang dan tidak dapat dielakkan lagi. Tetapi mari kita fikir sejenak, jika sekiranya undang-undang sebuah negara pun sudah jauh lari dari apa yang nabi ajar, bagaimana untuk menguatkan Islam secara menyeluruh? Bagaimana dengan yang bawah-bawahnya? Jika sistem utama sudah melencong dari jalan yang benar, maka bagaimana dengan cabang-cabangnya yang lain?

Ini belum lagi dikira perkara-perkara bid’ah lain yang berlaku dalam kampung-kampung dan sebagainya. Itu masih lagi perkara peringkat bawahan, tetapi bagaimana dengan perkara peringkat tertinggi iaitu HUKUM / Undang-undang / Law sesebuah negara? Tidak pernahkah anda terfikir? Jika peringkat tertinggi pun sudah semakin lari (out of bound) dan jauh dari Islam, bagaimana dengan peringkat bawahnya?

Ini lah antara sebab munculnya golongan-golongan yang mahu memperjuangkan Islam dan mahu menegakkan Hukum Allah di negara kita ini. Tetapi mereka dituduh pula sebagai puak Khawarij kerana menentang kerajaan. Sedangkan mereka sebenarnya bukan menentang kerajaan dengan senjata pun, tetapi MENEGUR dan dalam proses untuk memperbaiki mengikut saluran-saluran yang dibenarkan oleh kerajaan sendiri iaitu proses pilihanraya dan undang-undang. Sedangkan puak Khawarij yang sebenar ialah mereka yang keluar menentang dengan menggunakan senjata terhadap sahabat-sahabat nabi YANG MENEGAKKAN HUKUM ALLAH! Itu kita mesti faham. Betapa terbaliknya tuduhan itu.

Khawarij asal dari perkataan ‘Kharaja’ iaitu ‘keluar’, dan puak khawarij adalah puak yang keluar dari ahlus sunnah wal jama’ah dan menentang pemerintahan Saidina Ali r.a yang menegakkan UNDANG-UNDANG / HUKUM ALLAH.

Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Bermakna jika kita sendiri tidak berusaha untuk menegakkan kembali Hukum Allah yang amat peaceful, harmoni dan adil itu maka ianya tidak akan tertegak dengan sendirinya. Gunakan lah akal fikiran yang Allah bagi pada kita ini, jangan hanya sekadar menjadi pak turut tanpa mengkaji asasnya. Sebab itu ayat AlQuran pertama turun iaitu Iqra’, menyuruh kita membaca, belajar, mengkaji tak putus-putus. Semua kita sudah tahu tentang ini, dan kebanyakan kita dah baca hadits-hadits yang menyarankan agar kita semua menuntut ilmu. Tetapi penerimaan kita itu yang kurang agaknya.

Dengan itu sekali lagi saya tegaskan, bahawa jika anda mengatakan Allah Maha Hebat dan Maha Bijaksana, MAKA anda mestilah juga mengakui bahawa perintah-perintah dan hukumNya juga adalah yang TERHEBAT dan paling BIJAKSANA. Marilah sama-sama kita jadi hamba Allah yang mahu memperjuangkan agamaNya dan menegakkan hukumNya, bukannya menjadi mereka yang menentang perjuangan Islam dan meremeh-remehkan hukum Allah! 

Tetapi ingat, jangan sampai kita berpecah belah! Biarlah orang nak pecah belah dengan kita, tetapi jangan kita yang berniat begitu. Perjuangan untuk menegakkan Islam dan Hukum Allah pun adalah bertujuan untuk BERSATU, KEAMANAN, KEADILAN dan untuk KESEJAHTERAAN semua, tidak kira kepada yang Islam atau bukan Islam, dan bukannya hanya kepada golongan tertentu sahaja.

Alasan kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan untuk tunggu sehingga rakyat Malaysia kuat iman semuanya dulu sangat-sangat TIDAK RELEVAN.  Kerana waktu Rasulullah S.a.w dan sahabat laksanakan Undang-undang Islam dulu, ramai rakyat di sekelilingnya adalah NON MUSLIM juga.


"Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah Al Baqarah : ayat 229]

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik."    (Surah Al-Ma’idah : ayat 49).

"…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." [Surah Al Ma’idah : 44]

"……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim." [Surah Al Ma’idah : 45]

"……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik."    [Surah Al Ma’idah : 47]

Ada golongan yang mengatakan bahawa ayat-ayat dalam Surah Al-Maidah di atas hanya ditujukan khas buat kaum Yahudi. Saya jawab, memang betul sejarah asalnya ayat itu ditujukan kepada kaum Yahudi, tetapi kita mesti ingat, HUKUM nya TIDAK DIMANSUKH kan. Islam bukan agama baru, tetapi agama PELENGKAP kesemua agama-agama samawi yang lama.

Panjang lebar lagi untuk dihujjah berkenaan ayat-ayat Surah Al-Maidah itu, cukup saya sertakan dulu di sini petikan kata-kata Dr Yusof Qardhawi.   "Sesiapa daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T, maka dia adalah kafir, zalim dan fasiq; manakala umat Islam yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah tidak menjadi kafir, zalim atau fasiq. Wallahi! Perkara ini adalah amat ajaib." [Fiqh ad-Daulah fil Islam]

"Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu." [Surah Al-Baqarah : Ayat 99]

"Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim." [Surah An-Nahl : Ayat 89]

"Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min. Kami biarkan dia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali."  [Surah An-Nisaa' : Ayat 115]


".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri."  [Hadits Riwayat Ibnu Majah]

Rasulullah S.a.w bersabda; "Lima dengan lima". Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah lima dengan lima itu?" Beliau menjawab, "Tidaklah suatu kaum itu melanggar perjanjian kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka. Tidaklah manusia itu berhukum dengan selain Hukum Allah kecuali akan tersebar kefakiran pada mereka. Tidaklah perbuatan keji nampak pada mereka kecuali kematian akan merajalela. Tidaklah mereka mengurangi takaran dan timbangan kecuali kemarau dan kegersangan akan menimpa mereka. Tidaklah mereka menolak pembayaran zakat kecuali hujan akan dicegah turun kepada mereka." [HR Ibnu Majah (4019), al-Baihaqi dan Abu Nu'aim. Syeikh Albani meng-hasankannya dalam As-Shahihah (106), dari Ibnu Umar] 

Sayyidina Abu Bakar r.a berkhutbah ketika mula dilantik menjadi khalifah, yang antaranya bermaksud ".....Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku......"  [Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir, mengatakan sanadnya adalah sahih]



Hikmah melaksanakan Hukum Hudud dari segi saintifik

Apa-apa yang diperintahkan oleh Allah S.w.t semuanya ada hikmah yang tersendiri, begitu juga dengan Hukum Hudud, Qisas, Ta'zir dan sebagainya lagi. Amat banyak lah hikmahnya dan perlukan kepada satu tajuk lain untuk pembahasan secara khusus. Tetapi kali ini saya hanya ingin mengutip petikan dari tulisan Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan tentang hikmah disebalik pelaksanaan Hukum Hudud terhadap orang-orang yang berzina.

Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat dia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.

Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin apabila dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilkan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.

Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.


Dalam video di atas adalah contoh hukuman pancung (hukuman mati). Sememangnya mengikut kajian sains pun, jika sudah putus urat leher kita maka sudah tiada hubungan dengan otak lagi. Maka simati yang dihukum tidak merasa terseksa di saat kematiannya. Berbeza dengan hukum gantung sampai mati yang biasanya memerlukan masa yang lama untuk tercabut nyawa.  Wallahu a’lam :)



[AlQuran / AlHadits / Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan / Harakah Daily]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.