Berita Terkini

Mahu tunggu Malaysia hancur dulu baru nak laksanakan Undang-undang Islam?

Adalah benar sekali, dakwah yang mula-mulanya adalah dakwah kepada tauhid. Bermakna aqidah terlebih dahulu perlu ditekankan dan diberi kefahaman sebelum menjalankan syariat. Dan ini diajar dan ditunjuk sendiri oleh baginda Rasulullah S.a.w. Ya betul, hamba pun bersetuju , hamba tidak menyanggah sedikit pun.

Tetapi cuba lah kita fikirkan, Islam berkembang di Malaysia kita ini sudah berapa puluh tahun? Baru sebulan dua ke? Sampaikan orang-orang bukan Islam pun sudah amat mengenali perkataan Tauhid sekarang ini dan ada yang faham serba sedikit tentangnya. Maka rasionalnya, kita nak tunggu sampai bila untuk menjalankan syariat ALLAH a.k.a HUKUM ALLAH? Ulamak-ulamak dari dulu lagi telah berdakwah bermula dengan Tauhid. Maka kita telah buat semua ajaran nabi itu. Tinggal sekarang kita perlu laksanakan syariat ALLAH sahaja.

Tiada alasan dah sebenarnya sekarang untuk tidak menjalankan HUKUM ALLAH secara beransur-ansur. Ada sesetengah pihak atau jemaah yang masih lagi mahu menumpukan kepada dakwah Tauhid. Ya betul, ajarlah Ilmu Tauhid kepada semua orang. Perkenalkan lah ilmu Aqidah dengan mendalam. Sampai kiamat pun ilmu Tauhid mesti diajar. Tetapi kena ingat, kita sudah menerima Islam sudah berpuluh tahun dan Ilmu tauhid sudah lama diperkenalkan walaupun sekarang ini masih ramai yang tidak faham betul-betul.

Maka kita nak tunggu sampai bila untuk menjalankan HUKUM ALLAH? Nak tunggu sampai 100% rakyat Malaysia faham Tauhid dulu baru nak jalankan?

Kita perlu ingat, semasa zaman nabi dan sahabat jalankan Undang-undang ALLAH, waktu itu masih ramai sangat lagi orang-orang musyrikin dan bukan Islam. Tetapi tetap HUKUM ALLAH boleh ditegakkan. Maka apa lagi alasan kita sekarang untuk tidak secara perlahan-lahan menegakkan HUKUM tersebut? Sedangkan Hukum ini adalah untuk keamanan, untuk membasmi jenayah dari terus banyak berleluasa.

Ingat! Malaysia @ Tanah Melayu suatu ketika dulu pernah menjalankan Hukum Hudud, Qisas dan Ta'zir.  Sila baca Undang-undang Islam di Malaysia


Nak tunggu sampai bila lagi? Nak tunggu sampai umat Islam di Malaysia ini murtad belaka dulu?

Sesetengah jemaah perjuangkan untuk mendakwah tauhid dan memisahkan politik. Tetapi nampak kah kita sekarang? Aqidah umat Islam di Malaysia sekarang semakin meningkat atau semakin jatuh merudum? Sudah beratus ribu orang Islam di Malaysia murtad, maka masih mahu membiarkannya lagi? Ambil jalan mudah dan malas dengan asyik kata tunggu, dan tunggu dan tunggu. Itulah perangai orang-orang Melayu, suka tunggu dan tunggu dan tunggu tanpa mengambil langkah drastik dan berhikmah.

Peranan media massa terlalu kuat sekarang. Rakyat banyak sangat terpengaruh dengan Tv dan Radio. Hiburan-hiburan berleluasa dan anak-anak kita terpengaruh tanpa pengawasan yang rapi. Sepatutnya tugas pemimpin adalah untuk menasihati golongan-golongan yang sentiasa berhibur tanpa batasan itu agar kawal diri dan membatas kan diri. Tetapi pemimpin-pemimpin yang masih ramai yang hormati itu membiarkan sahaja mereka berfoya-foya dan berseronok tanpa memikirkan masa depan nanti bagaimana. Tidak kasihankah pada mereka yang hanyut dibuai mimpi duniawi itu? Sepatutnya pemimpin mesti ada rasa tanggungjawab tentang ini, bukan membiarkan mereka kerana sayangkan undi dari mereka, mahukan sokongan dari mereka dalam pilihanraya. Maka perbuatan itu adakah kerana ALLAH, atau kerana apa?

Kesian jugak pemimpin yaa, banyak kena tegur. Haaa itu lah, siapa suruh beriya-riya sangat jadi pemimpin? Ingat pemimpin ni jawatan untuk berseronok-seronok ke? Maka berani mahu jadi pemimpin, kena berani lah tanggung risikonya. Dan tanggung-jawabnya bukan mudah tu, kena jawab belaka nanti soalan tentang rakyat-rakyat yang dipimpinnya. Aduhai seksanyaaaaa, sama-sama lah kita doakan semua pemimpin kita dapat hidayah dan menjalankan tugasnya berpandukan kepada HUKUM ALLAH.


Nak tunggu sampai bila lagi? Nak tunggu sampai umat Islam berperang besar sesama sendiri?

Sila lah baca hadith dari Sunan Ibnu Maajah ini baik-baik. “Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah”. Tidak yakin kah lagi dengan maksud hadith tersebut? Tidak nampak kah lagi sekarang kita di Malaysia bahawa umat Islamnya duduk bertelagah sesama sendiri?

Maka jika HUKUM ALLAH masih lagi tidak tertegak dan cuba ditegakkan, tak mustahil suatu hari nanti akan berlaku perang saudara di Malaysia, na’uzubillah. Kita mintak jauh dari perkara itu semua, sebab itu lah kena kembali kepada Allah dan Rasul, bukannya dengan mengikut sistem-sistem barat yang semakin meruntuhkan akhlaq dan tamadun kemanusiaan. Tubuh tidak dapat hidup tanpa makanan dan air. Begitu lah jasmani kita ini tidak dapat hidup dengan baik tanpa rohani yang baik. Setiap makhluk dijadikan berpasangan, maka jasmani pasangannya adalah rohani, maka kedua-duanya perlu dijaga dengan baik.

Maka bagaimana untuk menjaga rohani dengan baik? Mesti lah ada satu peraturan hidup yang baik yang telah digariskan oleh Raja sekelian alam iaitu ALLAH Yang Maha Berkuasa. Peraturan ini lah yang akan dipatuhi oleh rohani dan membuatkan rohani terkawal. Jika rohani mematuhi peraturan selain dari yang digariskan oleh ALLAH, maka rohani ini boleh sedikit demi sedikit akan terpesong. Rohani dan jasmani kita dibuat oleh ALLAH, maka peraturan yang ALLAH buat sahajalah yang paling sesuai untuknya.

Islam is The Way of Life. Bila mana ia disebut “Cara hidup”, maka ia mestilah terlibat dengan semua perkara dalam kehidupan kita , dari berak , kencing, makan , minum , hinggalah kepada pemerintahan dalam sesebuah negara (politik). Semuanya mesti berlandaskan kepada Islam, baru hidup kita selamat dunia akhirat insyaALlah.


Nak tunggu sampai bila lagi? Nak tunggu sampai bermacam-macam bala besar seperti Tsunami , Tsunamu, Tsunamat dan camam-camam datang lagi?

Jika kehidupan sudah bercampur aduk, hiburan tanpa batasan sudah berleluasa, aurat sudah menjadi perkara remeh, jenayah-jenayah semakin banyak dan sebagainya, maka tak mustahil bumi ini akan dibolak-balikkan oleh Allah untuk membersih dari dosa dan nista. Maka di kala itu nanti, barulah kita semua akan menyesal, tetapi sesal dahulu pendapatan sesal kemudian sudah tiada gunanya.

Antara agenda King George dahulu , menyuruh golongan penjajah itu menjadikan umat Islam sekarang tidak suka kan bahasa Arab. Bila umat Islam sendiri tidak sukakan Bahasa Arab, secara automatik akan menjadi kesulitan untuk memahami sepenuhnya isi Al Quran dan Al Hadith. Menjadikan kita sekarang cetek dengan ilmu agama sedangkan ini adalah ilmu yang paling penting buat seluruh manusia untuk bahagia di dunia dan akhirat. Para nabi dahulu ada kepakaran masing-masing dalam bidang keduniaan, tetapi tidak lupa juga arif dalam bidang akhirat. Sebab itu kita mesti menjadi arif dalam kedua-dua bidang ini. Ilmu dunia untuk dunia dan agama untuk akhirat. Tidak semestinya ustaz dan ustazah sahaja yang perlu arif bidang agama.

Agama perlu berganding bahu dengan hal dunia, ibarat kata kita diberi sebilah pisau. Jika kita ada ilmu agama, maka kita gunakan pisau itu untuk kebaikan dan memberi orang lain makan dengan memasak makanan yang sedap-sedap. Tetapi jika tiada ilmu agama, ataupun lebih sedih lagi jika ada ilmu agama tetapi melanggarnya, maka kemungkinan kita akan gunakan pisau tersebut untuk merompak, mengelar leher orang, membunuh ikut suka dan sebagainya , na’uzubillah. Sebab itu lah agama itu adalah cara hidup, maka cara hidup ini suatu bidang yang amat luas, dan perlukan kepada bermacam-macam jalan dan kaedah. Sebab itu kita mestilah mengemas-kinikan diri kita dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat, jangan hanya tumpu atau pun berat sebelah kerana kedua-duanya saling perlu memerlukan.

“Barangsiapa yang mahukan dunia maka hendaklah ia berilmu, dan barangsiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang mahukan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)

Maka atas alasan apa lagi kita sebagai umat Islam tidak mahu menjalankan syariat atau HUKUM ALLAH? Tepuk dada tanya iman kita, jazaakumullahu khoir  :)

Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah Asy Syuura : Ayat 30)


Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu,  dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa”. (Surah Ar-Ruum : 36).

(Azab) yang demikian adalah disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambaNya." (Surah Aali-Imran : 182)

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisaa' : 40)

Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus :  44)


Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang sudah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Ruum : 41)

Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (Surah Al-Qashash : 59)

Adapun kaum ‘Ad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum ‘Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk).” (Surah Al Haaqqah : Ayat 6-7)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.