Berita Terkini

Kaitan Illuminati dengan harga minyak dan emas


Kenaikan harga barang terutamanya dua barang mahal ini iaitu emas dan minyak sememangnya boleh menimbulkan kucar-kacir. Cuma diharapkan kita semua bertenang dan jangan mengambil tindakan yang terlampau drastik. Kalau masing-masing ikutkan emosi , sudah tentu keadaan akan menjadi huru-hara. Sama-samalah menyelesaikan apa jua masalah dengan tenang dan berhikmah, kerana Allah tidak suka kepada orang yang merosakkan muka bumi ini.
Dan tentang galian-galian ini pula ada disentuh oleh Rasulullah S.a.w dalam hadith yang bermaksud, “Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.
Nampak kita di situ betapa hasil galian pada akhir zaman akan diuruskan oleh orang-orang yang gilakan dunia semata dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain. Dan benar sekali maksud dari hadith tersebut kerana telah ternyata setelah Amerika menakluki Iraq, minyak dan emas naik begitu drastik sekali. Dan ditambah lagi dengan banyak syarikat minyak adalah milik Illuminati.
Di bawah ini saya senaraikan logo syarikat minyak yang ada kaitan dengan Illuminati. Dan ini bukan andaian saya semata, tetapi merupakan hasil kajian dari golongan yang mengkaji tentang Illuminati sendiri. Dan ketahuilah, syarikat-syarikat milik Illuminati itu memakai golongan pekerja yang bukan orang-orang mereka, tetapi pekerja-pekerja termasuklah orang-orang Melayu kita. Dengan kata lain, kita diperkudakan oleh mereka yang hanya mengaut keuntungan dari kesusahan pekerja-pekerja menggali minyak dan mengedarkannya. Dan perhatikan logo-logo tersebut ada kaitan dengan matahari dan bintang yang mengandungi unsur segitiga.
Logo di atas ini bukan hanya menunjukkan kulit kerang semata-mata, tetapi ia juga bermaksud matahari terbit. Shell adalah milik Britain, beribu pejabat di Hague, Netherlands. Dengan pejabat berdaftar di London dan United Kingdom.
Syarikat BP juga telah menukar logo lamanya kepada logo yang seperti matahari. BP diambil dari perkataan asal British Petroleum. Beribu pejabat di London, England dan UK.

.
Caltex pula diambil dari nama asalnya California Texas Oil Company. Ia adalah joint-venture syarikat di Texas iaitu The Texas Company yang kemudian dikenali sebagai Texaco dengan Standard Oil of California yang kemudian dikenali sebagai Chevron.
Logo-logo di atas hanya logo syarikat minyak yang juga ada di Malaysia, tidak lagi dicampur dengan logo syarikat minyak yang di luar negara. Sungguh pandai mereka menguasai pasaran minyak untuk menguasai dunia suatu hari nanti. Dan yang pasti, mereka tidak hanya perlu menggunakan kekuatan tentera untuk menguasai dunia, tetapi mereka hanya kuasai ekonomi dan mengucar-kacirkan ekonomi negara lain agar rakyat negara-negara itu bertelingkah sesama sendiri.
Tidak kah anda merasa hairan, bagaimana banyak syarikat minyak yang ada di negara kita adalah milik orang barat? Bagaimana mereka dapat memperolehi lesen berniaga minyak di sini? Siapa yang membenarkan mereka? Mengapa tidak diberikan orang Malaysia sahaja yang menjual minyak di tempat kita sendiri ini? Sedangkan kita tahu minyak dapat memberi pengaruh besar kepada ekonomi dunia dan negara kita sendiri. Ini semua ada kaitan dengan penjajahan British di tanah air kita dulu dan mengapa kita mendapat kemerdekaan dengan begitu mudah, tidak seperti beberapa negara lain yang menumpahkan darah menghalau penjajah, fikir-fikirkanlah. Wallahu a’lam

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.