Berita Terkini

Membeli emas banyak semakin menguntungkan Amerika Syarikat dan British?

Ada pro dan kontranya untuk mengguna-pakai dinar emas sebagai matawang dunia.

Pakar ekonomi dari University of Cambridge, United Kingdom, Lord Eatwell menyifatkan dinar emas tidak sesuai digunakan sebagai mata wang di peringkat antarabangsa. 

Beliau yang merupakan Pengarah Pusat Penganalisis Kewangan dan Polisi University of Cambridge berkata, ini berikutan dinar emas tergolong dalam kategori komoditi yang mempunyai harga pasaran tidak menentu. 

''Saya sendiri tidak berminat dengan emas. Ia tidak boleh digunakan di peringkat antarabangsa kerana kita tidak boleh menduga pasaran pada masa akan datang,'' katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan syarahan pada Wacana Perniagaan dan Pengurusan: Mengangkat Teori dan Praktis di sini hari ini. Wacana itu dianjurkan oleh Pusat Perniagaan, Othman Yeop Abdullah, Universiti Utara Malaysia. 

Dinar emas pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk dijadikan mata wang dunia kerana ia menawarkan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. 

Tun Mahathir berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang. 

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik. 

"Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia," katanya. [Utusan Malaysia]

Memang sukar untuk menjadikan emas sebagai mata wang dunia.  Kerana sudah tentu tidak akan dipersetujui oleh negara-negara asing terutamanya Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Tetapi bagaimana jika digabungkan dengan wang perak? Dan dijadikan wang perak itu sebagai dirham, sepertimana yang telah dibuat oleh kerajaan Kelantan? 

Alternatif yang baik ialah melabur dengan emas, kerana nilai emas akan sentiasa naik insyaAllah. Seperti mana kata Dato' Salleh Majid, bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), "Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau."

Walaupun begitu, jika kita membeli banyak emas, ianya juga semakin menguntungkan British dan Amerika Syarikat, kerana syarikat-syarikat terbesar emas dunia adalah milik mereka.

Jika penggunaan masih kecil-kecilan mungkin tidak ketara sangat keuntungan pada pihak mereka kerana Malaysia juga mempunyai hasil galian emas. Tetapi bagaimana sekiranya penggunaan emas ini sudah pada peringkat global dan menyeluruh nanti?  Yang mungkin akan terpaksa memesan banyak emas dari mereka?


Syarikat-syarikat emas terbesar dunia

Berikut disenaraikan syarikat-syarikat emas terbesar dunia pada masa kini;

1 - Barrick Gold : Lokasinya di Kanada.
2 - Goldcorp : Kanada
3 - Newmont Mining : Amerika Syarikat.
4 - Newcrest Mining : Australia
5 - Kinross Gold : Kanada
6 - AngloGold Ashanti : Afrika Selatan
7 - Polyus Gold : Rusia
8 - Agnico-Eagle Mines : Kanada
9 - Gold Fields : Afrika Selatan
10 - Yamana Gold : Kanada

Barrick Gold Corporation adalah syarikat perlombongan emas yang terbesar di dunia, dengan ibu pejabat di Toronto, Ontario, Kanada, dan empat unit perniagaan serantau (RBU) yang terletak di Australia, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Logonya menggambarkan tiga bongkah emas bertindan-tindan membentuk seakan piramid.

Goldcorp pula adalah syarikat perlombongan emas yang kedua besar di dunia. Beribu pejabat di Vancouver, Kanada. Aset operasi Goldcorp termasuk lima lombong di Kanada dan Amerika Syarikat, tiga lombong di Mexico dan dua di Amerika Tengah dan Selatan.

Logo Goldcorp juga tak kurang alahnya dengan logo Barrick Gold.

Jelas, British dan Amerika Syarikat bukan sahaja menguasai dan memiliki syarikat-syarikat minyak terbesar dunia, malah juga memilki syarikat-syarikat emas terbesar dunia. Bertepatan sekali dengan hadith nabi seperti di bawah.

Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud, “Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.  [Hadith Riwayat Al-Baihaqi]

Sebelum mahu menggunakan emas sebagai matawang, kita kena perlu fikirkan juga, adakah penggunaan Wang Dinar di zaman Nabi Muhammad S.a.w dimulakan oleh baginda? Jika tidak silap saya, penggunaan Dinar itu telah digunakan sebelumnya lagi. Maka adalah pada zaman itu sesuai lah untuk menggunakannya.

Sama konsepnya dengan Nabi dulu naik unta, maka adakah kita sekarang juga mahu naik unta di atas jalanraya?

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Tetapi kemungkinan penggunaan Dinar Emas kembali hanyalah nanti akan menguntungkan pihak AS dan sekutu-sekutunya sahaja. Dan tidak mustahil ini juga adalah agenda mereka kerana mereka juga sudah mengkaji tentang Islam dan tahu selok-belok bagaimana mahu mengambil hati umat Islam.

Walaubagaimana pun, membeli emas dan perak untuk dibuat stok mungkin bagus, kerana suatu masa nanti mungkin wang kertas tidak akan ada nilai sama sekali.  Dan ada juga kebaikan jika emas dan perak digunakan sebagai matawang, kerana nilai mereka sama sahaja di mana-mana pun di dunia. Sedangkan matawang boleh jatuh dan naik berbeza mengikut negara. Maka, pihak Dajjal yang mencipta wang kertas dapat menjatuhkan matawang sesebuah negara sehinggakan negara tersebut menghadapi krisis ekonomi.

Wallahu a'lam

[Wikipedia , AlHadits]


Sila baca juga Kaitan Illuminati dengan harga minyak dan emas


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.