Berita Terkini

Ribuan orang keluar di Melbourne untuk menyokong SlutWalk

Beribu-ribu orang keluar berkumpul di Melbourne, Australia untuk menyatakan bahawa wanita berhak memakai apa saja yang mereka suka apabila keluar berjalan. Mereka menyokong 'Slutwalk' (jalan dengan pakaian selekeh dan tidak peduli orang lain).

SlutWalk bermula di Kanada pada bulan April setelah seorang pegawai polis Toronto mengatakan bahawa "perempuan harus mengelakkan berpakaian seperti pelacur agar tidak menjadi korban".

Lauren Clair, salah seorang penyelenggara acara di Melbourne, mengatakan sekitar 2500 orang muncul untuk berbaris melalui jalan-jalan bandar pada hari Sabtu.

"Saya fikir kerana ianya adalah isu global, bukan hanya sesuatu yang terjadi di Kanada, ia suatu yang kita lihat dalam masyarakat kita setiap hari," kata Clair, 27, kepada AFP.

Satu perhimpunan yang sama tetapi lebih kecil diadakan pada hari Sabtu di Brisbane, yang diadakan oleh Parti Seks Australia (Australian Sex Party) cawangan Queensland yang menggunakan Facebook untuk menarik peserta.

Sementara perempuan sering dinilai berdasarkan bagaimana mereka berpakaian, adalah salah untuk mengandaikan bahawa hanya mereka yang memakai pakaian provokatif adalah mangsa serangan seksual, kata Clair.

"Ianya merupakan mitos besar bahawa perempuan dapat melindungi diri terhadap serangan seksual dan pemerkosaan dengan berpakaian sederhana," katanya.

SlutWalks sudah menyebar ke Amerika Syarikat, dan ribuan berdaftar untuk acara-acara di Australia selepas notis diposting di dalam Facebook bulan ini.

Sebelum acara di Melbourne, Clair mengatakan dia sangat ingin mengatakan kembali perkataan 'slut' (perempuan selekeh) sebagai sumber kebanggaan, bukan satu yang memalukan.

"Saya telah menghabiskan seluruh hidup saya dihakimi untuk penampilan saya dan seksualiti. Saya seorang yang seksual, saya melakukan hubungan seks, saya menikmati seks. Saya tidak akan malu," katanya pada akhbar Fairfax.

SlutWalks dirancang untuk diadakan di Sydney dan Adelaide pula bulan depan.


[Daily Chilly]


p/s: Harap maaf, gambar-gambar sudah dibuang kerana menampilkan aurat.


Saya mengutip kata-kata Clair di atas iaitu "Ianya merupakan mitos besar bahawa perempuan dapat melindungi diri terhadap serangan seksual dan pemerkosaan dengan berpakaian sederhana."

Memang berpakaian sederhana dapat menundukkan lagi nafsu kaum lelaki. Dan jika menutup aurat terus, insyaAllah tidak merangsang nafsu seks kaum lelaki.  Tetapi jika berpakaian terdedah sana- terdedah sini @ seksi, itu adalah perangsang paling besar bagi nafsu seks lelaki.

Jika lelaki sentiasa dirangsang nafsunya, itu boleh menyebabkan tekanan perasaan. Dari situ lah mulanya lelaki yang sudah goyah atau tidak ada iman mula menceburkan diri dalam gangguan seksual, yang akhirnya boleh menyebabkan dia merogol orang.  Apa lagi jika dia masih belum kahwin dan tidak mampu untuk berkahwin.

Gunakan akal fikiran yang Tuhan anugerahkan ini, jangan ikut nafsu semata-mata untuk berpakaian. Apa lagi pakaian yang menjolok mata dan merangsang nafsu seks orang lain.  Yang menjadi mangsa nanti tidak kira wanita seksi atau bertudung, kerana apabila nafsu seseorang lelaki itu sudah dirangsang dengan keterlaluan, dan apabila sampai ke satu tahap, dia akan menjadi seorang yang tidak kira apa yang akan jadi, asalkan nafsunya dapat dilepaskan.

Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka -   Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya."   (Hadith Riwayat Muslim).

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.