Siapa sangka seorang billionaire memburu sendiri haiwan yang ingin dimakan dagingnya. Taiko media sosial , pemilik laman Facebook iaitu Mark Zuckerberg telah membunuh ayam, udang galah, babi dan kambing sebagai sebahagian daripada perjuangan peribadinya untuk pemakanan yang lebih bertanggung jawab, baginya.
Sekarang ini 'pada dasarnya' dia telah menjadi seorang vegetarian, tetapi dia tidak keberatan untuk makan daging, selagi mana dia tahu dari mana datangnya dan mengerjakannya dengan tangannya sendiri.
Bermakna selagi dia sendiri tidak pergi buru, atau cari haiwan untuk disembelih, maka dia tidak akan makan daging.
"Saya fikir ramai orang lupa bahawa makhluk hidup harus mati bagi anda untuk anda dapat makan daging, jadi tujuan saya agar tidak membiarkan diri saya lupakannya dan bersyukur untuk apa yang saya miliki," katanya kepada majalah Fortune.
Tahun lepas, dia memutuskan untuk belajar Bahasa Cina , bahasa ibu kekasihnya, Priscilla Chan.
Zuckerberg lahir di White Plains, New York, ibubapanya adalah Yahudi. Tetapi dia sekarang menghuraikan dirinya sebagai ateis.
[Dailymail.co.uk , Foto kredit : wackedstarz.com]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)