Berita Terkini

Laksanakan Hukum Hudud untuk orang Islam sahaja tidak adil?

Siapa kata tidak adil? Jika sekiranya ia dilaksanakan untuk orang Islam sahaja  tidak adil, bagaimana dengan hukum tangkap khalwat, tak puasa di bulan Ramadhan, dan sebagainya?

Kalau mahu ikut peraturan dunia, TIDAK ADIL lah Muslim saja yang kena tangkap khalwat, sedangkan non-muslim boleh berkhalwat dengan bukan mahram sesuka hati. Begitu juga di bulan puasa, kenapa perlu tangkap Muslim yang tidak puasa? Sedangkan non-Muslim tidak ditangkap.

Jangan pula ada yang salah faham. Saya bukan mahu suruh tangkap non-muslim, tapi saya nak suruh kerajaan yang Muslim tu berfikir secara rasional. Apa tidak adilnya laksanakan Hudud untuk orang Islam? Ianya amat adil, kerana untuk kebaikan orang Islam dan manusia keseluruhannya. Ada siapa Muslim yang berani MENENTANG Hukum Allah?

Sedangkan Islam tidak memaksa penganut agama lain agar masuk Islam, apa lagi untuk memaksa mereka mengikut undang-undang Islam.

Jika nak ikut tidak adil, Undang-undang dunia yang berasal dari Undang-undang British ini lagi banyak yang tidak adilnya. Undang-undang yang hanya BANYAK MENGENAKAN DENDA. Buat bisnes dan kutip untung melalui hukuman jenayah. Yang kaya terlepas yang miskin kena hukum teruk.

Tentang pelaksanaan Hukum Hudud, memang betul ianya BUKAN MUDAH, tetapi tidak semestinya LANGSUNG tidak boleh dibuat. Daripada TIDAK BUAT langsung, ada baiknya kita laksanakan dulu sesama Islam kita, agar menjadi CONTOH kepada non-Muslim nanti akan keindahan dan kebijaksanaannya.

Ingat! Malaysia @ Tanah Melayu suatu ketika dulu pernah menjalankan Hukum Hudud, Qisas dan Ta'zir.  Sila baca Undang-undang Islam di Malaysia.

Mahkamah Syariah kan ada, sampai bila lagi mahu membiarkan Mahkamah Syariah hanya terikat dengan bab nikah kahwin, dan kesalahan-kesalahan kecil serta jenayah seperti zina (contohnya) yang diberikan hukuman langsung tidak mengikut AlQuran dan AlHadith? Sampai bila lagi mahu melihat Undang-Undang British lebih tinggi dari Undang-Undang Islam? Allah Maha Besar atau British Maha Besar?

Saya syorkan kita mula step by step, contohnya, mulakan dulu dengan hukuman ZINA terhadap orang-orang Islam yang berzina yang masih belum berkahwin, iaitu dengan 100 sebatan di khalayak umum yang tertentu, apabila cukup syarat-syaratnya. Agar nanti masalah zina, buang anak, rogol dan sebagainya dapat dibanteras.

Tentang hukuman REJAM, menurut Dr Asri baru-baru ini ada pendapat ulama-ulama yang mengatakan ianya boleh dikategorikan dalam Hukum Ta'zir, antaranya ialah pendapat Imam Muhammad Abu Zahra,  iaitu boleh diringankan lagi jika sekiranya pelaku itu bertaubat. Ianya mengikut budi bicara pemimpin bagaimana untuk meringankannya.  

Tetapi hukuman sebatan 100 kali itu adalah termasuk dalam ayat Muhkam (jelas) dalam AlQuran. Dalil-dalilnya adalah Qat'ie (pasti) dan menjadi Ijma' Ulama tanpa KHILAF. Dan ianya WAJIB dilakukan, agar menjadi pengajaran kepada orang ramai juga yang melihat pelaksanaan hukuman tersebut.  Siapa agaknya yang masih berani dan tidak malu untuk lakukan zina setelah melihat pelaksanaan hukumannya di khalayak ramai, yang kemudiannya si pesalah akan dibuang negeri pula selama setahun.

Tapi undang-undang untuk Zina sekarang hanya bayar denda atau penjara, dan masyarakat rata-ratanya tidak tahu pun siapa pelaku. Ianya seolah-olah dirahsiakan, kononnya seperti tidak mahu aibkan pelaku zina itu. Maka golongan yang kaya, adakah dia akan takut untuk mengulangi lagi, jika sekiranya dengan bayar denda beberapa ribu sahaja dia boleh terlepas?

Lagi pun kita sekarang ini terlalu terdedah kepada banyak maksiat, dalam televisyen, internet, majalah dan sebagainya. Banyak sangat gambar-gambar perempuan seksi yang boleh mengundang kepada gejala zina, rogol dan sebagainya.

Tambah lagi ilmu Akhlak / Ehsan / Tasawwuf tidak diajar kepada semua orang dengan baik. Umat Islam sendiri ramai yang tidak betul-betul diajar dengan akhlak Islam, bagaimana untuk menjadi seorang Muslim yang betul-betul berakhlak mulia?

Tengok saja lah sekarang di internet dan di mana-mana, terlalu ramai Muslim yang mulut celupar, mudah berkata-kata kesat dan mencarut. Sikit-sikit kata orang bodoh, tolol, sial, setan dan sebagainya, na'uzubillah.

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." [Hadits Riwayat Ibnu Mas'ud]

"Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya."  [Hadits Riwayat at-Turmudzi]

Umat Islam hanya dapat jadi role model / contoh kepada umat lain sekiranya Undang-undang Islam juga dilaksanakan. Baru lah kita semua betul-betul takut untuk melakukan dosa dan maksiat yang nanti boleh dikenakan Hukum Hudud, Qisas atau Ta'zir.

Secara psikologi pun, umat Islam sendiri bukan semuanya betul-betul takut pada dosa di dalam hatinya. Ramai juga yang hanya bermuka-muka. Tambah lagi seperti yang saya kata di atas, kita terlalu banyak terdedah kepada maksiat seperti perempuan seksi, adegan-adegan lucah dan berunsur seks dan seumpamanya.

Kerana itu, Allah Yang Maha Bijaksana telah menyuruh kita melaksanakan Undang-undangNya, kerana dengan Undang-undang / peraturan itulah dapat mengatur hidup manusia dengan sebaik mungkin. Sila baca tajuk Allah memberi jaminan, laksanakan undang-undang Islam negara pasti aman.

Manusia perlukan kepada PERATURAN untuk hidup, dan peraturan mana lagi yang lebih baik dari PERATURAN yang ditetapkan oleh Allah Ta'ala?

Nabi S.a.w bersabda maksudnya, "Tidak ada ketaatan terhadap seseorang dalam mendurhakai Allah Yang Suci dan Maha Luhur." [Hadits Riwayat Imam Ahmad].

Hadits di atas ini telah disyarahkan lagi oleh Syeikh Al-Albani, dan antara yang berkait dengan pemimpin negara ialah seperti berikut;

"Mereka mentaati para penguasa yang membuat peraturan atau undang-undang yang menyimpang dari syara’, seperti negara yang menganut sistem sosialis atau sistem lain yang sejenis. Yang paling parah adalah mereka yang mengatakan bahawa sistem seperti itu memiliki kesamaan dengan Islam. Inilah musibah yang menimpa kita, yang banyak dilakukan oleh para cendekiawan dengan dalih menyumbangkan pemikiran demi kemajuan suatu bangsa. Akibatnya banyak kaum awam yang terkecoh dengan pemikiran mereka itu. Jadi mereka dan para pengikutnya dapat dikategorikan ke dalam kelompok yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya di atas. Hanya Allah lah yang dapat memberikan pertolongan kepada kita."  [Syeikh Al-Albani - Silsilah Hadis Sahih - Jilid 1]



Ustaz Azhar Idrus - Hudud Bagi Bukan Islam


Ustaz Azhar Idrus - Apakah hukum HUDUD wajib dilaksanakan di Malaysia?


Ustaz Zaharuddin - Undang-Undang Islam terhadap jenayah Rogol Dan Persoalan Hukum Hudud


Kesimpulan

Oleh itu, sama-sama lah kita semua belajar dan mendalami juga ilmu tentang syariat Islam, agar masing-masing faham dan tahu kebijaksanaan hukum-hakam dalam Islam. Kerana banyak kesan buruk akibat menjadi jahil agama.

Dan Hukum Hudud boleh dilaksanakan BUKAN SERTA-MERTA, tetapi dengan berperingkat-peringkat. Di zaman nabi Muhammad s.a.w pun hukum diletakkan berperingkat-peringkat sempena dengan turun ayat. Contohnya dalam bab minum arak pun ada peringkat berubah hukum dari haram ketika solat hinggalah akhirnya haram dalam semua keadaan.  

Islam ini teliti, bukan main rembat dan tangkap muat sahaja. Islam tidak mahu menyusahkan, tetapi mahu memberi kebaikan kepada manusia di sebaliknya, yang masih ramai manusia TIDAK NAMPAK kesannya. Maka seperti yang saya syorkan di atas, mulakan dulu dengan hukuman terhadap orang-orang yang telah sabit melakukan Zina apabila cukup syarat-syaratnya dengan Hukum Hudud.

Kita tengok dulu apa kesannya ke atas rakyat dan kadar jenayah yang melibatkan kes zina, rogol, buang anak dan seumpamanya. Kalau menurun dengan drastik, kemudian kita boleh laksanakan hukuman-hukuman lain pula. Mesti dilakukan dengan bijaksana, daripada TIDAK LAKUKAN LANGSUNG! Siapa yang akan menanggung nanti? Pemimpin dan orang-orang yang memilih pemimpin itu juga yang bertanggung jawab kerana tidak melaksanakan Hukum Allah itu.

Bagaimana kita nak jawab dengan jenayah dan maksiat yang semakin berleluasa? Lain lah kalau Hukum Allah dilaksanakan, tetapi jenayah berlaku juga, itu maknanya tanggungjawab kita sudah terlepas, dan terserah pada Allah. Tetapi bagaimana nanti kita nak jawab soal kubur dan di Mahsyar tentang Hukum Allah yang masih tidak terlaksana ini yang menyebabkan kesannya ke atas rakyat secara umum? :)

Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila Allah mengkehendaki kebaikan bagi seseorang Raja atau Pemimpin itu, nescaya Dia jadikan kepadanya menteri atau pembantu yang baik, jika dia lupa nescaya diperingatkan, jika dia telah ingat nescaya dibantunya. Dan apabila Allah mengkehendaki lain dari itu, nescaya Dia jadikan untuknya menteri dan pembantu yang jahat , jika dia lupa tidak diberi peringatan, jika dia sudah ingat nescaya tidak dibantunya."  [Hadits Riwayat Abu Daud]

Sememangnya kita dilarang dari memerangi pemimpin yang zalim, selagi pemimpin itu menunaikan solat. Tetapi kita juga dilarang dari MENYOKONGNYA dan membenarkan kezaliman-kezaliman yang dilakukannya. Jika kita terus menyokong pemimpin yang zalim, dibimbangi kita terus tersesat bersamanya. Maka pemimpin yang zalim sepatutnya dinasihati, dibimbing agar kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah S.w.t.

إِنَّهُ يُسْتَعْمَلُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ كَرِهَ فَقَدْ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ فَقَدْ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا صَلَّوْا

"Bahawa sesungguhnya akan diangkat untuk kamu sekalian beberapa pemimpin (penguasa), maka kamu sekalian akan mengetahui kebaikan dan kemungkarannya. Barangsiapa yang benci maka bebaslah dia, dan barangsiapa yang mengingkarinya maka selamatlah dia, tetapi orang yang senang dan mengikuti maka tersesatlah dia." Para sahabat bertanya, "Apakah tidak sebaiknya, kita memerangi mereka itu?" Beliau menjawab, "Jangan, selama mereka masih mengerjakan solat."  [Hadits riwayat Muslim , no 3446]

إن الناس إذا رأوا الظالم فلم يأخذوا على يديه أوشك أن يعمهم الله بعقاب منه

"Sesungguhnya apabila orang-orang melihat orang yang zalim kemudian mereka tidak mencegahnya maka kemungkinan besar Allah akan meratakan siksaan kepada mereka lantaran perbuatan si zalim tadi."  [Hadits riwayat Abu Daud, at-Turmudzi dan an-Nasa-i]

"Jihad yang paling utama ialah mengatakan keadilan pada pemimpin yang menyeleweng."  [Hadits riwayat Abu Daud dan at-Turmudzi]

Walaubagaimana pun, sebaik-baiknya kita hanya menasihati dan cuba membimbing pemimpin yang zalim dan menyeleweng. Akan tetapi kita elakkan dari MENGHINA mereka, kerana ditakuti kita akan dihina oleh Allah S.w.t.  wal 'iyaadzu billah.

"Barangsiapa yang menghina raja (pemimpin) maka Allah akan menghinakan dirinya."  [Hadits riwayat at-Turmudzi]

Wallahu a'lam .......

p/s: Kita jangan ingat mentang-mentang kita sudah berada dalam keadaan selesa dan mewah, kita boleh lupa nasib dan gejala-gejala yang menimpa umat kita sekarang ini.  Jangan tunggu hingga gejala-gejala itu menimpa anda sendiri baru menyesal.  “Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” [Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim]

Dan berilah pengajaran tentang Hukum-hukum Islam ini kepada umum. Beritahu lah tentang kebijaksanaan Undang-undang Islam. Televisyen ada, radio ada, kenapa tidak guna? Alasan bahawa tidak laksanakan Undang-undang Islam kerana rakyat tidak faham sudah tidak boleh diberi jika TIADA USAHA untuk memberi kefahaman kepada rakyat. Lagi pun, Undang-undang British yang ada sekarang ini semua rakyat faham ke? Bukankah orang-orang yang belajar LAW / pengajian Undang-undang dan beberapa golongan saja yang faham?  Rakyat tahu ke apa kandungan dalam Perlembagaan Negara? Rakyat tahu ke pasal enakmen, akta dan sebagainya?

Dan boleh saja buat undian terhadap umat Islam, tengok berapa ramai yang mahukan Hukum Hudud dan berapa yang tidak mahu. Nak seribu daya, tak nak beribu-beribu dalih ....... Mungkin generasi kini terlalu dimanjakan sangat, kerana itulah takut untuk laksanakan Hukum Hudud, takut untuk menghadapi risiko akibat pelaksanaannya, astaghfirullah ..


Ingatlah, Hukum-hakam dalam AlQuran telah jelas yang wajibnya seperti contohnya Hukum Hudud. Maka jika ianya sudah diubah, sedikit demi sedikit akan berubah pula perkara lain nanti. Sepertimana ajaran Yahudi dan Kristian dulu yang berubah sedikit demi sedikit hukum mereka demi mengikut selera rakyat. Lama-kelamaan hilang hukum asal dan yang tinggal banyaknya adalah hukum-hakam ciptaan manusia semata, na'uzubillah ..

sunset di tasik Gong Badak


Mahu tunggu Malaysia hancur dulu baru nak laksanakan Undang-undang Islam?

Kesan negatif penjajahan barat terhadap Undang-undang Islam 


Undang-undang Islam di Malaysia - Bahagian 1


Majoriti pemimpin sekarang mewah, jauh sekali dengan pemimpin zaman nabi dan sahabat


Khalifah Umar bin Abdul Aziz jadikan rakyatnya semua kaya, tiada miskin


Khilafah Islamiyyah VS New World Order , mana satu pemerintahan pilihan anda?

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.