Berita Terkini

Majoriti pemimpin sekarang mewah, jauh sekali dengan pemimpin zaman nabi dan sahabat

ahli politik hanya bonekaCuba berikan senarai siapa dia pemimpin zaman sekarang ini yang hidupnya tidak mewah? Saya rasa hanya dua tiga orang sahaja yang boleh masuk senarai. 

Tetapi majoriti yang lain semuanya hidup mewah, dengan gaji bulanan yang beribu-ribu ringgit, tidak termasuk elaun dan lain-lain lagi. Seperti yang saya pernah sebutkan suatu masa dulu, cuba kita berikan gaji kepada pemimpin-pemimpin politik ini sama seperti rakyat biasa. Ataupun hanya berikan gaji 1 ribu atau 2 ribu sahaja sebulan, kita tengok ramai mana yang mahu jadi pemimpin?

Maka di saat itu lah baru kita akan nampak, siapa yang betul-betul ikhlas untuk menjadi pemimpin!

Apa? Tugas pemimpin sangat berat iaitu menjaga sebuah negara dan patut lah diberikan gaji yang melimpah ruah?  

Saya tanya balik, orang lain tidak banyak kena fikir ke? Orang lain tidak bekerja sampai berdarah dan mandi peluh ke? Orang lain tidak pecah kepala ke untuk menyiapkan suatu tugas atau projek?  Sedangkan pemimpin-pemimpin kebanyakannya hanya serah tugas kepada orang-orang bawahan yang sudah diberikan berbagai-bagai tugasan. Tunggu laporan dari mereka sahaja.

korupsi
Sedarlah, pembahagian kerja dan gaji ini adalah agenda dan propaganda British dari dulu lagi. Islam tidak mengajar bahawa pemimpin mesti gajinya melebihi orang lain. Islam tidak mengajar agar pemimpin hidupnya mesti mewah!  

Zaman nabi dan sahabat , mereka berebut-rebut TAKUT untuk menjadi pemimpin. Masing-masing kalau boleh tidak mahu jadi pemimpin. Mereka takut tanggungjawab yang mana akan disoal pada hari kiamat nanti. Tersangat lah beratnya kerana bayangkan berapa ramai manusia yang akan ditanggungnya. Pemimpin dalam rumahtangga sahaja pun sudah amat memeningkan.

Tetapi manusia zaman sekarang berebut-rebut mahu menjadi pemimpin. Hingga kan ada yang sanggup main politik kotor, fitnah, korupsi, rasuah dan hinggakan kepada kes video seks pun turut serta sekali, na'uzubillah.  Kalau lah seorang pemimpin itu faham apa yang akan dilaluinya di akhirat nanti, sudah tentu masing-masing pun tidak sanggup mahu menjadi pemimpin lagi.

Bagaimana untuk mengajar rakyat menjadi ZUHUD dan TIDAK MENGEJAR KEMEWAHAN jika pemimpin sendiri pun mengejar kemewahan dan hidup mewah?

Kita lihat nabi Muhammad S.a.w jadi pemimpin hinggakan ketika wafatnya baginda tidak meninggalkan harta pun. Sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar Assiddiq, dari seorang hartawan , habiskan harta demi agama dan membantu umat Islam hingga kering hartanya, walaupun ketika dia menjadi pemimpin. Begitu juga dengan ramai sahabat lain.  Dan sila baca juga berkenaan Khalifah  Umar bin Abdul Aziz yang menjadikan semua rakyatnya kaya, tiada yang miskin dalam masa 2 tahun lebih memerintah saja.

Lupa kah kita pada kisah sahabat nabi iaitu Umar bin Al-Khattab r.a ketika menjadi khalifah (pemimpin), dengan seorang wanita miskin yang mengungkit-ungkit tidak puas hati kepada Umar di belakangnya? Setelah Umar bantu wanita tersebut secara rahsia dan menyamar, kemudiannya Umar telah memanggilnya mengadap keesokan hari. Umar MERAYU pada beliau agar berjanji jangan MENDAKWANYA di akhirat nanti. MasyaAllah, sampai macam itu sekali tawadhu' dan takutnya Umar pada kemurkaan Allah S.w.t.

Tetapi kita lihat pemimpin-pemimpin politik zaman sekarang, nak cari kat mana pemimpin yang hanya tinggal di rumah kayu kampung macam Tok guru Nik Abdul Aziz? Yang hanya pakai kereta proton dan boleh makan nasi bungkus di warung kopi lagi.

Kebanyakan pemimpin sekarang bergaya mewah, dengan kereta besar, makan besar, saham besar, bini pun besar agaknya. Sedangkan rakyat ramai lagi yang kesempitan hidup, menanggung hutang banyak, kelaparan, miskin dan sebagainya. Apa agaknya yang ada di hati kecil seorang pemimpin itu terhadap nasib rakyatnya yang sedemikian rupa? Sanggup lagi dia bermewah sedangkan ada rakyat di bawahnya yang dalam kesusahan?

Tambahan lagi jika memerintah bukan dengan undang-undang Islam, tetapi undang-undang British.  Siapa yang lebih hebat sebenarnya, Allah ke British?

Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” Surah al-Maidah : Ayat 49

Apa gunanya jika kita hari-hari membaca AlQuran, tetapi mengagungkan Undang-undang British lebih dari Undang-undang dari Allah sendiri?  Kita meletakkan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret lebih tinggi dari Mahkamah Syariah, patut ke tu?

Sedar-sedarlah bahawa kebanyakan pemimpin dunia hari ini hanyalah BONEKA kepada British! Amerika syarikat pun adalah BONEKA British, kerana mereka juga adalah keturunan British! Baca lah sejarah terjumpanya AS oleh Christopher Columbus tu.

Kerana itulah pernah juga Syeikh Imran Hossein dalam ceramahnya memberikan pendapatnya bahawa Dajjal yang ditemui oleh Tamim AdDari di zaman nabi itu adalah dijumpai di kepulauan Britain. Tetapi dia tidak memaksa orang untuk mempercayainya. Tetapi teorinya itu sebenarnya munasabah.

Dan saya nasihatkan kepada diri saya dan juga orang ramai, agar banyak-banyakkan lah membaca tentang hadits akhir zaman juga, kerana dari situ kita boleh nampak gambaran apa yang berlaku sekarang ini telah disebut oleh Rasulullah S.a.w dan supaya kita lebih berhati-hati dan tidak termasuk di dalam golongan orang-orang yang rugi besar di akhirat nanti, insyaAllah.

Ini kerana saya yakin, kebanyakan mereka yang masih tidak terbuka mata hati dan tidak nampak kebenaran kerana mereka masih lagi tidak membaca dan fahami betul-betul tentang hadith-hadith tersebut. Ada juga yang pernah disuruh baca, tetapi mungkin tidak dibacanya atau hanya pandang sebelah mata.

Pemimpin zaman jahiliyah sentiasa hidup bermewah, datangnya Nabi Muhammad S.a.w dan sahabat mengajar agar pemimpin tidak bermewah, tetapi kini pemimpin kembali seperti zaman jahiliyah.

Jadi saya menyeru lah agar kita sama-sama sebarkan tentang hadith-hadith tersebut agar kita semua terselamat nanti. Semoga kita tidak terus tertipu oleh British dan sekutu-sekutunya, amiin.  :)

Daripada Abu Zar katanya, aku bertanya; “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.”  (Hadith Riwayat Muslim)


Untuk menambah KEINSAFAN lagi, sila baca;

Nabi Muhammad suka bersama orang miskin

Umar al-Khattab merayu kepada wanita miskin agar jangan dakwanya di akhirat

Kezuhudan seorang gabenor membuatkan Umar menangis

Khalifah Umar al-Khattab dan prihatinnya kepada rakyat miskin

Abdur Rahman bin Auf pembela orang-orang yang berhutang dan miskin

Khalifah Umar bin Abdul Aziz jadikan rakyatnya semua kaya, tiada miskin


1 ulasan:

  1. Lebih tinggi kedudukan, lebih berat pocket, maka lebih lupa lah bumi yang dipijak. Itu lah permainan syaithon untuk terus memperdayakan manusia.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.