Berita Terkini

Kesan negatif penjajahan barat terhadap Undang-undang Islam

Penjajah British di Malaya
Sebagaimana yang pernah ditulis, Tanah Melayu pernah menjalankan Undang-undang Islam suatu masa dahulu. Tetapi selepas kedatangan penjajah British, Undang-undang Islam telah dirungkai dan diturunkan pangkat, kemudian diganti dengan Undang-undang British.

Berikut adalah antara kesan-kesan negatif penjajahan barat terhadap Undang-undang Islam;

1 - Wujud dualisme dalam sistem perundangan di Malaysia iaitu Sivil dan Syariah.

2 - Mahkamah Syariah dikeluarkan daripada hirarki Mahkamah Persekutuan. Ia diletakkan di bawah kuasa negeri.

3 - Undang-undang Persekutuan telah membataskan kuasa Mahkamah Syariah.

4 - Undang-undang British digunakan sepenuhnya dalam Mahkamah Sivil.

5 - Undang-undang Islam dihadkan bidang kuasanya hanya dalam hal kekeluargaan, pewarisan dan kesalahan jenayah yang sangat terhad.

6 - Raja Melayu sebagai ketua Agama Islam negeri mempunyai kuasa yang terhad.

7 - Undang-undang British telah mempengaruhi Sistem Kehakiman.




Perbezaan Undang-undang Islam dengan Undang-undang manusia



Undang-undang Islam

1 - Bersumberkan wahyu Allah, yang termaktub di dalam AlQuran dan AlHadith. 

2 - Mengutamakan keadilan untuk semua manusia.

3 - Lengkap meliputi semua aspek kehidupan manusia dan sesuai hingga kiamat.

4 - Skop merangkumi hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, dan manusia dengan alam.

5 - Meliputi dunia dan akhirat. Hukuman di dunia menghapuskan hukuman di akhirat.

6 - Menjaga maslahah manusia dan menolak mudharat.

7 - Terdapat hukuman yang tetap dan tidak boleh diubah seperti Hukum Hudud dan ada hukuman yang boleh diubah mengikut maslahah manusia seperti Hukum Takzir.

Undang-undang manusia / barat

1 - Sumber akal dan nafsu. Digubal oleh mereka yang pakar berdasarkan kebudayaan dan akal semata-mata.

2 - Tiada keadilan mutlak untuk semua manusia.

3 - Tidak lengkap, hanya berupa undang-undang setempat yang diubah mengikut kehendak.

4 - Hanya terhad hubungan manusia dengan manusia.

5 - Meliputi aspek dunia sahaja. Hukuman di dunia tidak semestinya terlepas di akhirat.

6 - Mengutamakan bangsa mereka, menyebabkan berlaku monopoli dan diskriminasi.

7 - Tiada yang tetap. Sentiasa berubah mengikut zaman, masa, tempat dan budaya masyarakat.
[1]

Sila baca juga  Allah memberi jaminan, laksanakan undang-undang Islam negara pasti aman

British dulu sudah merancang rapi, mereka meletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam ialah agama rasmi negara. Mereka beri peluang kepada rakyat Malaysia membina masjid, musabaqah Al-Quran, membaca al-Quran dan sebagainya, kerana mereka tahu jika mereka TIDAK MEMBENARKAN semua itu, rakyat akan memberontak.

Maka mereka telah mengambil hati dan menjinakkan rakyat negara ini dengan mengaburkan mata kita yang beragama Islam dengan memberi beberapa kelepasan. Akan tetapi kita semua tidak sedar, bahawa di dalam Perlembagaan, ada ditulis bahawa "Semua undang-undang yang ada tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan" [2]. Dengan tidak memberikan pengecualian kepada al-Quran langsung.

BERMAKNA,  undang-undang yang ada di dalam al-Quran pun akan TERBATAL jika ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan  Dengan kata lain, Perlembagaan Persekutuan telah MEMBATALKAN Undang-undang Allah, astaghfirullah.

Di tempat yang lain pula di tulis dalam perlembagaan negara bahawa "Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara". [2] Ini bermakna, Undang-undang dalam al-Quran adalah LEBIH RENDAH dari Perlembagaan Persekutuan. Dan lain-lain lagi.  Apakah kita sebagai seorang yang mengaku Muslim boleh BERSETUJU begitu saja Undang-undang Allah direndahkan sebegitu rupa? Astaghfirullah, insaflah wahai saudara-saudariku.


Rujukan:

1 - Pendidikan Syariah Islamiah - Ustazah Sabariah bt. Sambak.
2 - Perlembagaan Persekutuan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.