"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan JANGAN LAH KAMU BERCERAI-BERAI, ...." (Surah Aali-Imran : ayat 103)
"Nabi Muhammad S.a.w ialah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap KASIH SAYANG sesama mereka (umat Islam). " (Surah Al-Fath - Ayat 29)
“Dan tidaklah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan sebagai RAHMAT (KASIH SAYANG) bagi semesta alam.” (Surah Al-Anbiyaa' - ayat 107)
Datuk Najib menjadikan krisis di Bersih 2.0 sebagai bahan lawak, inikah pemimpin?
Ntah di mana keprihatinan tentang apa yang berlaku kepada rakyat di Himpunan Bersih 2.0 baru-baru ini. Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Abd Razak boleh lagi membuat banyak lawak tentang tragedi-tragedi yang berlaku di dalam perhimpunan itu. Boleh lagi dia mempersendakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terkena gas pemedih mata dan dibalun polis.
Dah kemaruk nak masuk Maharaja Lawak tapi tak dapat ke guaner tu? Elok masuk rancangan Raja Lawak saja kalau diadakan lagi nanti, pasti gempak, yadoi!
Tapi kesian juga tengok, pasal lawak tak menjadi. Kalau masuk Raja Lawak pun, minggu pertama lagi sudah dipersilakan balik kampung tu. Melainkan ada main suap-suap, hhmmm.
Dia belum rasa sendiri lagi, agaknya kalau dah kena sendiri gas pemedih mata, dan dibalun polis, baru dia nak faham. Kesian sungguh Datuk Najib ni. Mari lah sama-sama kita berdoa agar dia dapat hidayah dan menjalankan kepimpinan dengan baik dan menepati agama. Kalau tidak, kita tukar saja kerajaan yang sudah menjadi ala diktator sekarang dan yang sudah lama mengamalkan korupsi (mungkin dijangkiti penyakit Lee Kuan Yew dari Singapura).
Perhatikan juga mesej yang disampaikan oleh TV3 dalam video tersebut, iaitu 'Hentikan hasutan melalui SMS, Twitter dan Facebook'. Pandai sungguh, tetapi kurang pandai lagi sebenarnya. Awal-awal lagi mereka beri amaran sebegitu, sedangkan TV3 sendiri sedang MENGHASUT RAKYAT agar memburukkan pihak lawan.
Mereka hanya bermain PSIKOLOGI untuk merasuk dan mempengaruhi minda rakyat yang hanya percaya kepada berita TV dan radio utama semata, macam lah mereka itu maksum dan tidak buat silap langsung.
Sebenarnya mereka TAKUT untuk menghadapi kenyataan, kerana perkongsian-perkongsian dalam Twitter dan Facebook kebanyakannya adalah perkongsian KEBENARAN dan ingin mencari KEADILAN. Bukannya laporan TV3 , akhbar-akhbar kerajaan dan sewaktu dengannya yang sudah di EDIT, di TAPIS terlebih dahulu oleh pihak-pihak tertentu untuk menobatkan kerajaan sebagai WIRA dan mempropagandakan pihak pembangkang.
Taktik itu sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Maklum lah, kerajaan Malaysia pun anak buah mereka, hasil dari jajahan British dulu, maka ini lah peninggalan mereka yang masih tidak disedari oleh ramai orang.
Himpunan itu sebenarnya adalah perhimpunan secara aman , seperti mana acara-acara lain termasuklah SUKMA ke, konsert ke apa. Tetapi telah digambarkan sebagai satu RUSUHAN oleh UMNO. Ianya bukan RUSUHAN sepertimana yang banyak berlaku di negara-negara luar, tetapi telah diputar-belitkan agar rakyat memandang buruk.
Bukak-bukak lah minda, celikkan mata hati dan bukalah telinga rohani untuk mengkaji dan mencari KEBENARAN, bukannya hanya mendengar sebelah pihak saja sampai ceroh! :)
Isyyyy.. Mengapa Najib berkelakuan begitu yer. Sungguh tidak pantas untuk seorang negarawan. Secara tidak langsung memaparkan keperibadian nya sendiri.
So pathetic lah Datuk Najib ni. Tak perlu ni semua.
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)" (Surah Fusshilat : ayat 33)
“Telah menular dikalangan kamu penyakit umat terdahulu iaitu penyakit hasad dan benci sesama kamu, dan ia adalah pemotong. Aku tidak bermaksud memotong rambut tetapi memotong agama. Dan demi jiwaku di dalam genggamanNya, kamu semua tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu BERKASIH SAYANG. Mahukah kamu aku tunjukkan (cara) mengukuhkan sifat itu dalam diri kamu? Sebarkanlah salam sesama kamu.” (Hadits Riwayat At-Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi & Al-Bukhari di dalam Adab Al-Mufrad).
“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia KASIH kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Hadits Riwayat al-Bukhari (13)]
Isyyyy.. Mengapa Najib berkelakuan begitu yer. Sungguh tidak pantas untuk seorang negarawan. Secara tidak langsung memaparkan keperibadian nya sendiri.
BalasPadamSo pathetic lah Datuk Najib ni. Tak perlu ni semua.