Pada 12 Julai, planet Neptun akan menyambut hari lahir pertama kerana betul-betul masuk satu tahun Neptunian, atau 164.79 tahun Bumi telah berlalu sejak ianya dijumpai.
Anda boleh bayang sendiri betapa jauhnya planet Neptun dari matahari kan. Kerana satu pusingannya mengelilingi matahari, sama dengan 164.79 tahun Bumi kita ini.
Neptun secara matematiknya diramalkan sebelum ia mula-mula diperhatikan dengan teleskop pada 24 September 1846. Ahli astronomi Johann Gottfried Galle dan pembantunya Heinrich Louis d'Arrest menggunakan pengiraan Urbain Le Verrier untuk mencari planet ini.
Ia telah didapati berada dalam satu darjah di mana Le Verrier telah meramalkan ia akan dan ia adalah planet pertama yang ditemui secara sengaja.
Setelah Neptun ditemui, William Lassell mengambil masa hanya tujuh belas hari sahaja untuk mencari bulannya iaitu Triton.
Tidak ditemui lagi 12 bulan yang lain hinggalah abad ke-20. Neptun ialah planet keempat terbesar pada diameter dan ketiga terbesar dari segi jisim, 17 kali ganda Bumi dalam sistem solar ini.
Ia juga planet yang paling jauh dari Matahari sejak planet Pluto turun pangkat pada tahun 2006.
[NASA / JPL-Caltech]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)