Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyeru semua Wakil Rakyat dan Ketua Jabatan Kerajaan agar memiliki laman rangkaian sosial iaitu Facebook. Ianya agar masyarakat mudah mendekati pemimpin mereka tanpa ada halangan birokrasi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, "Dengan cara ini, masyarakat akan lebih mendekati kita tanpa halangan birokrasi yang sebelum ini sering menjadi halangan kepada umum berinteraksi."
"Pelbagai halangan sebelum ini dapat disuarakan dengan menggunakan Facebook. Jadi kita sebagai pemimpin perlu mendengar suara mereka dan sering memberikan pandangan yang bernas di laman berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Langkah ini adalah bagus lebih-lebih lagi dalam mengikis sistem birokrasi yang telah lama sebati dengan sistem pemerintahan dan kepemimpinan di Malaysia dan dunia umumnya. Walaupun begitu, jangan sampai nanti pemimpin-pemimpin yang memiliki Facebook itu lebih gemar bermain games dan mengorat awek dari melayan aduan dan karenah rakyat.
Manalah tahu, nanti tiba-tiba anda yang biasa bermain games billiard sebagai contoh, akan terserempak dengan seorang Dato' menjadi pencabar anda.
Billiard iyyyerrr??? Bagus gak tu. Datuk ke, Tan Sri ke, Tun ke... Datin2 dan Puan Sri2 kena lah step up kawalan mereka...hahahaha... macam2...
BalasPadam