Berita Terkini

Tiga faktor utama siswazah sukar dapat kerja

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) - Ketidakmampuan bertutur dalam bahasa Inggeris, tiada pengalaman bekerja dan bersikap memilih pekerjaan adalah antara faktor utama ramai siswazah terus menganggur.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata siswazah yang baru menamatkan pengajian juga menuntut gaji tinggi dan enggan menerima tawaran jawatan yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka kerana gaji yang ditawarkan adalah rendah sebab tidak mempunyai pengalaman bekerja.

"Kebanyakan majikan akan memberi lebih banyak markah kepada mereka yang memiliki pengalaman bekerja walaupun pengalaman yang diraih itu dalam kategori lebih rendah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran kerjaya dan lepasan ijazah bertemakan "Graduan Aspire 2011" di sini.

Beliau berkata kadar pengangguran di Malaysia sekarang ialah 3.1 peratus.

[Bernama]


Bukan saya yang kata, tapi Datuk Maznah Mazlan yang kata. Betul ke tidak ni wahai siswazah-siswazah sekelian?

Kalau ikut laporan dari Bernama pada Februari 2010 dulu pula, ada 5 faktor graduan menganggur iaitu  kekurangan latihan industri, lemah Bahasa Inggeris, kurang kemahiran menyelesaikan masalah, suka bertukar kerja dan kurang keyakinan diri.

Laporan tahun 2010 itu menurut kajian oleh Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (Federation of Malaysian Manufacturers - FMM), dan diberitahu oleh pengarah pembangunan dan hal ehwal pelajar Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.