Berita Terkini

Kenapa buat demokrasi jika tidak mahu dengar suara rakyat?

Barack Obama kena tutup mulut
Siapa yang mencipta konsep DEMOKRASI? Istilah demokrasi pada awalnya muncul dalam suasana politik dan falsafah Yunani kuno lagi. Kemudian dalam sejarah moden pula, bangsa yang mula-mula mengambil sistem demokrasi dalam pemerintahan ialah Republik Corsica pada tahun 1755.

Secara ringkasnya, demokrasi dicipta oleh manusia seperti kita juga, tiada apa lebihnya. Ia hanya dicipta oleh manusia biasa dan manusia biasa TIDAK AKAN memahami setiap hati dan perasaan manusia biasa lain, dan tidak akan tahu apa yang TERBAIK bagi manusia lain.

Maka siapa pun boleh cipta undang-undang atau sistem pemerintahan, ikut saja kepala otak sendiri (yang kononnya kita rasa sudah bagus untuk masyarakat). Jadilah kita seorang manusia yang perasan bagus.

Tak perlu saya cerita panjang, mari kita pergi kepada demokrasi di Malaysia. Kerajaan Malaysia sekarang juga mengambil sistem demokrasi sebagai sistem pemerintahan. Maka , sistem demokrasi mesti mendengar SUARA RAKYAT, kerana kebebasan bersuara adalah salah satu ciri-ciri negara yang mengamalkan demokrasi.

Maka jika perhimpunan aman tidak boleh, rakyat mahu bersuara melalui saluran itu ini tidak boleh, mana demokrasinya? Mengapa tidak jadikan saja pemerintahan di Malaysia ini sebagai pemerintahan autokrasi @ diktator @ kuku besi?


Apakah sistem pemerintahan yang terbaik?

Sistem pemerintahan yang terbaik SUDAH PASTI adalah sistem yang telah dirangka dan dicipta oleh Tuhan, iaitu Pencipta kepada seluruh manusia. Kerana Tuhan mencipta manusia, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Dia tahu apa yang terkandung dalam setiap hati kecil manusia, pengetahuanNya TANPA BATAS, masyaAllah.

Maka bagi seseorang yang bergelar Islam, sistem pemerintahan yang terbaik adalah sistem yang diajar oleh AlQuran dan AlHadith, kerana SUMBER PERUNDANGAN ISLAM ada 4 iaitu AlQuran, AlHadith, Ijma' Ulama dan Qias.

Maka jika menyebut sumber perundangan dari AlQuran, ianya SUDAH PASTI melibatkan juga HUKUM HUDUD kerana ianya adalah salah satu cabang Undang-undang jenayah dalam Islam.

Hukum Hudud bukannya untuk MENYUSAHKAN hidup masyarakat, seperti yang diwar-warkan oleh media barat yang telah membuat banyak PROPAGANDA tentang Hukum Hudud. Dan ianya bukan semata-mata untuk menghukum manusia, tetapi untuk mencegah jenayah seterusnya untuk mendidik manusia agar menjadi INSAN YANG BAIK. Ia adalah undang-undang agar manusia menjaga diri dan tidak melanggar BATAS-BATAS yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Begitu juga dengan hukum-hukum yang lain, sebagai contohnya wanita WAJIB menutup aurat. Maka kerajaan boleh mengenakan hukuman terhadap wanita Islam yang tidak menutup aurat. Wanita yang BUKAN ISLAM tidak dipaksa dalam soal ini, jangan takut.

Ini tidak, kerajaan yang mengaku Islam, tetapi membiarkan saja rakyatnya yang wanita Islam berpakaian seksi dan tidak menutup aurat. Semata-mata kerana sayangkan UNDI dari mereka. Maklum lah, kan nanti tahan wanita tidak tutup aurat, hilang pula UNDI di pilihanraya.

Bayangkan, seorang ayah di dalam sebuah rumah pun akan disoal di akhirat nanti jika anaknya yang wanita TIDAK MENUTUP AURAT, ini kan pula PEMIMPIN sebuah negara. Anda sanggup menjawab kesemua soalan berkenaan dengan SEMUA WANITA yang tidak menutup aurat di akhirat nanti?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, ”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.” (Hadith Riwayat Muslim)

Undang-undang Islam di Malaysia picture
Sabda Rasulullulah s.a.w yang bermaksud, "Tiadalah seorang hamba Allah s.w.t yang diberi tugas pemimpin untuk memimpin rakyat kemudian dia mati di hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah s.w.t mengharamkannya dari memasuki syurga". (Hadis Muttafaq’alaih)

Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud, "Sesiapa yang diberi Allah s.w.t kuasa untuk menguruskan sesuatu urusan kaum Muslimin, tetapi dia berlindung tidak menunaikan keperluan mereka atau menghiraukan kemiskinan mereka, nescaya Allah s.w.t berlindung Diri tidak melayani hajat dan permintaannya". (Hadis Sahih)

Kerana itu perkara ini sebenarnya SIMPLE, JELAS, tetapi kita yang membuatkannya payah dan sukar. Kita sendiri yang buat-buat payah nak buat apa yang AGAMA kita sendiri suruh. Yang sunat tu tak mengapa lah , tetapi yang WAJIB pun kita tidak mahu patuh.


Kesimpulan

Undang-undang Islam adalah undang-undang yang TERBAIK untuk diguna pakai oleh kerajaan, kerana ia adalah undang-undang yang digariskan oleh Raja segala raja. Allah adalah Maha hebat, dan undang-undangNya adalah yang PALING HEBAT.

Demokrasi juga sebenarnya tidak terbaik, kerana ia terlampau memberikan KEBEBASAN BERSUARA kepada rakyat. Maka mudah tercetus huru-hara dan perbalahan. Agenda demokrasi ini sebenarnya agenda dari Illuminati juga. Maka tiada yang TERBAIK melainkan ikut saja apa yang telah diberi panduan oleh Allah s.w.t.

Simple, jelas, mudah saja untuk faham. Kalau seorang yang mengaku Islam tak faham lagi ni, tak tahu lah saya .......






1 ulasan:

  1. System democracy telah lama menular dalam hidup kita. Semua sudah di secular kan. Sukatan pelajaran disekolah2 sekarang pun secular. Subject2 agama yang diajarkan pun sudah ditapis. Pelajar2 kita yang diluar negara pun adopt cara secular.

    Ulama2 dan ahli2 agama mesti lah bekerja keras untuk menangani masaalah ini. Jika tidak Islam hanya akan tinggal pada nama sahaja.

    Semuga Allah SWT melindungi ummah ini. Amin..

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.