Tentera Mexico akan mula memusnahkan ladang ganja terbesar di negara itu di bawah pemerhatian pendakwa raya negeri, dimana beratus-ratus tentera turun di tapak tersebut.
"Kami menganggarkan bahawa ia akan mengambil sekurang-kurangnya lapan hari untuk askar musnahkan ladang seluas 120 hektar (hampir 300 ekar) itu, kata Jeneral tentera Alfonso Duarte.
Kira-kira 250 tentera buat sementara ini, telah dikerahkan ke ladang itu bagi menjaga dan memulakan pemusnahan.
Terdapat juga perumahan untuk kira-kira 60 pekerja, apabila askar menghampiri tapak itu, pekerja-pekerja sedang makan, mereka semua melarikan diri. Bagaimanapun kemudiannya 6 orang ditangkap di pusat pemeriksaan tentera.
Tanaman itu sedia untuk tuaian, dan Duarte menganggarkan ladang itu mampu menghasilkan 120 tan ganja, yang bernilai hampir $160 juta dolar.
[The Sun]
Belum cukup lagi setakat memusnahkan sebuah ladang saja, tetapi bagus lah dari tidak langsung. Semoga dicari lagi kesemua ladang ganja di Mexico. Begitu juga tentera-tentera di negara lain pun semoga cari sampai jumpa kesemua ladang ganja dan sewaktu dengannya. Kita bakor je!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)