لا اله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير . Semoga Allah bantu perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di muka bumi ini, amiin .......

17 Julai 2011

Video: Beberapa puisi dari Sasterawan Negara A Samad Said

Ahad, Julai 17, 2011 | |
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said (lahir: 9 April 1935) ialah Sasterawan Negara Malaysia 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979.

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal.

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. [Wikipedia]


Ramadhan yang manis


Pak Samad juga baru-baru ini turut sama berkumpul dan menyokong Bersih 2.0, dan puisi-puisi beliau akhir-akhir ini juga semakin banyak menyentuh isu-isu politik. Beliau sudah berpangkat Datuk, dan seorang Sasterawan Negara lagi, tetapi biasa ke sana ke mari di khalayak orang ramai, seperti orang yang tiada pangkat apa. Very humble man, sangat merendah diri, saya sangat menghormati dan mengagumi beliau, masyaAllah.


Unggun Bersih



Peludah warna



Erti kemerdekaan



Jika



Tetamu senja - Sajak nukilan A Samad Said yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa



A. Samad Said Diwawancara di MHI TV3



Artikel berkaitan:

0 komen:

Catat Ulasan

Terima kasih :)


..
 

Al-Quran dan Sains

Hukum Allah

Stat


لا إله إلا الله محمد رسول الله

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." [Surah Aali-Imran : Ayat 190 - 191]


Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, ".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri". [Hadits Riwayat Ibnu Majah]


"Tiadalah antara penciptaan Adam a.s hingga hari Kiamat, urusan (fitnah) yang lebih besar dari Dajjal." [Hadits Riwayat Muslim]


LINKS

Arkib blog

Hakcipta 2013 Unikversiti.
| Boleh copy, tapi mesti sertakan sumber dari sini. Segala berita dan iklan dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian kami. Jika ada salah dan silap harap maafkan, dan sila beri teguran membina dengan beradab dan berakhlak baik, bukan teguran membabi-buta tanpa usul periksa. Setiap berita tidak semestinya betul belaka. Yang 100% betul hanyalah AlQuran. Maka kaji dan tapislah berita dengan berhikmah :)