Berita Terkini

Sejarah perkembangan pemuja syaitan

Satanisme secara singkat dapat diertikan sebagai penyembahan syaitan dan menjadikannya sebagai tuhan. Selain menolak Allah, semua agama dan nilai keagamaan, gerakan jahat ini memiliki ajaran melaksanakan hal-hal yang oleh agama dianggap berdosa. Satanisme juga menerima syaitan, lambang kejahatan, sebagai pemimpin dan pembimbing.

Sejarah Satanisme

Kaum Satanis, yakni para pengikut ajaran Satanisme, sudah ada dan melaksanakan kegiatan mereka di setiap tahap sejarah dan dalam setiap peradaban, dari Mesir kuno sampai Yunani kuno, serta sejak Abad Pertengahan sampai hari ini. Di antara abad ke-14 dan ke-16, para tukang sihir dan orang yang menolak agama sama-sama memuja syaitan. Setelah tahun 1880-an, di Perancis, British, Jerman, dan sekaligus di berbagai negara-negara lain di Eropah dan Amerika, Satanisme ditetapkan dalam perkumpulan dan tersebar di kalangan orang yang mencari keyakinan dan agama lain.

Penyembahan syaitan terus berlanjutan sejak abad ke-19, mula-mula sebagai Satanisme tradisional, lalu dalam aliran sesat yang lebih kecil yang merupakan pecahannya. Upacara kejam yang dilakukan oleh tukang sihir dan orang-orang tak bertuhan, pengorbanan anak dan orang dewasa kepada syaitan, perayaan Misa Hitam dan upacara Satanisme tradisional yang lain telah diwariskan diam-diam secara turun temurun.

Lambang Satanisme tradisional yang terpenting adalah dewa Romawi kuno Baphomet. Pada waktu itu, Baphomet menjadi lambang bagi orang yang memuja syaitan. Para ahli sejarah yang menelusuri asal-usul tubuh seperti manusia berkepala kambing ini telah menemui beberapa petunjuk penting tentang kegiatan Satanis. Lambang Satanis terpenting kedua adalah Pentagram, iaitu bintang bersegi lima di dalam lingkaran. Yang menarik, ada dua perkumpulan rahsia yang lain di samping para Satanis yang menggunakan Baphomet dan pentagram sebagai lambang. Yang pertama adalah kumpulan Kesatria Biara Jerusalem (Knight Templars), iaitu kumpulan yang dituduh oleh Gereja Katolik sebagai penyembah syaitan, dan dibubarkan pada tahun 1311. Kumpulan lain adalah kumpulan Mason yang telah bertahun-tahun lamanya menimbulkan rasa penasaran kerana kerahsiaan dan upacaranya yang aneh.


Banyak ahli sejarah, yang telah menyelidiki masalah itu, percaya bahawa terdapat hubungan antara Knight Templars dengan kumpulan Mason. Menurut mereka, kedua-dua kumpulan itu saling melanjutkan satu sama lain. Sesudah Knight Templars dilarang oleh Gereja, kumpulan itu melanjutkan keberadaannya secara rahsia dan akhirnya berubah menjadi fahaman Mason. Yang pasti tentang Freemasonry adalah, perkumpulan ini bersifat amat rahsia, punya susunan organisasi, dengan anggota di seluruh pelusuk dunia. Huraian yang diberikan para ahli seperti Leo Taxil, yang pernah menjadi seorang Mason, namun telah keluar dari kumpulan itu, mengatakan bahawa para Mason amat menghormati Baphomet dan melangsungkan upacara yang menyerupai tata-cara penyembahan syaitan. Kenyataan lain yang menimbulkan kecurigaan adalah bahawa banyak pengikut Satanisme kemudiannya menjadi anggota organisasi Mason.

Kini, para satanis telah meninggalkan upacara dan markasnya yang rahsia itu, untuk keluar ke jalan-jalan. Para Satanis bergiat di setiap negara untuk menyebarkan ajarannya dengan gigih dalam buku-buku, terbitan berkala, dan terutama di Internet dalam usaha mereka menarik ahli. Tak peduli di mana-mana negara pun mereka berada, para Satanis memaparkan imej yang sama. Cara berpakaian, tata cara penyembahan, kesamaan surat yang mereka tinggalkan sebelum melakukan bunuh diri dan ciri lainnya menunjukkan bahawa Satanisme bukanlah gerakan biasa yang dipenuhi para penganggur, melainkan sebuah organisasi yang sengaja bersandar pada landasan pemikiran.

Satanisme dan Materialisme

Anton LaVey
Anton LaVey - Church of Satan
Pada dasarnya aliran Satanisme dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Teistik dan Atheistik. Aliran teistik atau biasa disebut juga Satanisme Tradisional, adalah suatu bentuk kepercayaan yang menganggap bahawa Satan sebagai dewa, sedangkan aliran Atheistik adalah suatu aliran kepercayaan yang tidak menganggap adanya Tuhan ataupun Dewa untuk disembah , melainkan mereka menggunakan "Syaitan" sebagai simbol pada diri manusia, sebagai simbol keduniawian dan keserakahan, atau dengan kata lain mereka boleh dikatakan menyembah diri mereka sendiri. Salah satu Aliran Satanisme Atheistik yang terkenal adalah Gereja Syaitan (The Church of Satan) yang ditubuhkan oleh Anton Szandor LaVey (Anton LaVey), kerana namanya aliran ini disebut dengan aliran LaVeyan.

Suatu ciri kaum Satanis masa kini adalah, mereka semua atheis (tidak mengakui adanya Tuhan). Mereka juga sekaligus kaum materialistik, ertinya, mereka hanya percaya kepada kewujudan benda belaka. Mereka mengingkari adanya Tuhan dan semua makhluk ghaib. Oleh kerana itu, kaum Satanis tidak percaya kepada syaitan sebagai makhluk yang nyata. Meskipun disebut sebagai penyembah syaitan, mereka tidak mengakui adanya syaitan. Bagi kaum Satanis, syaitan hanyalah lambang yang menyatakan permusuhan mereka terhadap agama dan kekerasan hati mereka.  Dia menulis buku The Satanic Bible pada tahun 1969.

Dalam sebuah tulisan yang berjudul "Pengantar Satanisme" yang diterbitkan Gereja Syaitan, dinyatakan bahawa para Satanis sebenarnya adalah ateis:

Satanisme adalah sebuah agama yang tak mengenal Tuhan dan menganut fahaman tidak ada yang perlu ditakuti selain akibat tindakan kita. Kaum Satanis tidak percaya adanya Allah, malaikat, syurga atau neraka, iblis, syaitan, roh jahat, roh baik, jin, atau makhluk ghaib yang jahat. ... Satanisme bersifat ateis ... Otodeis: kami menyembah diri kami sendiri. ... Satanisme adalah materialis ... Satanisme adalah lawan agama. (Vexen Crabtree, "A Description of Satanisme")

Ringkasnya, ini adalah hasil falsafah kebendaan dan tak mengenal Tuhan yang telah tersebar sejak abad ke-19. Seperti falsafah ini, Satanisme menyandarkan diri pada teori yang dianggap ilmiah, iaitu Teori Evolusi Darwin.


Muzik dan Filem Satanisme.

Satanisme muncul dalam banyak perkara, salah satunya adalah filem dan muzik. Banyak filem yang menceritakan dengan terbuka idiom satanisme serta kisah kuasa gelap (dark forces). Filem popular seperti: Friday The 13th, The Crow, Devils Advocate, Interview With The Vampire, bahkan serial The X-Files mengandungi alur cerita dimana syaitan, satanisme atau black magic menjadi bahagian penting dari filem. Dikatakan pada tahun 1968, Anton Szandor La Vey pernah menjadi penasihat teknikal sekaligus pemeran filem Rosemarys Baby, filem Omen 1976 disebut telah mempopularkan satanisme.

Dalam muzik ada banyak sekali contoh muzik yang mengandungi satanisme, contoh:

Lagu dari Ozzy Osbourne "Anggur baik tapi Wiski lebih cepat, bunuh dirilah satu-satunya jalan keluar"

Lagu dari David Bowie (majalah Rolling Stone) mengatakan Rock akan selalu menjadi musik syaitan

Lagu dari Stairway to Heaven jika di putar terbalik akan memunculkan syair pemujaan syaitan.

Lagu dari Metallica dalam The Prince melantunkan Bida dari bawah, Aku ingin menjual jiwaku. Syaitan turun jiwaku.

Pink Floyd menulis lagu Lucifer Sam dengan lirik: Lucifer Sam selalu duduk di sisimu .. selalu dekat denganmu.

Tahun 1992, Red Hot Chilli Peppers ketika penerimaan anugerah MTV Awards berucap, "Pertama-tama kami ingin berterima kasih pada Syaitan."

Marilyn Manson, salah satu umat GS pada majalah Spin edisi Ogos 1996. "Saya berharap dikenang sebagai tubuh yang mengakhiri sejarah Kekristianan, Manson tak ragu merobek Injil dan meneriakkan penghinaan terhadap Yesus Kristus."

Di antara banyak band-band metal ketika ini, terdapat beberapa band yang merupakan band-band sesat yang memuja syaitan. Band-band tersebut menjual jiwanya untuk para syaitan demi keinginannya agar memperolehi kemasyhuran. Band yang beraliran Black Metal merupakan aliran metal yang paling banyak mempunyai Band Metal-Satanis.

Baca juga tentang Black Magic (Sihir) dan Illuminati 


10 band penganut satanisme yang popular

1. Acheron

Band yang beraliran sesat itu misalnya Acheron, band yang ditubuhkan pada tahun 1998, dan dibentuk oleh Pendeta Vincent Crowley di Tampa, Florida. Yang kemudian bergabung dengan Peter H. Gilmore, Magister Gereja Syaitan.

Dan untuk pertama kalinya, band ini mengeluarkan album yang berjudul "Messe Noir" pada tahun 1988. Album ini dibuat khusus sebagai edisi terhad 7-inci yang juga merupakan rekod dimensi sebuah album yang belum pernah ada sebelumnya, dan untuk membuat album ini benar-benar kental terhadap aliran satanis, Acheron membuat album ini dicopy hanya untuk 666 naskhah.

Kemudian pada tahun 1991, band ini membuat dunia tercengang dengan menerbitkan album kedua mereka yang berjudul Rites of the Black Mass (1991). Pada album tersebut, setiap lagu-lagunya mengandungi ayat-ayat yang ada pada injil hitam (Satanic Bible) dan digunakan intro bergaya Gothik dan gitar solo yang membuat lagu-lagu tersebut seolah-olah dari dunia 'Kegelapan'. Lagu-lagu mereka pun berdasarkan atas falsafah 'Satanis'.

Album:
Messe Noir (1988), Rites of the Black Mass (1991), Alla Xul (1992), Satanic Victory (1992), Lex Talionis (1992), Anti-God, Anti-Christ (1996), Those Who Have Risen (1997 ), Necromanteion Communion (1998), Compendium Diablerie: The Demo Days (2001).

2. Angelcorpse

Band kedua yang juga termasuk band yang menganut aliran Satanisme adalah band Angelcorpse. Merupakan band yang dibentuk pada tahun 1995 oleh Pete Helmkamp dan bekas band yang dikenali sebagai Order dari Chaos. Angelcorpse berasal dari Kansas City, tapi mereka pindah ke Tampa Florida (yang merupakan daerah penganut Satanisme) di Amerika. Muzik mereka bertemakan Anti-Kristus dan peperangan. Pada tahun 1995 dan 2007 Band ini melakukan lawatan ke Eropah untuk mendukung band-band beraliran satanisme yang ada.

Hal lain yang berkaitan dengan band ini adalah Pete Helmkamp, ​​personel band, menulis buku yang berjudul 'The Conqueror Manifesto.' menurutnya, hal-hal yang memandang bahawa "In the spirit of Crowley 's" dan pandangan tentang "Anti-christ" adalah merupakan kebenaran. Dalam bukunya tersebut Pete menuliskan usaha manusia agar boleh naik ke Quest terhadap Plateau dari invincibility dan mencapai Godhood (Homodeus).

Album:
Goats to Azazael Demo (1995), Hammer of Gods (1996), Nuclear Hell (1997), Wolflust Single (1997), Exterminate (1998), Winds of Desecration (1999), The Inexorable (1999), Iron, Blood and Blasphemy (2000), Death Dragons of the Apocalypse (2002), Of Lucifer and Lightning (2007).

3. Cradle Of Filth

Band ketiga adalah band beraliran Black Metal-Satanis, iaitu Cradle Of Filth. Adalah band yang berasal dari Britain dibentuk pada tahun 1992, dengan penyanyi utama Dani Filth.

Merupakan Band yang sangat erat kaitanya dengan Sihir, Mitologi, dan hal-hal yang berbau Kotoran. Selain menyanyikan alunan muzik Black Metal, aliran ini juga memainkan aliran Dark Metal dan Death Metal, vampyric Metal dan Satan Metal dan Symphonic Black Metal.

Aliran ini telah banyak berubah sejak awal mula dibentuk. Pada awalnya nuansa Death Metal begitu kelihatan, namun seiring dengan waktu berubah menjadi Black, dan yang terkini Bernuansa Ghotic yang sangat terlihat pada lagu "Nymphetamine". Prestasi besar yang pernah diraih oleh band ini adalah merupakan band yang paling terkenal di Britain setelah Iron Maiden.

Album:
The Principle of Evil Made Flesh (1994), Dusk ... and Her Embrace (1996), Cruelty and the Beast (1998), Midian (2000), Damnation and a Day (2003), Nymphetamine (2004), Thornography (2006), Godspeed on the Devil 's Thunder (2008).

4. Dimmu Borgir

Band keempat yang juga merupakan band beraliran Satanis adalah Dimmu Borgir. Adalah Band Black Metal yang berasal dari Oslo, Norway, dibentuk pada tahun 1993. Dibentuk oleh Shagrath, Silenoz, dan Tjodalv.

Band ini pertama kali menerbitkan album Inn i evighetens mørke pada tahun 1994. Yang kemudian menyelesaikan seluruh Track pada album For All Tid (1994).

Band ini diketahui sering bermain aliran Symphonic Black Metal, Black Metal, Ritual Black Metal, dan Deathy Metal. Tema-tema yang dibincangkan dalam lirik lagu-lagunya hampir sama dengan Cradle Of Filth, iaitu tentang pemujaan kepada Syaitan, Ritual, dan Peperangan.

Album:
For all tid (1994), Stormblåst (1996), Enthrone Darkness Triumphant (1997), Spiritual Black Dimensions (1999), puritanical Euphoric Misanthropia (2001), Death Cult Armageddon (2003), Stormblåst MMV (2005) In Sorte Diaboli (2007 ).

5. Arch Goat

Band kelima merupakan band Black-Death Metal, iaitu Arch Goat yang dibentuk di Finland. Album Pertama mereka dilancarkan pada tahun 1992 yang berjudul "Jesus Spawn". Sebuah album yang di dalamnya penuh dengan penghinaan kepada Tuhan. Style dan gaya Band ini mirip dengan Angelcorpse, iaitu anti Kristus dan banyak bermain Filosophy Satanis. Band ini juga kadang-kadang bermain muzik Ritual.

Album:
Jesus Spawn (1992), Angelcunt (Tales of Desecration) (1993), Angelslaying Black Fucking Metal (2004), Live Black Mass (2005), Whore of Bethlehem (2006).

6. Blasphemy

Band Satanis keenam, adalah band Black Metal yang berasal dari Kanada, ditubuhkan di daerah Burnaby tahun 1984 bernama Blasphemy. Debut mereka yang pertama adalah "Blood upon the Altar" pada tahun 1989, merupakan album yang mengandungi penghinaan kepada Tuhan. Band ini juga pernah melakukan lawatan ke Jerman "Fuck Christ". Dalam syair-syairnya, Band ini banyak menggunakan tema-tema yang berkaitan dengan paganisme, mitologis dan lirik-lirik Anti-Kristus.

Album:
Fallen Angel of Doom (1990), Gods of War (1993), Live Ritual - Friday the 13th (2002).

7. Behemoth

Band ketujuh adalah Behemoth. Behemoth adalah band Black Metal yang berasal dari Poland pada tahun 1991. Band ini memainkan muzik dengan tema-tema Satanis, dan Ritual, dan pemujaan kepada Berhala. Band ini juga memainkan aliran musik Death Metal, ada juga yang menyebutnya sebagai Black Metal, Avantgrade Metal, Pagan Metal. Namun aliran yang sebenarnya dari band ini masih diragukan, kerana band ini lebih suka tidak dilabelkan dalam genre apa pun.

Album:
And the Forests Dream Eternally (EP) (1995), Sventevith (Storming Near the Baltic) (1995), Grom (1996), Bewitching the Pomerania (EP) (1997), Pandemonic Incantations (1998), Satanica (1999), Thelema .6 (2000), Antichristian Phenomenon (EP) (2001), Zos Kia Cultus (Here and Beyond) (2002), conjuration (EP) (2003), Demigod (2004), Slaves Shall Serve (EP) (2005), The Apostasy (2007), Ezkaton (EP) (2008), Evangelion (2009).

8. Arch Enemy

Band kelapan adalah band Melodic Death Metal yang berasal dari Sweden. Band ini bernama Arch Enemy. Band ini mengeluarkan album pertamanya pada tahun 1996 berjudul "Black Earth". Style band ini sangat mengagumkan, setiap track pada albumnya penuh dengan Melodi Gitar yang digabung dengan suara volkalis awek (Angela Gossow) ini membuatnya begitu berkesan. Hal-hal yang dibincangkan dalam lagu-lagunya adalah hal-hal mengenai Kiamat, dan Anti-Kristus. Selain itu, ahli band ini berasal dari para bekas Pemain band metal sebelumnya, seperti band Carcass, dan Yohanes Liva.

Album:
Black Earth (1996), Stigmata (1998), Burning Bridges (1999), Wages of Sin (2001), Anthems of Rebellion (2003), Doomsday Machine (2005), Rise of the Tyrant (2007).

9. Beherit

Band kesembilan, iaitu Beherit merupakan band yang dibentuk di Finland pada tahun 1989. Band ini sendiri memiliki erti "syaitan" dalam Bahasa Syria. Muzik mereka bertemakan kebiadapan, Anti-Kristus, Neraka, dan penghinaan. Band ini terkenal kerana gaya ambient yang dimainkan ahlinya, band ini juga memainkan aliran Deathcore dan Black Metal.

Album:
The Oath of Black Blood (1991), Drawing Down the Moon (1993), Dawn of Satan 's Millennium (1991), Werewolf, Semen and Blood (1998), Messe Des morts (1994), Beast of Beherit - Complete Worxxx (1999) .

10. Burzum

Band kesepuluh adalah Burzum, merupakan band Black Metal yang dibentuk oleh Varg Vikernes, pada tahun 1991 di Bergen, Norway. Merupakan sebuah band yang sangat gemar melakukan peperangan dan kehancuran. Selain itu, band ini juga sering membuat lagu yang bertemakan anti-Kristus.

Pada tahun 1993 Vokalis Burzum, Varg dijatuhi hukuman atas pembunuhan dan didapati bersalah kerana cuba untuk membakar gereja di Norway.

Album:
Burzum (1992), Det som engang var (1993), Hvis lyset tar oss (1994), Filosofem (1996), Daudi Baldrs (1997), Hliðskjálf (1999), Antologi (2002).

Baca juga Illuminati dan kaitannya dengan hiburan












Dan sambung episod-episod seterusnya di Youtube .......



[JelajahUnik , Wikipedia , Unikversiti]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.