Berita Terkini

Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem-filem Hollywood

Kali ini saya akan bawakan lanjutan dari topik berkenaan Illuminati yang dalam usaha menegakkan New World Order di muka bumi ini. Dan kali ini saya akan sentuh tentang bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem-filem Hollywood. Bagi yang masih tidak faham apa itu Illuminati boleh lah membaca topik-topik lepas yang berkaitan dengan Freemason, Skull n Bones dan sebagainya tu. Kesemuanya itu berada di bawah satu organisasi besar yang diberi nama Illuminati.

Ada satu pengakuan dari bekas programmer / jurulatih perempuan yang asalnya bekerja dengan Illuminati. Tetapi dengan kesedaran-kesedaran yang beliau dapat kerana banyak dari kerja-kerja Illuminati itu yang tidak membawa kepada kebaikan, maka dia telah berhenti dan dia telah ditemubual oleh HJ Springer, Chief Editor di CentrExNews.com.

Antara isi-isi penting dari temubual itu saya cuba kemukakan setakat yang saya dapat. Menurut bekas Illuminist itu, Illuminati percaya bahawa untuk mengawal orang-orang awam mestilah dengan mengawal media terlebih dahulu. Bidang kewangan, media, undang-undang, kerajaan dan pendidikan adalah bidang-bidang yang menjadi sasaran mereka untuk menguasai masyarakat.

Bagaimana mereka melakukannya? Mereka tidak pergi kepada produser filem dan mengatakan "kami ni adalah ahli Illuminati dan kami mahu anda buat filem untuk mempromosikan agenda kami". Mereka tidak sebodoh itu untuk terus secara terbuka menyatakan hasrat mereka. Tetapi mereka akan membentuk sebuah syarikat pelaburan kecil yang memberi tabung kepada filem-filem dengan idea-idea yang mereka mahukan. Secara rahsia mereka mengupah pelakon-pelakon, produser-produser, pengarah-pengarah dan penulis skrip, tetapi mereka tidak memberitahu mengapa dan kenapa mereka mahu idea-idea mereka itu dibuat.

Yang penting adalah duit, lebih-lebih lagi di Hollywood, jika anda ada duit maka anda boleh menyuruh untuk membuat apa sahaja filem di situ. Mereka juga boleh menyalurkan wang pada kempen pengiklanan filem-filem yang dibuat.

Illuminati bertindak dalam keadaan yang perlahan, sabar kerana mereka sudah berada di belakang tabir sejak beratus tahun yang lalu dan mereka tahu masyarakat awam adalah lambat menerima idea-idea baru. Bilangan filem-filem yang berkisarkan tentang PEMUJAAN juga telah banyak sejak 10 tahun yang lalu, tidak kah anda juga terfikir tentang itu?


Cuba kita fikir mengapa semakin banyak filem yang bertemakan pemujaan dan kuasa-kuasa luar biasa? Dan ianya akan memberi pengaruh kepada kanak-kanak terutamanya yang sedang membesar dan mencari identiti diri. Walt Disney juga adalah seorang Illuminist dan rancangan-rancangan terbitan mereka kebanyakannya untuk memprogramkan minda kanak-kanak dengan kuasa luar biasa dan sihir, is is is.

Banyak lagi filem lain yang melakarkan agenda Illuminist seperti The Matrix. Filem The Matrix ini pun sudah cukup menunjukkan kepada kita tentang agenda mereka yang ingin mewujudkan suatu dunia baru dengan kepakaran yang ada pada mereka yang sebenarnya hanyalah tahyul semata.

Dan filem seperti Starship Trooper terdapat banyak sangat simbol-simbol pemujaan di dalamnya. Menurut bekas Illuminist itu, dia sendiri telah membilangnya dan mendapati tidak kurang dari 100 simbol yang dijumpainya dalam filem tersebut. Dan rata-rata filem-filem seperti ini akan menyelitkan unsur seks seperti adegan di ranjang (pengaruh yang secara halus menular) dan tidak kurang juga unsur-unsur keganasan. Ini menunjukkan mereka mengajar kita membuat dosa dalam satu filem yang amat mempesonakan tanpa kita sedari.

Dan pada akhir temubual tersebut, dia berkata bahawa ramai juga Illuminist yang bukan sebenarnya jahat, tetapi mereka tertipu dengan organisasi Illuminati itu. Kerana mereka dirahsiakan dengan banyak perkara. Yang jahat dan mengatur agenda-agenda yang mengarut adalah orang-orang atasan mereka. Golongan bawah itu ibarat boneka sahaja kebanyakannya.

Maka dengan pengetahuan seperti ini, diharapkan kita dapat memantau aktiviti anak-anak dan adik-adik kita, agar tidak tergila-gila sangat dengan filem-filem barat yang mengajar terlalu banyak keburukan sebenarnya. Nak tengok tak apa, tetapi tengok sekadar hendak tahu dan kaji tentang agenda Illuminati, serta kawal mereka elok-elok dan terangkan kepada mereka mana-mana yang tidak betul, jangan hanya membiarkan mereka berkhayal dan mengintepretasi sendiri cerita-cerita tersebut. Kerana media adalah merupakan antara pengaruh utama yang dapat membentuk peribadi manusia.

Ada juga kebanyakan filem-filem itu terutamanya filem animasi yang nampak bagus, tetapi hakikatnya mereka mahu mengawal minda kita secara halus, mahu kita rasakan ideologi dan pemikiran mereka bagus. Itu antara taktik mereka untuk jauhkan kita dari Allah. Jauhkan kita dari hidup beragama, tetapi hanya hidup dengan moral semata-mata tanpa ada kaitan dengan Tuhan. Itu yang kita mesti berhati-hati. Kita mesti ingat bahawa antara agenda utama Illuminati adalah untuk menghapuskan kehidupan beragama, kehidupan yang mengabdikan diri kepada Tuhan, maka mereka akan cuba bermacam-macam cara hinggalah kepada cara yang sehalus mungkin seperti memainkan perasaan manusia dan mempengaruhi kanak-kanak.

Sebab itu lah syaitan ni bukan hanya di kalangan jin, tetapi juga di kalangan manusia. Kalau manusia itu ajak orang untuk membuat jahat dan dosa, maka sama lah dia dengan syaitan dari golongan jin itu. Allah sendiri telah berfirman dan menerangkan kepada kita bahawa syaitan itu terdiri dari jin dan manusia.

Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia. Surah An-Naas

Wallahu a'lam :)


Berikut adalah beberapa video dari Youtube yang memaparkan tentang beberapa filem yang mengandungi banyak simbol Illuminati.


The Truman show



Close encounters of the third kind



ET



Indiana Jones - Raiders of the lost Ark



The Matrix



Toy Story



Blade runner



Harry Potter



I am legend



The fifth element



James Bond



Da Vinci code



National Treasure 1 & 2


Filem National Treasure adalah salah satu filem yang amat memutar belitkan fakta, mereka mahu menunjukkan bahawa Illuminati itu adalah golongan yang bagus, hhmmm. Dan banyak lagi filem-filem yang mengandungi simbol-simbol Illuminati ini sebenarnya, tidak muat untuk diletak semua di sini. Adakah anda fikir itu semua hanya kebetulan? hehe fikir-fikirkan


V for Vendetta




Rujukan :

1 - http://educate-yourself.org/mc/mcsvaliinterviewpt3.shtml
2 - http://hikmatun.wordpress.com


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.