Seorang wanita telah dibaham oleh seekor singa yang terlepas dari sebuah taman haiwan di Kenya.
Martha Nduta dilaporkan diserang di rumahnya sendiri sebelum diheret dari kediaman itu.
Pegawai yang melakukan siasatan di tempat kejadian di daerah Nyahururu hanya menemui tengkorak manusia dan beberapa ketul tulang.
Anggota keluarganya mengenal pasti mayat itu menerusi pakaiannya yang koyak-rabak serta sebelah kasut yang ditemui di tempat kejadian.
Ketua Polis Laikipia Barat, Francio Nyamatari berkata, pegawai hidupan liar Kenya melancarkan gerakan memburu singa jantan itu kerana penduduk kampung panik dan merasakan ia akan kembali menyerang.
Haiwan itu dipercayai melarikan diri menerusi pagar yang bocor di Laikipia Nature Conservancy sebelum memasuki kampung berdekatan, 110 kilometer ke utara Nairobi.
Taman haiwan berkenaan bertujuan untuk memastikan perlindungan terhadap hidupan liar, adalah kawasan yang besar dikelilingi pagar elektrik bagi menghalang haiwan merbahaya melepaskan diri.
Tetapi media tempatan melaporkan, sebahagian pagar itu baru-baru ini dimusnahkan oleh gajah.
[The Sun]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)