Berita Terkini

Nasihat Ringkas kepada orang yang mahu Mencari Guru Agama yang Betul


Assalaamu'alaikum wr wb ........ Nasihat saya untuk saudara-saudara Islam saya, kalau mahu MENCARI GURU AGAMA, carilah GURU yang IKUT NABI S.a.w, bukan guru yang IKUT EMOSI dan EGO masing-masing.  Nak ikut Nabi S.a.w bukan tengok atas JUBAH dan SERBAN kerana bukan itu TUJUAN UTAMA Nabi S.a.w diutuskan.  Nak tahu apa tujuan utama? Lihat di bawah;

"Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan kesolehan AKHLAK." [HR Ahmad dalam Musnad-nya (no. 8952), Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad (no. 273), Al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Îmân (no. 7609), Al-Khara’ith dalam Makârim al-Akhlâq (no. 1), dan lain-lain].

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) RAHMAT bagi semesta alam." Surah al-Anbiyaa, ayat 107.

  Apa itu RAHMAT?  Rahmat ialah KASIH SAYANG. Mungkin kerana ini ramai yang tidak perasan bahawa Islam lah sebenarnya AJARAN KASIH, tapi telah dipopularkan oleh Kristen yang MENCURI dari Islam) sila kaji SEJARAH).  Kerana maksud RAHMAT selama ini TIDAK DIAJAR dengan DETAILS. Kalau tanya kebanyakan orang awam apa itu RAHMAT ALLAH, biasanya orang akan jawab "ya rahmat Allah lah". Padahal itu bermaksud "KASIH SAYANG ALLAH"

"Nabi Muhammad S.a.w ialah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap KASIH SAYANG sesama mereka (umat Islam). " (Surah Al-Fath - Ayat 29)

"Telah menular dikalangan kamu penyakit umat terdahulu iaitu penyakit hasad dan benci sesama kamu, dan ia adalah pemotong. Aku tidak bermaksud memotong rambut tetapi memotong agama. Dan demi jiwaku di dalam genggamanNya, kamu semua tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu BERKASIH SAYANG. Mahukah kamu aku tunjukkan (cara) mengukuhkan sifat itu dalam diri kamu? Sebarkanlah salam sesama kamu." (Hadits Riwayat At-Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi & Al-Bukhari di dalam Adab Al-Mufrad).

"Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia KASIH kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri." [Hadits Riwayat al-Bukhari (13)]

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan JANGAN LAH KAMU BERCERAI-BERAI, ...." (Surah Aali-Imran : ayat 103)

Carilah GURU yang lebih suka kepada PENYATUAN UMAT, bukannya GURU yang lebih suka kepada PERPECAHAN UMAT.

Tanya diri kita, kita DAKWAH kerana KASIH SAYANG atau kita DAKWAH kerana suka HENTAM saudara kita yang lain? (Tambah lagi kalau sesama puak kita, seronok bantai puak lain. Secara psikologinya, macam mana mereka nak sokong ente kalau ente asyik duk bantai mereka.)  Maka,

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah An-Nahl : ayat 125)

Nasihat untuk para Guru Agama pula. Jangan bermegah-megah kerana RAMAI PENGIKUT dan PENTAKSUB. Sedar diri apa tujuan sebenar kita diberikan ILMU AGAMA. Betul kah kita SAYANG sesama saudara kita? Atau hanya mengejar populariti dan melampiaskan NAFSU MARAH? Boleh kah kita di TEGUR atau kita PANTANG DITEGUR dan DINASIHATI?  Seolah-olah kita ini NABI tak buat DOSA. 

Kita MARAH pada orang lain yang BUAT DOSA dan dalam TAK SEDAR kita sendiri buat DOSA yang lebih TERUK, contoh seperti mengajak kepada PERPECAHAN UMAT dan ROSAK SILATURRAHIM (hubungan KASIH SAYANG), MERENDAH-RENDAHKAN manusia lain dan SOMBONG, dan sebagainya. Tafakkaruuuu .......

Wassalaamu'alaikum wr wb.. Baarokallahu fiikum 🙂


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.