Berita Terkini

Coronavirus, Bill Gates, Agenda 21-2030, Contagion 2011, Resident Evil, Thanos, 5G = Depopulasi

Matlamat depopulasi ialah untuk membunuh (mengorbankan) sebahagian besar manusia agar nanti tinggal sebahagian kecil yang dapat merasakan kesenangan dan kemewahan bersama. Tidak berebut dan bersaing lagi, maka makin kurang risiko berlaku jenayah, dan kononnya sekarang hasil bumi semakin kurang dan mereka risau nanti menjadi semakin tidak mencukupi terhadap penduduk bumi. Lagi pun semakin ramai manusia maka semakin banyak CO2 (Karbon Dioksida) dihembuskan ke udara maka itu tidak bagus untuk kesihatan manusia, kata "mereka". Ya, niatnya memang nampak seperti baik, tetapi caranya memang sangat kejam dan zalim.

"Mereka" sangat senang jika bertambahnya golongan Homoseks / Lesbian / Gay, kenapa? Sudah tentu golongan ini tidak mahu kahwin berlainan jenis yang boleh menghasilkan ZURIAT. Tidak ada zuriat bermakna tidak bertambah POPULASI.

Ok cukup muqaddimah pendek. Selamat menonton kalau sudi.

Agenda Depopulasi


Petikan dari filem Resident Evil - The Final Chapter (Dr Isaacs menjelaskan agendanya melakukan Depopulasi)


Petikan dari filem Avengers Infinity War (Thanos memberitahu Gamora agendanya melakukan Depopulasi)


Petikan dari filem Contagion (babak permulaan penularan berlaku hinggalah akhirnya virus tersebar dan membunuh jutaan manusia)





Youtube pun nampaknya bekerjasama dengan pihak yang membuat vaksin (sudah tentu lah kerana Youtube juga adalah milik Google). Kerana mana-mana video yang anti-vaksin akan kena DEMONETIZED (maknanya tidak dapat hasil wang dari Youtube / iklan tidak akan dipaparkan pada videonya).



A BREAKDOWN OF AGENDA 21 & 2030


Donald Trump cakap berbelit-belit tentang COVID-19. Sekejap begitu sekejap begini, berubah-ubah banyak kali.


5G - The Depopulation Agenda


5G Is A Weapon - The Hidden Military Use of 5G Technology


Selain dari 5G itu sendiri mempunyai kesan ke atas kesihatan manusia, apa kaitan 5G dengan vaksin COVID-19 nanti? Mereka boleh letak nanotech dalam vaksin untuk disuntik ke dalam tubuh manusia, agar mendapat kesan dari 5G.

Ada orang kata, tidak perlu percaya perkara sebegini, semuanya tipu. Semua yang berlaku itu kerana PERINGATAN dari Allah. Kenapa perlu susah-susah fikir, paranoid dan takut kepada hal sebegini, dan macam-macam lagi. 

Saya kata, bukan di internet sahaja ada penipuan, tetapi dalam television, akhbar, malah orang-orang di luar sana bukan semuanya betul dan bukan langsung tidak ada penipuan. Maka yang penting, Allah sudah kurniakan kepada kita otak, maka gunakan ia untuk menapis maklumat yang sampai kepada kita dengan sebaik dan sewajarnya. Bukan dengan langkah langsung tidak membaca dan mengkaji. Nanti otak jadi sempit dan tidak faham banyak perkara, jadi kita mudah ditipu dan diperdayakan.

Kemudian setiap apa yang berlaku itu adalah UJIAN dan PERINGATAN dari Allah kepada manusia itu betul. Sama lah kalau ada PENCURI yang datang MENCURI di rumah kita, itu juga sebenarnya UJIAN dan PERINGATAN kepada kita. Tetapi adakah itu bermakna perbuatan PENCURI itu betul? Tidak perlu diambil tindakan padanya kerana dia menjalankan PERINGATAN dari Allah. Beri hadiah kepada pencuri itu kerana bertugas MEMPERINGATI kita, begitu?   Hhhhmmmmmmmm.

Apa gunanya kita tahu tentang konspirasi-konspirasi dunia sekarang ini?  Jawabnya, agar kita lebih ALERT dan AWARE. Dan dengan itu, kita semakin berhati-hati dan TIDAK MUDAH TERPENGARUH dengan agenda Illuminati. Kalau tidak, silap-silap haribulan nanti kita sendiri yang MENGIKUTI mereka kerana TERPUKAU, TERPESONA, TERPENGARUH dan seumpamanya.

Kemudian agar kita sentiasa beringat, bahawa Dajjal itu WUJUD dan dia sudah ada dari zaman dulu lagi dan masih tidak mati sampai lah waktu Nabi Isa a.s akan membunuhnya nanti.  Dia hanya tunggu waktu yang sesuai sahaja iaitu setelah semua teknologi menjadi kondusif untuknya keluar, mengaku sebagai Nabi, kemudian menjadi pemimpin dunia yang berpusat di negara Israel (kononnya mengembalikan kegemilangan pemerintahan Nabi Sulaiman a.s), dan akhirnya mengaku sebagai tuhan.

Siapa yang mencipta Dajjal? Ya sudah tentu Allah S.w.t. Siapa yang mentakdirkan Dajjal akan melakukan fitnah kepada manusia? Ya sudah pasti Allah S.w.t juga. Dajjal adalah satu fitnah / ujian yang paling besar kepada manusia. Ya itu ujian dari Allah. Tetapi adakah Dajjal tidak perlu dibunuh? Tidak begitu, kerana nanti Allah S.w.t juga yang akan membuatkan Nabi Isa a.s membunuh Dajjal. 

Dengan adanya peringatan dan ujian dari Allah S.w.t itu lah yang akan membuatkan manusia sedar dan mahu kembali ke jalan Tuhan. Kalau tidak, manusia akan sentiasa lupa.

Maka dengan itu, semoga kita beramal membaca Surah Al-Kahfi dan mengamalkan doa-doa elak Fitnah Dajjal seperti yang diajar oleh Rasulullah S.a.w.

Dan semoga kita juga semakin dekat kepada Tuhan dengan bergantung harap hanya kepadaNya. Tiada Daya dan Upaya melainkan dengan Allah.  Faham? 

Masih mahu mengatakan kami ini paranoid, otak udang, dungu dan sebagainya? Suka hati kamu lah. :-)

"Di antara penciptaan Adam dan terjadinya Kiamat, tidak ada fitnah (ujian) yang lebih besar daripada Ad-Dajjal". [Hadits Riwayat Muslim]

Apa guna Nabi Muhammad S.a.w memberitahu banyak perkara tentang Dajjal kalau bukan untuk dijadikan peringatan dan pengajaran? Atau sekadar suka-suka?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.