Ingatkan kuarters yang dijumpai ada hantu merayau ke mengusik orang ke. Rupa-rupanya kuarters yang terbiar, dan berhantu tu rupa-rupanya satu ayat kiasan. Tetapi mujur bukan kuarters milik hantu :D
Tetapi kalau dah lama terbiar begitu , memang biasanya ada makhluk lain lah yang menghuninya. Bagus juga buka cerita hantu dan jin ni, saya pun ada banyak kisah yang boleh diceritakan insyaAllah. Tengok lah nanti dari semasa ke semasa akan cuba diceritakan setakat yang ingat.
Apa-apa pun di bawah ini adalah berita dari Berita Harian hari ini berkenaan Kuarters hantu.
Kuarters hantu
Kira-kira 3,000 unit kuarters guru, khususnya di luar bandar di seluruh negara dikatakan terbiar begitu saja kerana tidak didiami oleh guru yang bertugas di kawasan berkenaan atas pelbagai faktor termasuk lokasinya yang tidak sesuai dan tidak diselenggara dengan sempurna.
Ada sesetengahnya semakin usang kerana tidak didiami dan kelihatan umpama ‘rumah berhantu’ jika dilihat dari luar. Ramai guru dikatakan enggan mendiami kuarters berkenaan kerana lokasinya yang terletak di luar bandar, jauh dari kemudahan awam dan sunyi.
Dalam gambar ialah KUARTERS Institusi Pendidikan (KIP) Kampung Pandan, di Kuantan yang mempunyai empat blok dengan 80 unit rumah kediaman serta dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk surau tetapi hanya dihuni enam keluarga. [Berita Harian]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)