Berita Terkini

Kes air Zamzam palsu dan yang mengandungi racun

air zamzam palsu dicampur toksik
Air Zamzam yang dicampur dengan toksik dijual di UK

Beberapa hari lalu penyiasatan oleh BBC melaporkan bahawa beberapa kedai di London Selatan dan Luton di UK sibuk menjual air Zamzam , yang mana penganalisis awam dan Agensi Standard Makanan UK (UK Food Standards Agency) mendapati ianya tercemar dengan arsenik, elemen padat beracun yang berbahaya bagi dikonsumsi manusia.

Air Zamzam yang dicemari racun / toksik itu dijual oleh Muslim bookshops di Wandsworth, sebelah barat London, dan Upton Park, London timur, serta di Luton, Bedfordshire.

"Airnya beracun, terutama kerana tingginya paras arsenik, yang merupakan karsinogen," kata Dr Duncan Campbell, presiden dari Persatuan Penganalisis Umum.

BBC meminta jemaah Haji mengambil sampel dari paip yang berkaitan dengan telaga Zam Zam dan membeli air Zamzam botol yang dijual di Mekah, bagi membandingkan penjualan air haram dengan yang asli.


Di bawah ini pula berita dari Berita Harian hari ini yang melaporkan penjualan air Zamzam yang dicampur dengan air biasa bagi mengaut keuntungan yang lebih. Ih ih ih ih ih.

Waspada air Zamzam tak asli

MAKKAH: Sejumlah besar pendatang haram dan sesetengah warga Arab Saudi menjadikan kerjaya menjual air Zamzam palsu kerana mampu meraih keuntungan lumayan.

Mereka mencampurkan air suci itu dengan air biasa dan menjual campuran terbabit sebagai air Zamzam asli.

Penjual air Zamzam palsu berleluasa di sepanjang lebuh raya, di sekitar jalan keluar dan masuk ke Makkah dan berhampiran masjid suci. Mereka terus menjalankan perniagaan haram tanpa mengendahkan pihak berkuasa yang sentiasa memburu mereka.

Arab News membuat tinjauan ke tempat di mana air Zamzam palsu dijual. Kunjungan bermula berhampiran Masjidil Haram di kawasan Al-Ghazzah, di mana ramai orang dari kalangan masyarakat Afrika melakukan kerja haram itu.

Mereka membeli tong kosong baru dalam pelbagai warna, meletakkan kuantiti sedikit air Zamzam di dalamnya dan memenuhkan bakinya dengan air biasa.

Mereka melakukan campuran air di tempat tersembunyi dan kemudian membawa produk palsu berkenaan ke kawasan Al-Ghazzah yang penuh dengan jemaah dan pelawat.

Operasi penjualan berterusan 24 jam sehari, namun mereka akan melarikan diri dan bersembunyi apabila dikesan pasukan keselamatan.

Di kawasan Kudai, yang mempunyai stesen pengepam air Zamzam, sejumlah warga Afrika, Myanmar dan Bangladesh, memenuhkan tong dengan air Zamzam.

Mereka mengosongkan bahagian air dalam bekas lain, memenuhkannya dengan air biasa dan menjual campuran itu kepada jurujual di sekitar Lebuh Raya Jeddah-Makkah.

Mereka melakukan kegiatan haram itu jauh daripada pandangan polis. Sepanjang lebuh raya, terutama berhampiran stesen minyak di sekitar tempat keluar Makkah ada sekumpulan orang menjual air palsu tanpa henti.


Mereka memuatkan bekas air dalam trak kecil yang diletakkan di sana dan kemudian menutupnya dengan kain.

Mereka balik ke rumah pada waktu malam dan kemudian kembali pada hari berikutnya untuk meneruskan kegiatan. Air yang dijual itu yang mungkin terdedah kepada cahaya matahari dan habuk, menjadikan produk palsu itu tidak bersih.

Penjual air Zamzam palsu mungkin mengaut keuntungan lebih SR400 (RM318.91) sehari dan meningkat sehingga SR600 (RM478.36) ketika hujung minggu dan cuti sekolah musim panas. Segelen besar air campuran itu dijual dengan harga SR15 (RM11.96), sederhana pada harga SR10 (RM7.97) dan kecil pada harga SR5 (RM3.98). Mereka membeli air Zamzam di stesen pengepam pada harga SR2 (RM1.59) segelen. [Berita Harian]

Kedutaan Arab Saudi di London menegaskan bahawa Arab Saudi tidak mengeksport air Zamzam ke mana-mana negara.  Maka jika ada kes pencemaran seperti yang berlaku ini, maka ianya adalah perbuatan dari orang di UK sendiri. Dan tidak semestinya air yang dibotolkan dan diletak label Zamzam itu ialah air Zamzam yang asli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.