Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » Putrajaya luluskan 135 Muslim murtad - hanya di Kelantan tiada yang murtad

Kerajaan persekutuan telah membenarkan 135 Muslim murtad @ meninggalkan Islam antara tahun 2000 dan 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Datuk Seri Jamil berkata seramai 686 Muslim telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Syariah di seluruh negara untuk meninggalkan Islam sepanjang satu dekad itu.

Butiran lanjut tidak diberikan kecuali pecahan mengikut negeri.

Sabah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 238 membuat permohonan dengan 67 dibenarkan oleh mahkamah dan disusuli Negeri Sembilan (172, 33 diluluskan), Wilayah Persekutuan (56, 10) dan Pulau Pinang (36, 1).

Sarawak dan Terengganu merekodkan kes murtad terendah dengan masing-masing satu manakala tiada kes langsung di Kelantan.

“Dalam menangani isu murtad, Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa mengadakan program dan aktiviti bagi mengelakkan insiden ini daripada berlaku khususnya di kalangan saudara baru.

“Antara program yang ditawarkan ialah perkhidmatan kaunseling, kelas pengukuhan agama, kelas-kelas agama dan sokongan Baitulmal,” kata Jamil dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (Bakri-DAP).

Lazimnya, Muslim tidak dibenar meninggalkan agama di Malaysia kecuali dalam kes-kes tertentu seperti yang membabitkan saudara baru.

[Malaysian Insider , MalaysiaKini]


* Update 15 Jun

Kerajaan nafi laporan kes permohonan murtad


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menafikan sebuah laporan portal berita mengenai 135 kes permohonan murtad diluluskan bagi tempoh 2000 hingga 2010.

Beliau menegaskan bahawa sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

Jamil Khir menjelaskan 135 kes itu dipohon di bawah murtad tetapi setelah diteliti oleh Mahkamah Syariah mereka didapati tidak sah masuk Islam, sekaligus tidak timbul soal (mereka) murtad.

"Timbul kekeliruan di sini, contohnya seseorang itu memohon untuk kedudukannya sebagai Islam, tetapi kemudian mahu kembali ke agama asalnya, setelah disiasat, mahkamah mendapati dia bukan Islam, jadi tidak timbul soal murtad.

"Sama juga untuk pasangan berkahwin yang hendak daftar untuk perceraian, tetapi mahkamah mendapati mereka berkahwin secara tidak sah di Thailand kerana tiada saksi dan wali, jadi tidak timbul soal perceraian," katanya kepada Bernama hari ini.

Sebuah portal berita semalam melaporkan bahawa jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang.

[BERNAMA ]


Yang mana satu betul ntah ni? .......


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

1 komen:

  1. Beliau menegaskan bahawa sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.


    yang meluluskan tu mahkamah mana.. sivil ataupun syariah...

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)