Isabel Chavelo Gutierrez, 53, dari Tivoli, Texas, menunggang motosikalnya sejauh dua batu dari rumahnya di mana kemudiannya dia pecah masuk ke rumah seorang wanita berusia 77 tahun yang menjadi mangsa rogolnya.
Pihak berkuasa mengatakan , ketika dia melakukan hubungan seks dengan nenek tersebut, dia rasa semakin tidak sihat. Dia beritahu kepada nenek itu dan kemudian berhenti rehat.
Tidak lama dia menyambung kembali perbuatan terkutuknya, dan dia mula bergolek meninggal dunia selepas itu.
Sarjan Gary Wright dari Pejabat Refugio County Sheriff mempercayai bahawa lelaki itu mati akibat serangan sakit jantung.
Selepas Gutierrez rebah tidak bernyawa, nenek itu yang menyangka bahawa Gutierrez mabuk kerana ada bau arak di mulutnya, terus keluar rumah dan memanggil anaknya, yang kemudian memanggil pula pihak berkuasa.
Gutierrez sudah mati ketika polis sampai. Dia sebenarnya masih dalam parol kerana melakukan serangan seks ke atas seorang kanak-kanak berusia 7 tahun pada tahun 2008.
[heraldsun.com.au]