Kepada peminat-peminat astronomi dan fotografi, sudah semestinya fenomena gerhana bulan amat ditunggu-tunggu. Termasuklah saya sendiri selaku seorang jurugambar freelance ni.
Menurut laporan Bernama, fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku pada hari Khamis ini, iaitu pukul 1.25 pagi hingga 6.59 pagi, 16 Jun. Bermakna, malam esok mesti standby dah awal-awal sebelum pukul 12 malam.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf beserta khutbah gerhana.
"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.
InsyaAllah, jika saya dapat merakamkan gambar gerhana bulan itu, saya akan update ke dalam blog ini. Selamat menyaksikan kebesaran Allah, sambil merakam gambar dan kemudian boleh lah solat sunat gerhana bulan.
* Update 16 Jun 2011
Malangnya, di tempat saya ni awan tebal, langit hujan renyai-renyai, langsung tidak nampak gerhana bulan. Tak ada rezeki untuk rakam lah nampaknya .......
Gambar di atas adalah gerhana bulan penuh terbaru yang kemerahan yang digelar 'red moon' oleh National Geographic.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)