Berita Terkini

Nikmatnya kewujudan Mazhab-mazhab Fiqh Islam

Nikmatnya kewujudan Mazhab-mazhab Fiqh Islam - Maulana Asri Yusoff

Antara isi kuliah;

- Imam Bukhari dan Imam Syafi'e adalah sama-sama Imam Mujtahid Mutlaq. Imam Bukhari dulu juga ada mazhabnya, cuma tidak dipopularkan dan akhirnya menyepi.
- Sesiapa yang mahu belajar Ilmu Hadits mesti TERBUKA fikirannya. (open minded)
- Khilaf ulama bukan untuk menyusahkan kita, tetapi untuk MEMPERMUDAHKAN.
- Banyak perkara kita rugi jika kita hanya TERIKAT dengan 1 Mazhab sahaja, atau 4 Mazhab sahaja.
- Jika kita SEMPITKAN fikiran kita, itulah sebab terjadinya kita menolak segala hujjah orang lain.
- Pendapat Imam Bukhari memberi banyak manfaat kepada kita.
- Pendapat Imam Bukhari banyak membela hak-hak kaum wanita.
- Satu pendapat dalam Islam TIDAK MEWAKILI keseluruhan Islam.
- .......

Untuk selanjutnya, sila dengar penjelasan oleh Maulana Asri Yusoff dalam video di atas.

p/s: Akibat negara kita dijajah oleh British, banyak pembelajaran agama kita yang telah terhakis menyebabkan masyarakat kita banyak yang tidak tahu. Sekarang lah masanya untuk kita pertingkatkan kembali pembelajaran ilmu agama kita agar meluas dan terbuka.

Nikmatnya kewujudan Mazhab-mazhab Fiqh Islam - Maulana Asri Yusoff
Juga akibat dari ta'asub dan keras hatinya kita selama ini dengan hanya kepada satu mazhab, atau satu pendapat, maka kita sukar untuk menerima pendapat ulama Mujtahid lain, sedangkan ulama-ulama Mujtahid seperti Syafi'e, Maliki, Ahmad bin Hanbal, Abu Hanifah, Bukhari dan sebagainya itu sudah diterima umum seluruh dunia. Akibat keras hati dan jumudnya kita, maka ia sebenarnya MENYUSAHKAN DIRI kita sendiri dengan banyak perkara menjadi SEMPIT dan mudah menimbulkan PERBALAHAN sesama sendiri.

Contoh mudah perbalahan yang tidak sepatutnya berlaku ialah di dalam PERKARA KHILAF ULAMA. Langsung tidak munasabah dan tidak rasional untuk berbalah dan bermusuhan dalam hal-hal yang Khilaf. Sedangkan kita disuruh MENCEGAH KEMUNGKARAN, yang mana perkara MUNGKAR ialah perkara yang nyata dilarang oleh Allah Ta'ala dalam Al-Quran dan perkara-perkara yang sudah IJMA' ULAMA. Bukannya perkara-perkara khilaf.

Tetapi alhamdulillah, sejarah penduduk negara kita ini masih lagi di peringkat boleh tahan. Kita bukan seperti bangsa Arab yang sememangnya rata-ratanya kasar dan kurang adab, walaupun dalam bab Khilaf. Kerana itulah antara hikmahnya Nabi Muhammad S.a.w diutuskan di kalangan bangsa Arab, kerana jika bangsa Arab yang kasar pun boleh dididik dan dilembutkan, apa lagi bangsa lain.

Wallahu a'lam ....... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.