Berita Terkini

Syiah dan fahaman menyeksa tubuh badan sendiri



Semalam, Ahad, dua bandar yang dianggap suci oleh penganut fahaman Syiah di Iraq iaitu Karbala dan Najaf akan menjadi tumpuan.

Ia kerana di kedua-dua bandar berkenaan akan diadakan perayaan menyambut Assyura sempena 10 Muharram. Pengikut Syiah menjadikan tarikh berkenaan sebagai hari memperingati kematian Saidina Hussein. Mereka akan menyambutnya dengan cara memukul badan sendiri sehingga berdarah.

Berikutan itu pihak berkuasa Iraq sudah menetapkan akan mengerahkan hampir 50,000 anggota tentera dan polis bagi mengawal keamanan di kedua-dua bandar berkenaan. Ia bertujuan bagi mencegah sebarang serangan yang dikatakan melibatkan puak Sunni. Di Iraq, penentangan dan perbalahan antara dua puak Islam ini masih berterusan sehingga kini.

Perbalahan mereka dikatakan semakin memuncak apabila Saddam Hussein disingkirkan daripada jawatan Presiden melalui pencerobohan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2003.

Langkah kawalan keselamatan yang ketat itu terpaksa dilakukan apabila pada Rabu lalu, dua terbunuh manakala 24 lagi cedera apabila sebutir bom meletup ketika mereka menghadiri salah satu acara sempena sambutan Assyura.

Komander tentera Iraq di Karbala, Jeneral Usma al Ghameni menyatakan, sebanyak 20,000 anggota keselamatan akan ditempatkan di bandar itu.

Berikutan serangan berani mati yang kerap kali dilakukan oleh kaum wanita, Usman juga telah mengerahkan 600 anggota tentera wanita untuk bertugas.

Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Iraq itu adalah bagi memastikan peristiwa pengeboman yang terjadi ketika sambutan Assyura di Baghdad dan Karbala pada tahun lalu tidak berulang.

Dalam kejadian berkenaan lebih 170 pengikut Syiah terkorban sehingga ia menambahkan lagi ketegangan hubungan kumpulan itu dengan puak Sunni.

''Kita juga akan memastikan helikopter membuat pengawasan daripada udara bagi menghalang sebarang serangan mortar,'' kata Usman.

Bagi mengelakkan ketegangan, Komandan Polis Karbala, Al Jassim Mohammed menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang dilihat berunsur politik.

Ia memandangkan mereka tidak mahu sambutan itu dijadikan medan untuk berkempen memandangkan Iraq akan mengadakan pilihan raya Parlimen pada Mac nanti.

''Kami tidak akan membenarkan gambar calon atau mana-mana pemimpin politik dipamerkan. Ini adalah acara keagamaan maka ia tidak boleh dicemari dengan unsur politik,'' katanya.

Gabenor Karbala, Amal Adin al Her pula menjangkakan lebih sejuta pengikut Syiah akan mengunjungi bandar itu mulai semalam hingga hari ini.

''Jumlah ini termasuklah 60,000 orang dari negara-negara Teluk, Iran, Pakistan,'' katanya. Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.

Pandangan ulama

Apa yang lebih menjadi perhatian kepada ulama-ulama besar ialah perbuatan pengikut Syiah yang mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Hussein.

Dalam Kitabnya al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu', seorang ulama Musa al-Musawi menyatakan;

''Perlu kami asingkan satu pasal yang khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala dengan pedang dan menyiksa badan pada hari kesepuluh Muharram sebagai berkabung di atas kematian Saidina Hussein.

''Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim-musim perayaan sempena kematian Saidina Hussein. Amalan ini berlaku di Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lebanon pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah di beberapa tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan.

Perayaan

''Sebagaimana yang kami telah katakan pada pasal yang lalu bahawa Syiah mengadakan perayaan pada hari Asyura semenjak berabad-abad lagi. Selain daripada itu bacaan ziarah yang banyak diperkatakan sebelum ini di mana para pujangga telah menasyidkan beberapa qasidah di hadapan kubur sehingga seorang penyair Arab yang bernama Syarif Reda semasa menyampaikan qasidahnya yang mulia di hadapan kubur Husain yang mana terdapat diawal qasidah tersebut iaitu "Karbala sentiasa kamu berada di dalam kesusahan dan bala' hingga sampai kepada bait ini iaitu:

''Berapa ramai orang yang telah berperang di atas tanah ini, sehinggalah darah yang mengalir dan mereka yang terbunuh.''

''Penyair tersebut menangis sehingga ia pitam. Yang pastinya bahawa imam-imam Syiah merayakan hari kesepuluh Muharram, mereka duduk di rumah-rumah dengan menerima ucapan takziah daripada orang-orang yang memberikan takziah dan mereka mengadakan majlis jamuan pada hari itu. Imam mereka memberi khutbah dan qasidah bagi mengingati Saidina Husain dan Ahli Bait Rasulullah SAW. dan kelebihan-kelebihan mereka.''

Kesimpulannya, puak Syiah mungkin alasan tersendiri tetapi sebagai umat Islam, marilah kita memahami sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

''Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah'' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Sumber - Utusan Malaysia, 27 Disember 2009



Ulasan

Hendaklah kita ketahui bahawa sejak dari peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dengan Nabi Ismail a.s , yang mana korban nabi Ismail telah digantikan dengan seekor kibas , maka tidak ada korban DARAH manusia sejak itu.

Korban darah manusia adalah amalan penyembah-penyembah berhala dahulu kala , hinggalah diserap juga ke dalam agama Kristian dengan peristiwa PENYALIBAN YESUS yang berdarah. Kononnya Yesus adalah jelmaan Tuhan ke muka Bumi ini untuk menebus dosa warisan dari nabi Adam a.s dan Hawa.

Amalan menyeksa badan dan mengeluarkan darah oleh fahaman Syiah itu bukan lagi ajaran yang diajar oleh Nabi Muhammad S.a.w. Amalan menyeksa badan dan mengeluarkan darah itu telah sama dengan amalan penyembah-penyembah berhala seperti yang berlaku pada Pesta Veggie di Thailand dan hari Thaipusam.





Ketahuilah bahawa jin-jin dan Iblis amat suka manusia melakukan korban darah buat mereka. Mereka amat suka pertumpahan darah oleh manusia apa lagi jika ianya dilakukan dengan rela hati oleh manusia sendiri.

Amalan-amalan menyeksa tubuh seperti yang dilakukan oleh penyembah-penyembah berhala itu juga biasanya mereka diresapi oleh jin. Ini kerana ketika mereka mencucuk-cucuk tubuh, mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tubuh mereka dimasuki makhluk ghaib.

Ada pengakuan dari seorang yang pernah mencucuk tubuhnya dalam pesta Veggie di Thailand sendiri yang mengatakan bahawa dia tidak sedarkan diri sewaktu dicucuk. Sebelum dia menjalani upacara itu, jarum di klinik pun dia takut. Tetapi sewaktu upacara mencucuk tubuh dengan senjata-senjata tajam itu berlangsung, dia menjadi tidak takut langsung dan terus tidak sedarkan diri.

Selepas upacara itu juga , tiada kesan luka yang tinggal pada mukanya yang telah ditembusi oleh senjata tajam. Ini kerana dalam upacara tersebut, dia telah disihir dan mencucuk tembus badannya tanpa rasa sakit dan tidak meninggalkan bekas parut setelah tamat upacara.

Tambah lagi amalan menyeksa diri sendiri tidak memberi apa-apa manfaat dan pengajaran terhadap tubuh manusia. Dan yang berhak menyeksa manusia ialah Tuhan dan pihak berkuasa yang diberikan mandat untuk menjalankan undang-undang Islam.  Manusia dilarang dari menyeksa tubuh badan sendiri.

"Dan berinfaklah pada jalan Allah dan jangan kamu campakkan diri kamu dalam kebinasaan, dan hendaklah kamu berbuat kebajikan, sesungguhnya Allah menyayangi mereka yang berbuat kebajikan". Surah Al Baqarah : Ayat 195

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.