Ketika Sprite Slam Dunk Contest di All-Star Game 2011 NBA di Staples Center di Los Angeles, JaVale McGee melompat dengan dua bola keranjang di tangannya sebelum menyumbat (dunk) masing-masing dan menerima bola keranjang ketiga untuk disumbat dari rakan sepasukannya John Wall - sekaligus mencatat rekod dunia untuk bola keranjang paling banyak disumbat dalam satu lompatan.
JaVale McGee (lahir 19 Januari 1988) merupakan seorang pemain bola keranjang profesional Amerika Syarikat yang terpilih 18 secara keseluruhan oleh Washington Wizards dalam draf NBA pada tahun 2008.
Dia adalah pemain tengah dengan ketinggian 7'0" dan berat 252 paun. Pada tarikh 9 Julai 2008, dia menandatangani kontrak dua tahun, $USD2.4 juta dengan Wizards.
[World Records Academy]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)