Berita Terkini

Lelaki Nigeria berusia 87 tahun kahwin 107 wanita

Lelaki negro dari Nigeria, Bello Maasaba telah menjadikan perkahwinan sebagai pekerjaan sepenuh masanya, telah berpoligami dengan mengahwini 107 orang isteri yang menghasilkan 185 anak-anak, Los Angeles Times melaporkan hari Khamis lalu.

Isterinya pada masa sekarang seramai 86 orang yang berumur antara 19 - 64 tahun. Yang selebihnya telah bercerai dan meninggal dunia.  Dan anak-anaknya yang masih hidup seramai 133 orang.

Anaknya yang paling bongsu baru berumur sebulan. Kenapa dia nikah ramai? Katanya, "Saya mendapat ilham dari Tuhan memberitahu saya wanita mana yang saya akan kahwin. Kalau bukan dari Tuhan, saya tidak akan melampaui dua."

Maasaba tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah 89 bilik di bandar Bida. Keluarga besarnya, ipar, sepupu, anak saudara, sekarang semuanya dalam 5,000 orang.

Cara poligaminya membuatkan Maasaba di penjara tiga tahun lalu, ketika dia menolak arahan daripada pihak berkuasa Islam untuk menceraikan semua kecuali empat dari isteri-isterinya.

Ketika kes ini pergi ke mahkamah, puluhan pasangan itu bersaksi mereka berkahwin atas kehendak mereka sendiri. Setelah mendengar daripada 57 perempuan, mahkamah memerintahkan pembebasan Maasaba.



[New York Daily News]

1 ulasan:

  1. Ish ish ish ...

    Poligami dengan mengahwini 107 wanita? Ini dah lawan tokeh ni. Salangkan berpoligami 4 saje kaum wanita dah bising. 107?? Wow.

    Nampak sah dah disalah gunakan hukum poligami ni. Banyak lah dia punya Ilham dari Tuhan. Pakcik Maasaba ni dah kelaut agaknya.

    Dunia dunia.. ada ada saje..

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.