Berita Terkini

Jalan ke Syurga tidak disukai oleh hawa nafsu

Apa-apa saja yang hawa nafsu anda tidak suka, itulah Jalan ke Syurga. Dan apa saja yang hawa nafsu anda suka, itulah Jalan ke Neraka, melainkan beberapa perkara seperti bersetubuh dengan wanita, ianya dihalalkan dan menjadi satu ibadah pula sekiranya anda bernikah dengannya.

"Sesungguhnya jiwa (manusia) itu menyuruh pada keburukan kecuali jiwa yang dirahmati Tuhanku." [Surah  Yusuf : 53]

Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bahawasanya Rasulullah S.a.w bersabda;

حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ

"Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh nafsu) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat."  [HR Muslim]

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang itu tidak akan masuk syurga sehingga mengamalkan perkara-perkara yang dibenci hawa nafsu, begitu pula sebaliknya seseorang itu tidak akan masuk neraka sehingga dia mengamalkan perkara-perkara yang disenangi oleh syahwat. .......  Diantara amalan-amalan yang dibenci nafsu seperti halnya bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Allah Ta'ala serta menekuninya, bersabar disaat berat menjalankannya, menahan amarah, memaafkan orang lain, berlaku lemah lembut, bersedekah, berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat salah, bersabar untuk tidak memperturutkan hawa nafsu dan yang lain. Sementara perkara yang menghiasi neraka adalah perkara-perkara yang disukai syahwat yang jelas keharamannya seperti minum arak, berzina, memandang wanita yang bukan mahramnya (tanpa hajat), mengumpat, bermain muzik dan lain-lain.  [Syarhun Nawawi ‘ala Muslim - Asy-Syamilah]

"Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."  [Hadits Riwayat Muslim, dari Abu Hurairah r.a]

Ujian dan godaan dunia ini menyebabkan orang mukmin tidak bebas berbuat apa saja mengikut hawa nafsu. Orang mukmin terikat dengan hukum-hukum Allah yang mesti dipatuhi. Kerana itulah orang mukmin diibaratkan seperti berada di dalam penjara di dunia ini. Dia akan bebas-sebebasnya setelah masuk Syurga di akhirat nanti.

Sedangkan orang Kafir, tidak patuh pada Hukum-hukum Allah. Walaupun ada dari mereka yang hidup susah dan miskin juga di dunia ini, akan tetapi itu sudah diibaratkan mereka berada dalam Syurga jika dibandingkan dengan keperitan yang mereka akan terima di dalam Neraka di akhirat nanti.

"Seluruh umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang enggan (untuk masuk syurga)?". Beliau menjawab, "Barang siapa yang taat padaku maka dia akan masuk syurga, dan barang siapa yang tidak mentaatiku bererti dia telah enggan (untuk masuk syurga)". [HR Bukhari dari Abu Hurairah r.a]

Jalan ke Syurga sememangnya tidak disukai oleh hawa nafsu kita sendiri. Walaupun begitu, adalah baik bersabar dan mendapat sedikit kesusahan di dunia ini, dan mendapat kenikmatan berkekalan di akhirat, daripada bersenang-lenang di dunia tetapi mendapat azab siksa yang kekal di akhirat, na'uzubillahi min zaalik.

"Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.  (Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu." Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu."  [Surah Ar-Ra'du : Ayat 23 - 24]


Mungkin ada orang akan kata, adakalanya beramal-ibadah pun menjadi Jalan ke Neraka. Iaitu beramal kerana Riya', 'Ujub, Sum'ah, Takabbur dan ada kalanya Munafik.  Jawabnya, kerana MENGIKUT HAWA NAFSU lah maka timbulnya sifat-sifat Mazmumah (keji) tersebut.

Hawa Nafsu juga menyebabkan kita suka melakukan perkara-perkara Bid'ah Dholalah. Kerana itulah Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berpesan kepada anaknya, "Setiap hari aku akan menghidupkan satu sunnah dan mematikan satu bid’ah."  Hasilnya, Umar bin Abdul Aziz berjaya menghapuskan perbuatan-perbuatan bid'ah yang dilakukan oleh rakyatnya dalam masa 2 tahun sahaja.

Jika AKAL sudah dapat mengawal HAWA NAFSU, maka sifat-sifat Mazmumah tadi boleh dielakkan dan dihakis insyaAllah. 


Walaupun sukar tetapi tenang jika kena caranya

Walaupun jalan ke Syurga bukannya mudah dan ianya berliku-liku, tetapi ada tips-tips agar kita dapat lalui dengan TENANG, insyaAllah;

1 - Berzikir / mengingati Allah sentiasa untuk sentiasa tenang.

"Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang". [Surah Ar-Ra'd : ayat 28]

2 - Latih diri supaya bertindak dengan tenang, kerana terburu-buru itu adalah sifat Syaitan.

"Tergopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala." [Hadits Riwayat Abu Ya’la dan Al-Baihaqi daripada Anas r.a.. Sanadnya hasan]

3 - Bergaul dengan golongan miskin dan susah. Pandang ke bawah, barulah nafsu tidak mahu melonjak ke atas. Mudah-mudahan dapat sentiasa BERSYUKUR.

"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kalian (dalam hal dunia) dan janganlah kalian melihat orang yang lebih di atasnya. Kerana sesungguhnya hal itu akan membuat kalian tidak meremehkan nikmat yang Allah berikan kepada kalian." [HR Muslim , dari Abu Hurairah r.a]

4 - Tidak mempunyai angan-angan yang terlalu tinggi terhadap dunia. Barulah dapat dihakis sifat TAMAK, HASAD-DENGKI dan KECEWA jika tidak tercapai impian.

"Jadilah kamu di dunia seperti halnya orang asing atau orang yang sekadar menumpang lewat / musafir." [HR Bukhari]

5 - Bacalah tajuk Betapa BESARnya alam ciptaan Allah S.w.t agar kita nampak jelas betapa TIDAK BERNILAInya dunia ini dan Bumi yang kita huni ini TERLALU HALUS dan tidak ada apa-apa pun di peta alam semesta ini. Dunia ini di sisi Allah S.w.t lebih rendah nilainya dari SAYAP NYAMUK.

"Seandainya dunia ini di sisi Allah sama nilai harganya dengan sayap nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi minum barang seteguk pun kepada orang kafir." [HR Tirmidzi, dan dia berkata: ‘hadits hasan sahih’]

6 - Iringi dosa dengan melakukan kebaikan, agar kita tidak dirundung perasaan bersalah dan tertekan dengan dosa-dosa kita yang lalu.

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu ‘Abdurrahman, Mu’adz bin Jabal radhiyallahu 'anhuma, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda; "Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan iringi sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan, pasti akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik." [HR Tirmidzi, dia telah berkata : Hadits ini hasan, pada lafadz lain darjatnya hasan shahih]

7 - Sentiasa MUHASABAH DIRI, lihat KESALAHAN-KESALAHAN diri sendiri, betapa kurangnya mengikut sunnah, banyaknya dosa, kurangnya ilmu Agama, ibadat, amal soleh dan akhlak, bukannya asyik mencari AIB dan KESALAHAN-KESALAHAN orang lain.

Rasulullah shollallohu ‘alaihi wasallam bersabda;

طُوبَى لِمَنْ شَغَلَهُ عَيْبُهُ عَنْ عُيُوبِ النَّاسِ

"Beruntunglah orang yang disibukkan dengan muhasabah aib dirinya sehingga tidak sempat mencari-cari aib saudaranya." [HR Bazzar dengan sanad Hasan – Subulus Salam 7/197]

Mahu rahmat Allah? Buatlah apa yang Allah suka setiap hari ....... di samping boleh mencari Hobi yang mendekatkan diri kepada Allah

Setelah HAWA NAFSU berjaya ditundukkan dan dikawal, barulah akan dapat merasai NIKMAT dan TENANG dalam beribadah kepada Allah S.w.t .......

Wallahu a'laa a'lam .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.