Berita Terkini

Semakin tua semakin Keras Hati

Assalaamu'alaikum w.b.t....... Jarang sekali kita lihat kanak-kanak yang apabila berkelahi, akan berkelahi hingga menyebabkan putus hubungan yang berpanjangan dan menyebabkan pembunuhan.  Biasanya, tak lama selepas mereka berkelahi mereka akan berbaik kembali.

Tetapi, salah faham yang berlaku di kalangan orang dewasa, boleh menyebabkan putus hubungan yang berpanjangan dan berkekalan, pukul-memukul dan kadang-kala membawa kepada pembunuhan. Ini menunjukkan betapa kerasnya hati orang dewasa berbanding kanak-kanak.

Apa tidaknya, orang dewasa mungkin merasa tercabar dengan ilmu dan pemahaman yang dia ada selama dia hidup. Bukan senang untuk menerima kesilapan diri, apa lagi terhadap suatu perkara yang selama ini dia merasakan betul. Lagi lama suatu perkara yang dia rasakan betul itu, lagi dia merasakan tercabar apabila ada orang mengatakan bahawa itu tidak betul.  Itu lah kerana EGO yang ada dalam diri seseorang itu.

Begitulah contoh besar sudah berlaku di zaman Nabi Muhammad S.a.w dulu, para kafirun dan musyrikun Mekah waktu itu bukan merasa tercabar kerana AKHLAK Rasulullah S.a.w, kerana akhlak Rasulullah S.a.w disukai oleh semua orang. Begitu juga dengan IMAN Rasulullah kerana mereka peduli apa jika Rasulullah S.a.w mahu percaya kepada apa pun.

Tetapi yang mereka paling tidak boleh terima ialah apabila Rasulullah S.a.w mengatakan bahawa AGAMA NENEK MOYANG mereka itu sesat dan menyesatkan. Kerana itulah mereka menggelarkan Rasulullah S.a.w sebagai Shabi' (orang yang keluar dari agama nenek moyang). Dan mereka SANGAT BENCI apabila ada orang yang mengatakan agama nenek moyang mereka tidak betul dan menyalahkan PEGANGAN mereka selama ini.

Bayangkan jika ada orang yang datang kepada anda, dan mengatakan bahawa nenek moyang anda sesat dan fahaman anda selama ini adalah bathil. Jika anda merasakan bahawa anda benar, tentu anda akan merasa tercabar dan sangat marah bukan? 

Kerana itu lah pengajaran bagi kita, pentingnya ada ILMU yang hak untuk menilai adakah pegangan dari nenek moyang yang kita pegang selama ini betul atau tidak?

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah pernah menyebut, antara orang-orang yang TERHALANG mendapat hidayah ialah orang-orang yang TERIKAT DENGAN TRADISI nenek-moyangnya.

Ada benarnya pepatah lama yang menyebut, "melentur buluh biarlah dari rebungnya." Kerana waktu manusia masih kecil dan muda lah senang untuk membetulkan kesilapan-kesilapan mereka. Jika seseorang itu sudah tua, hatinya sudah sangat keras untuk dibetulkan. Bukan calang-calang orang boleh menerima segala kritikan dan teguran dari orang lain. Apalagi jika sekiranya dia merasakan dia sudah tua dan ilmunya tinggi.

Dan KETAHUILAH, semakin tinggi ILMU kita juga, maka kita akan didatangi oleh syaitan-syaitan dari kalangan jin yang lebih mahir dalam bidang mereka, ditambah lagi kita sudah ada Jin Qarin yang selagi dia kafir, dia mahukan Aqidah, Amalan dan Akhlak kita binasa.

Jin Qarin sangat mengenali kita, kerana sejak kita dilahirkan lagi dia sudah bersama kita.  Dia tahu benar apa kelemahan kita dan bagaimana nak binasakan kita. Maka sama-samalah kita berhati-hati dengan 'Talbis Iblis' dan anak cucu Iblis.


Ingatlah, Iblis yang dulunya dipanggil Azazil, menurut riwayat ada mengatakan dia telah beribadah kepada Allah S.w.t selama 80,000 tahun, dan ada kata lebih lagi. Kedudukannya juga tinggi di langit hingga dapat bersama para malaikat. Sehinggakan para malaikat pun ada memintanya berdoa kepada Allah kerana doanya maqbul.

Azazil juga pernah memimpin tentera malaikat untuk turun ke Bumi memerangi para jin yang KAFIR dan derhaka pada Allah S.w.t.

Ilmu dan amalnya memang TIDAK DAPAT ditandingi oleh siapa sahaja dari kita sekarang, kerana kita sekarang pun tiada yang dapat hidup sampai 1 ribu tahun, apa lagi berpuluh-puluh ribu tahun.  Tetapi akibat TAKABBUR dan 'UJUB yang ada dalam dirinya, yang tiada makhluk lain dapat melihatnya melainkan hanya Allah S.w.t, kerana kononnya sudah SANGAT MULIA dan BAIK, maka dia DILAKNAT oleh Allah S.w.t akhirnya setelah tidak mahu sujud hormat kepada Adam a.s.

Dikatakan, "Ketika terjadi apa yang terjadi pada Iblis, Jibril dan Mikail tiba-tiba menangis dengan lamanya, hingga Allah S.W.T berfirman kepada mereka, "Wahai kamu berdua, kenapa kamu menangis demikian?" Mereka menjawab, "Wahai Tuhan kami, kami tidak merasa aman dari pengawasan-Mu." Allah S.W.T berfirman, "Tetaplah begitu, dan janganlah merasa aman dari pengawasan-Ku."

Dikatakan, Hatim Al-Ashamm menegaskan, "Janganlah kamu tertipu oleh tempat-tempat yang shaleh, sebab tidak ada tempat yang lebih shaleh daripada syurga, dan fikirkanlah apa yang telah menimpa Adam di tempat yang begitu shaleh! Jangan pula kamu tertipu oleh banyaknya amal ibadah; lihatlah apa yang menimpa Iblis setelah dia begitu banyak beribadah. Juga, janganlah kamu tertipu oleh banyaknya ilmu, sebab Bal'aam pun mengetahui al-ismul a'zham, tetapi lihatlah apa yang terjadi kepadanya! Jangan kamu tertipu kerana bertemu dengan seorang yang shaleh, sebab tidak ada orang yang takdirnya lebih agung dari Al-Musthafa S.a.w, namun berjumpa dengannya sama sekali tidak memberi manfaat kepada (sebahagian dari) karib kerabat dan musuh-musuhnya."  [Risalah Al-Qusyairiyah - Imam Al-Qusyairi]

Pengajaran kepada kita juga, agar setinggi mana pun ILMU dan AMAL kita, JANGAN lah tinggalkan AKHLAK MULIA iaitu AKHLAK LAHIR dan juga AKHLAK BATIN.

Begitu juga walaupun kita lebih tua, tak semestinya kita mesti sombong dengan orang yang lebih muda. Begitu juga jika kita dikurniakan PANGKAT yang tinggi, HARTA yang banyak, KEDUDUKAN yang istimewa dan sebagainya.

Pendek cerita, orang miskin diuji dengan kemiskinannya, orang kaya diuji dengan hartanya, orang berilmu diuji dengan ilmunya, orang berpangkat diuji dengan pangkatnya, orang tua diuji dengan usianya, orang kuat diuji dengan kekuatannya, orang pandai diuji dengan kepandaiannya, dan sebagainya lagi.

Iblis percaya bahawa Allah itu adalah Tuhan semesta alam. Dia juga pernah BERAMAL yang mana kita manusia pun tak berdaya untuk beramal sepertinya.  Tetapi akibat AKHLAKnya (TAKABBUR) yang BURUK dan KEJI, maka dia sudah DILAKNAT oleh Allah S.w.t,  na'udzubillahi min dzaalik.

"....... Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain." [Hadits Riwayat Muslim]

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya."  [HR. At-Tirmidzi]

"Kebanyakan perkara yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah ketakwaan kepada Allah dan mempunyai akhlak yang baik.” [Hadits Riwayat at-Tirmidzi]

"Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebiji sawi kesombongan." [HR Muslim]

"Ketahuilah sesungguhnya pada jasad itu ada seketul daging, maka jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosaklah keseluruhan jasad. Ketahuilah ia adalah hati.  [HR Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir]

"Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan, sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang-orang yang takabbur."  [Surah An-Nahl : Ayat 23]

Kunci untuk menghakis sifat TAKABBUR dan akhlak-akhlak buruk yang lain ialah dengan belajar Ilmu Tasawwuf dengan hati yang benar-benar ikhlas dan suci, dan melatih diri beramal dengannya, tanpa ada niat kerana duniawi, tetapi semata-mata mahukan keredhaan Allah S.w.t .......

Sejak PENJAJAHAN BRITISH, kita semua telah TERDIDIK dengan suasana dan keadaan yang boleh mengeraskan hati dan merosakkan akhlak.  Semoga kita dapat kembali MEMURNIKAN akhlak kita dan MEMBUDAYAKAN dalam masyarakat, sesuai dengan TUJUAN diutuskan Nabi Muhammad S.a.w.

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia."  [HR Ahmad , Bukhari]

"Janganlah kalian banyak berbicara selain dzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak berbicara selain dzikir dapat menyebabkan hati keras, sesungguhnya manusia yang paling jauh dari rahmat Allah adalah orang yang memiliki hati keras." [HR Tirmidzi dalam kitab Jami'nya, dan Ibnu Murdawaih. Hadits dari Ibnu Umar]

"Ada empat pekerti yang menyebabkan kecelakaan, iaitu; kerasnya mata (tidak pernah menangis kerana Allah), hati yang keras, panjang angan-angan, dan rakus terhadap dunia." [HR al-Bazzar, riwayat dari Anas secara marfu']

Wallahu a'lam ....... :-)

kata-kata hikmah - Hati orang tua tetap muda pada mencintai dua perkara, panjang umur dan cinta harta


SEBAB-SEBAB KERASNYA HATI

Hati menjadi keras tentu ada penyebabnya. Penyebab-penyebab kerasnya hati di antaranya adalah sebagai berikut:

1. Kesyirikan, Kekufuran Dan Kemunafikan.

Inilah sebab yang paling besar yang dapat menutupi hati seseorang dari menerima kebenaran. Allâh Azza wa Jalla berfirman yang ertinya:

سَنُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ بِمَا أَشْرَكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا ۖ وَمَأْوَاهُمُ النَّارُ ۚ وَبِئْسَ مَثْوَى الظَّالِمِينَ

"Akan Kami masukkan ke dalam hati orang-orang kafir rasa takut, kerana mereka telah mempersekutukan Allâh dengan sesuatu yang Allâh sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu. Tempat kembali mereka ialah neraka. Dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang-orang yang zhalim." [Ali ‘Imrân/3:151]

2. Melanggar Perjanjian Yang Dibuat Kepada Allâh Azza wa Jalla.

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً 

"(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, maka kami laknat mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membatu." [Surah al-Mâ-idah/5:13]

Ketika menafsirkan ayat ini, Syaikh Abu Bakr Al-Jazâiri, "Melanggarnya (perjanjian) dengan (cara) tidak konsisten dengan apa yang ada di dalamnya yang berupa perintah dan larangan."

3. Tertawa Berlebihan

Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ تُكْثِرُوا الضَّحِكَ ، فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ

"Janganlah kalian banyak tertawa! Sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati." [HR Ibnu Mâjah no. 4193 dan yang lainnya (Dinyatakan shahîh oleh Syaikh Al-Albâni di Shahîh Ibni Mâjah)]

4. Banyak Berbicara Dan Banyak Makan

Bisyr bin al-Hârits pernah berkata, "(Ada) dua hal yang dapat mengeraskan hati: banyak berbicara dan banyak makan." [Hilyatul-Auliyâ’ VIII/350]

5. Banyak Melakukan Dosa

Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ ، فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ ، صُقِلَ قَلْبُهُ ، فَإِنْ زَادَ ، زَادَتْ ، فَذَلِكَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَهُ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ : [[ كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ]] 

"Sesungguhnya seorang Mukmin jika melakukan dosa, maka akan ada bintik hitam di hatinya. Jika dia bertaubat dan berhenti (dari dosa tersebut) serta memohon ampunan, maka hatinya akan menggilap. Apabila dia terus melakukan dosa, maka bertambah pula noktah hitam itu. Itu adalah ar-rân (penutup) yang disebutkan oleh Allâh di kitab-Nya: ‘Sekali-kali tidak (demikian), Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka." [al-Muthaffifîn/83:14]

6. Lalai Dari Ketaatan

Allâh Azza wa Jalla berfirman yang ertinya:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allâh), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allâh) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allâh). Mereka itu seperti binatang-binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka Itulah orang-orang yang lalai." [al-A’râf/7:179]

7. Nyanyian Dan Alat Muzik

‘Abdullâh bin Mas’ûd Radhiyallahu anhu berkata:

الْغِنَاءُ يُنْبِتُ النِّفَاقَ فِى الْقَلْبِ 

"Lagu-laguan menumbuhkan kemunafikan di dalam hati." [HR al-Baihaqi dalam Syu’abil-Îmân VII/107 dan yang lainnya (Hadîts mauqûf ini dinyatakan shahîh isnâd-nya oleh Syaikh Al-Albâni dalam Silsilah Adh-Dha’îfah ketika men-takhrîj hadîts no. 2430)]

8. Suara Wanita Yang Menggoda

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا 

"Maka janganlah kamu tunduk (menghaluskan suara) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik."  [al-Ahzâb/33:32]

9. Melakukan Hal-Hal Yang Merosakkan Hati

Hal-hal yang merosakkan hati sangatlah banyak. Akan tetapi, dari semua itu ada lima hal yang menjadi faktor perosak hati. Kelima hal tersebut sebagaimana dikatakan oleh Ibnul-Qayyim rahimahullah : "Adapun lima hal yang merosak hati adalah banyak bergaul (berkumpul dengan manusia), (banyak) berangan-angan, tergantung kepada selain Allâh Azza wa Jalla , kekenyangan (banyak makan) dan (banyak) tidur. Inilah kelima hal utama yang dapat merosakkan hati." [Madârijus-Sâlikîn - Ibnu Qayyim al-Jauziyyah] [almanhaj.or.id]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.