Berita Terkini

Ibrah politik zaman Salafussoleh - Dr MAZA



Dr MAZA - Ibrah (pengajaran) politik zaman Salafussoleh

Diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia ....... Kita perlu melihat dan mengkaji sebaik mungkin perjalanan politik di zaman Salafussoleh sebagai ukuran ke atas politik zaman sekarang, agar kita tidak lari dari kebenaran dan tidak sesat. Lagi pun Nabi Muhammad S.a.w telah mengingatkan kita, agar mengikut perjalanan sunnahnya dan sunnah Khulafa' ArRasyiduun.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”..’ [Hadith riwayat ibnu Majah]

Untuk itu dengar dan hayatilah video ceramah oleh Dr Muhd Asri Zainul Abidin (MAZA) di atas dengan sebaik mungkin. 


Tambahan ringkas: Kenapa umat Islam berpecah?

Ramai lagi umat Islam pada hari ini yang masih hairan dan tertanya-tanya, kenapa kita sekarang ini berpecah-belah? Jawapannya, jika umat Islam pada hari ini tidak berpecah-belah, maka TIDAK BENAR lah banyak hadith nabi yang menyebut bahawa umat Islam akan berpecah-belah. 

Maka perpecahan umat akan terjadi, sebagai ujian dari Allah S.w.t, sejak dari zaman sahabat nabi dulu lagi. Kerana itu lah AlQuran juga ada memberi peringatan, bahawa jika terjadi perselisihan faham, maka hendaklah kembali merujuk AlQuran dan AlHadits.

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad S.a.w), dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan - selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya) , jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."  [Surah An-Nisa : ayat 59]

Antara doa nabi Muhammad S.a.w dulu yang Allah tidak terima ialah agar umatnya tidak berpecah-belah. Dan semua ini adalah kehendak Allah untuk menguji manusia. Akan tetapi, kita tidak boleh membiarkan perpecahan ini berlaku begitu saja tanpa kita berusaha untuk bersatu. Kerana Allah suruh kita berusaha dengan adanya ayat-ayat AlQuran dan Hadits yang menyuruh kita agar berpegang dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah.  

Maka secara ringkasnya saya boleh katakan, melalui panduan dalil-dalil naqli, jika berlaku perpecahan kita hendaklah kembali kepada AlQuran dan AlHadits. Kemudian, hendaklah mengikut Sunnah Rasulullah dan para sahabatnya, bukan semata-mata melihat sunnah Rasulullah sahaja. Juga perlu mengikuti contoh-contoh teladan dari Tabi'in dan Tabi' Tabi'in kerana mereka masih dekat dengan zaman nabi. Di mana para sahabat , tabi'in dan tabi' tabi'in dikenali sebagai Salafussoleh. 

"Sebaik-baik umatku ialah yang berada di zaman aku dibangkitkan padanya (zaman sahabat), kemudian mereka yang berada pada zaman yang mengiringinya (tabi'in), kemudian mereka yang berada pada zaman yang mengiringinya (tabi' tabi'in) (dan seterusnya hadith tersebut)". [Hadits Riwayat Muslim]

Semoga kita berada bersama pihak yang benar dan lebih tepat dengan jalan kebenaran. Wallahu a'lam .......

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu (memberikan kemenangan) sehingga meneguhkan tapak pendirian kamu."  [Surah Muhammad : ayat 7]




Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.