Berita Terkini

Benarkah Lim Kit Siang pencetus 13 Mei?

Kita kaji bersama dengan hati terbuka dan lapang dada. Bacalah fakta-fakta berikut dan nilaikan lah sendiri. Artikel ini tidak mahu memaksa siapa-siapa untuk percaya. Saya akan cuba RINGKASkan seberapa boleh , agar kita hanya dapat point-point sahaja. 

 - Semua orang tahu Peristiwa 13 Mei berlaku menyusul selepas keputusan Pilihanraya Umum 10 Mei 1969.  

Peristiwa 13 mei
- Dr. Tan Chee Khoon dari parti GERAKAN (sila lihat bahawa bendera GERAKAN yang dikibarkan di atas kenderaan dalam gambar sebelah) telah MENANG BESAR di kawasan Batu, Selangor. Beliau telah meminta kebenaran polis untuk BERARAK meraikan kemenangan parti tersebut. Ianya menyebabkan kesesakan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur. 

 - Orang-orang Melayu yang berada di sekitar itu merasa TERANCAM. Adalah dilaporkan bahawa kaum Cina yang menang itu telah BERARAK dengan mengikat PENYAPU kepada kenderaan mereka sebagai LAMBANG KEMENANGAN mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (MENYINGKIRKAN) orang Melayu ke laut atau ke kampung-kampung. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud yang NEGATIF. Ada yang MENCACI dan MELUDAH dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi jalan.

Logo GERAKAN

 - Persoalannya di sini, kaum cina yang berarak itu BUKANNYA dari parti DAP, tetapi parti GERAKAN. Kenapa sekarang Tun Mahathir menuding jari kepada DAP, malah langsung tidak mengaitkannya dengan GERAKAN? Sedangkan parti GERAKAN dan PPP sekarang berada di dalam Barisan Nasional sebagai parti-parti komponen. Ini lah yang DISEMBUNYIKAN oleh BN selama ini! 

Mahathir 13 mei
- Kemudian tidak lama selepas Peristiwa 13 Mei, Dr Mahathir telah MENULIS SURAT kepada Tunku Abdul Rahman, di mana kandungannya banyak MEMBURUKKAN Tunku, menuduh Tunku pro-cina dan macam-macam lagi, serta  menyuruh Tunku meletakkan jawatan. Kemudian disebarkan salinan beratus ribu surat-surat tersebut agar rakyat terutamanya orang-orang Melayu tidak suka kepada Tunku, dan menyalahkan Tunku kerana terjadinya peristiwa berdarah itu.

 - Akibatnya, Tunku telah MEMECAT Mahathir dari UMNO kerana cuba menyebarkan fitnah dan menghasut rakyat. 

 - Selepas Tunku berundur, Tun Abd Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dan Tun Razak membawa Dr Mahathir masuk UMNO semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran. Di sini pun kita dapat lihat, jika Tun Razak hormat kepada Tunku Abd Rahman, sepatutnya beliau tidak mengambil Dr Mahathir kembali ke dalam UMNO lagi. Malah terus memberikan jawatan yang tinggi iaitu sebagai MENTERI PELAJARAN.

 - Kerana itu lah, Tunku pernah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina. 

 - Tuduhan terhadap DAP itu adalah PROPAGANDA UMNO semata-mata. Saya bukan mahu membela Lim Kit Siang, tetapi kita mesti lihat kepada mana yang benar dan ada bukti yang KUKUH. Kita selama ini dimomok-momokkan supaya TAKUT kepada orang-orang cina terutamanya DAP.

 - Tambah lagi, Lim Kit Siang pada 11, 12 dan 13 Mei TIDAK BERADA di Kuala Lumpur, malah beliau berada di Melaka. Pada 12 Mei beliau hadiri satu rapat umum secara aman di Melaka, selepas keputusan Pilihanraya. Pada awal pagi Selasa 13 Mei 1969 itu, beliau terbang ke Sabah untuk membantu parti BEBAS kerana Pilihanraya di Sabah dan sarawak waktu itu lewat seminggu dari Semenanjung. 

 - Maka satu lagi tuduhan terhadap Lim Kit Siang iaitu beliau kencing pada tiang bendera rumah Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Dato' Harun Idris adalah TIDAK BERASAS sama sekali. Sila dengar video pencerahan oleh Ahmad Habib di bawah sekali dalam blog ini untuk maklumat lanjut lagi, kerana dia adalah SAKSI di kawasan tersebut.

- Pergaduhan besar ini tidak berlaku di negeri-negeri lain, tetapi di kawasan sekitar Kuala Lumpur sahaja. Maka, ianya masih LEMAH jika dikatakan sebagai RUSUHAN KAUM, malah ia hanya boleh dikatakan sebagai RUSUHAN POLITIK semata-mata. Seperti ada PERANCANGAN yang RAPI telah disusun di kawasan tersebut.

- Jika ianya adalah RUSUHAN KAUM,  sudah pasti kaum-kaum bukan Melayu di negeri-negeri lain terutamanya di kawasan MINORITI bukan Melayu akan ditebas kesemuanya.

- Sepatutnya, jika ada yang mahu MENUDUH Kit Siang sebagai dalang sekali pun, sila lah bawakan fakta-fakta yang berupa KRONOLOGI di mana Lim Kit Siang berada pada waktu itu dan APA YANG BELIAU LAKUKAN yang menyebabkan Peristiwa 13 Mei boleh berlaku? Jika kita hanya percaya kepada andaian-andaian dan hasutan semata-mata, dan menurut EMOSI dan KEMARAHAN kita semata, maka kemungkinan besar KEBENARAN tidak akan kita perolehi, dan PIHAK YANG BERSALAH terlepas begitu saja. Walaubagaimana pun, pihak yang bersalah TETAP tidak terlepas dari HUKUMAN DI AKHIRAT. Wallahu a'lam.

  Dalang sebenar Mei 13 dibongkar oleh Dato' Mohd Tamrin Ghafar


Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.


“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umno, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah. (HD)

   
 Tunku Abdul Rahman 1988 - 13 Mei 1969, Tujuan ISA, Corak Pemerintahan Kerajaan

   
 Ucapan YB Lim Kit Siang di Dewan Rakyat mengenai Peristiwa Mei-13 (22/3/2012)

  Kit Siang tampilkan saksi peristiwa 13 Mei

  Fitnah terhadap Lim Kit Siang - Ahmad Habib

HENTIKANLAH PENGHASUTAN, PERGADUHAN DAN PERKELAHIAN ANTARA KAUM. AGAMA ISLAM PUN TIDAK MENGAJAR KITA MENGHASUT DAN MENCARI PERBALAHAN. IA HANYA MEMBAWA MUDHARAT KEPADA NEGARA DAN DIRI KITA SENDIRI, YANG LEPAS ITU LEPAS LAH, JADIKAN SEBAGAI IKTIBAR (PENGAJARAN) .. PEACE AND JUSTICE FOR ALL .......

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.