Berita Terkini

Dua spesis Rafflesia baru dijumpai di Pahang

Dua spesis Rafflesia baru dijumpai di Pahang
RAUB - Saintis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menemui dua spesis bunga paling besar di dunia - Rafflesia di hutan Lata Jarum dalam daerah Ulu Dong dekat sini.

Profesor Dr Jumaat Adam yang mengetuai ekspedisi pencarian bunga Rafflesia di semenanjung telah menemui dua spesis tersebut baru-baru ini.

Beliau menyifatkan penemuan bunga itu sebagai sesuatu yang unik untuk rantau ini.

"Sebenarnya kami masih lagi melakukan penyelidikan ke atas penemuan ini. Malah secara saintifik kami masih perlu melakukan penyelidikan bagi menentukan apakah kriteria-kriteria yang ada pada spesis baru ini yang tidak ada pada spesis yang pernah diketahui oleh sains," ujarnya kepada akhbar The Star.

Dr Jumaat berkata, mereka terpaksa merahsiakan dahulu kawasan spesis baru ini ditemui demi untuk menyelamatkannya daripada menjadi mangsa penceroboh.

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai penemuan ini, beliau menjelaskan, salah satu spesis tersebut memiliki ciri-ciri unik yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Ciri-ciri unik itu ialah bukaan yang lebih besar serta debunga yang lebih banyak.

Dari segi diameter, kata Dr Jumaat, biasanya sekitar 10cm tetapi salah satu daripada spesis baru ini berukuran 14cm.

Menurut beliau, jika berasaskan konvensyen penamaan penemuan saintifik baru, ia tidak boleh dinamakan menurut namanya.

Dr Jumaat juga berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memelihara hutan ini sebagai kawasan unik spesis Rafflesia.

Rafflesia adalah spesis bunga yang terbesar pernah ditemui di dunia. Ia hanya ditemui di Indonesia, Borneo, Sumatera, Thailand, Filipina dan Semenanjung Malaysia.

Bunga ini dinamakan Rafflesia selepas ia ditemui dalam satu ekspedisi yang diketuai oleh saintis Inggeris, Dr Joseph Arnold dan Sir Thomas Stamford Raffles pada 1818.

Bagaimanapun, ia pertama kali ditemui oleh seorang saintis Perancis, Louis Deschamps di Pulau Jawa dalam ekspedisi antara tahun 1791 hingga 1794.

Malangnya, kesemua nota dan ilustrasi yang dilakukan oleh Deschamps yang berjaya dirampas oleh British pada 1803, tersimpan dan tidak diketahui oleh dunia sains sehinggalah tahun 1861.

[Ong Han Sean - mStar]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.