Raja Dangdut Rhoma Irama yang popular sejak tahun 70-an kembali berkarya. Tetapi beliau tidak lagi menyanyi dan berlakon, Rhoma kini menjadi pengarah filem Sajadah Kaabah.
Menurut Raja Dangdut itu menjadi pengarah sangat meletihkan. Namun, dia bersyukur dengan hasilnya. "Walaupun berat dan penat, tapi menyenangkan boleh mengarah sebuah filem," ujar Rhoma selepas prescreening filem Sajadah Kaabah di Epicentrum Walk, Kuningan, Jakarta Selatan, Sabtu (22/10)
Lelaki yang selalu tampil berserban ini pun mengaku ada perbezaanya profesion pengarah dengan pelakon atau pemuzik yang biasa dilakonkannya. "Yang pasti berbeza lah, yang pasti kerja pengarah lebih berat," tambahnya.
[aji , Inilah.com]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)