Berita Terkini

Nanoteknologi

Nanoteknologi mencakup pengembangan teknologi dalam skala nanometer, biasanya 0,1 sampai 100 nm (satu nanometer sama dengan seperseribu mikrometer atau sepersejuta milimeter). Istilah ini kadangkala diterapkan ke teknologi sangat kecil. Nanoteknologi ialah satu bidang sains gunaan yang menumpukan kepada reka bentuk, sintesis, pencirian, dan penggunaan bahan-bahan dan peranti-peranti pada skala nano. Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat solek dan losen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air.


Nanoteknologi ialah satu subklasifikasi teknologi dalam sains koloid, biologi, fizik, kimia, dan bidang-bidang saintifik yang lain, sebagaimana yang ditakrifkan oleh laman web Inisiatif Nanoteknologi Nasional Amerika Syarikat. Takrifnya ialah "pemahaman dan pengawalan jirim-jirim pada dimensi sebanyak lebih kurang 1 hingga 100 nanometer yang mana fenomena unik membolehkan penggunaan baru".


Istilah nanoteknologi kadangkala disamakan dengan nanoteknologi molekular (juga dikenal sebagai "MNT"), sebuah conjecture bentuk tinggi nanoteknologi dipercayai oleh beberapa dapat dicapai dalam waktu dekat di masa depan, berdasarkan nanosistem yang produktif. Nanoteknologi molekular akan memproduksi struktur tepat menggunakan mechanosynthesis untuk melakukan produksi molekular. Nanoteknologi molekular, meskipun belum ada, dipromosikan oleh para pendukungnya nantinya akan memiliki kesan yang besar dalam masyarakat bila benar-benar terjadi.

Nanosains ialah kajian untuk fenomena dan pengolahan bahan-bahan pada skala nano. Pada dasarnya, bidang ini merupakan peluasan sains-sains yang sedia ada ke dalam skala nano. Nanosains ialah dunia atom, molekul, makromolekul, titik kuantum, serta himpunan makromolekul, dan dikuasai oleh kesan-kesan permukaan seperti daya tarikan Van der Waals, ikatan hidrogen, cas elektron, ikatan ion, ikatan kovalen, kehidrofoban, kehidrofilan, dan penerowongan mekanik kuantum. Bagaimanapun, nanosains tidak merangkumi kesan-kesan skala makro seperti gelora dan inersia. Umpamanya, nisbah antara luas permukaan dengan isi padu yang amat dinaikkan membuka kemungkinan-kemungkinan baru untuk sains berasaskan permukaan, seperti pemangkinan. Keaktifan bermangkin ini juga mengakibatkan risiko-risiko berpotensi daripada saling tindak dengan biobahan.

Pencarian peminiaturan yang berlangsung telah menghasilkan alat-alat seperti mikroskop daya atom (AFM) dan mikroskop penerowongan imbasan (STM). Bergabung dengan proses-proses halus seperti litografi alur elektron, peralatan-peralatan ini membenarkan nanostruktur untuk dimanipulasikan dan dihasilkan dengan sengaja. Bahan-bahan nano tereka bentuk, baik melalui pendekatan atas bawah (suatu bahan pukal dikurangkan saiznya kepada pola nanoskala) mahupun pendekatan bawah atas (struktur-struktur yang lebih besar dibina atau ditumbuh secara atom demi atom ataupun molekul demi molekul), melampaui hanya satu lagi langkah dalam proses peminiaturan. Ahli-ahli sains telah merempuh rintangan di bawah mana pengkuantuman tenaga bagi elektron-elektron dalam pepejal menjadi relevan. Apa yang digelarkan "kesan saiz kuantum" memerihalkan fizik untuk sifat-sifat elektron pepejal yang mengalami pengurangan hebat saiz zarahnya. Kesan ini tidak terjadi ketika mengurangkan saiz elektron dari dimensi makro ke dimensi mikro, tetapi menjadi dominan ketika julat saiz nanometer dicapai. Bahan-bahan yang diturunkan ke skala nano boleh tiba-tiba menampilkan sifat-sifat yang amat berbeza berbanding dengan sifat-sifat yang ditampilkan pada skala makro. Umpamanya, bahan-bahan legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan lengai menjadi mangkin (platinum); bahan-bahan stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal-pepejal menjadi cecair-cecair pada suhu bilik (emas); penebat-penebat menjadi konduktor-konduktor (silikon).

Aspek skala nano yang kedua terpenting adalah bahawa semakin zarah nano menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Struktur elektroniknya juga berubah secara hebat. Kedua-dua kesan ini menyebabkan keaktifan bermangkin menjadi lebih baik, tetapi juga boleh mengakibatkan kereaktifan kimia yang agresif.

Keterpesonaan terhadap nanoteknologi terdiri daripada fenomena-fenomena kuantum dan permukaan ini yang unik yang ditampilkan oleh jirim pada skala nano, dan memungkinkan penggunaan baru serta bahan-bahan yang menarik.

Sejarah penggunaan

Nanoteknologi melewati akhir abad ke-19 apabila sains koloid mula-mula berakar umbi. Walaupun tidak dirujuk sebagai "nanoteknologi" ketika itu, teknik-teknik yang sama masih digunakan pada hari ini untuk mensintesiskan banyak daripada bahan-bahan pada skala nanometer. Sebutan pertama untuk sesetengah konsep pembezaan dalam nanoteknologi (tetapi sebelum penggunaan nama itu) adalah dalam "Masih Terdapat Banyak Ruang di Bawah" ("There's Plenty of Room at the Bottom)", sebuah ceramah yang disampaikan oleh ahli fizik Richard Feynman kepada Persatuan Fizikal Amerika di Caltech pada 29 Disember 1959. Feynman menghuraikan sebuah proses yang mengembangkan keupayaan untuk memanipulasikan setiap atom dan molekul.

Prosesnya melibatkan secara berterusan satu set alat persis untuk membina dan mengendalikan lagi sebuah set yang lebih kecil mengikut kadar sehingga skala yang diperlukan. Dalam proses ini, beliau memerhatikan bahawa persoalan-persoalan penskalaan akan timbul disebabkan magnitud pelbagai fenomena fizikal yang berubah: graviti akan menjadi kurang penting, ketegangan permukaan dan tarikan Van der Waals akan menjadi lebih mustahak, dan sebagainya. Idea asas ini kelihatan munasabah, dan himpunan eksponen memperkukuh idea itu dengan keselarian untuk menghasilkan sebilangan keluaran akhir yang berguna.

Istilah "nanoteknologi" telah ditakrifkan oleh Norio Taniguchi, Profesor Universiti Sains Tokyo, pada tahun 1974 dalam sebuah kertas kerja (N. Taniguchi, "Mengenai Konsep Asas 'Nanoteknologi'," Proc. Intl. Conf. Prod. Eng. Tokyo, Bahagian II, Persatuan Kejuruteraan Kepersisan Jepun, 1974.) sebagai berikut: "'Nanoteknologi' terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan, pengukuhan, dan canggaan oleh sebiji atom atau sebiji molekul." Pada dekad 1980-an, idea asas untuk takrif ini telah diperiksa dengan teliti oleh Dr. Eric Drexler.

Beliau mempromosikan keertian teknologi untuk fenomena-fenomena dan peranti-peranti skala nano melalui ucapan-ucapan dan buku-bukunya, Enjin-enjin Penciptaan: Era Nanoteknologi Yang Akan Datang (Engines of Creation: The Coming Era of Nanotechnology) dan Sistem-sistem Nano: Jentera Molekul, Pengilangan dan Pengiraan (Nanosystems: Molecular Machinery, Manufacturing, and Computation), (ISBN 0-471-57518-6) dan disebabkan beliau, istilah itu memperoleh maksud kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.