Berita Terkini

Media sosial baru VS Media tradisional

Media sosial baru VS Media tradisional
Berita Harian online hari ini melaporkan bahawa Prof Madya dari School of Media and Public Affairs, George Washington University, Janet E. Steele, berkata berita dan maklumat daripada media sosial bukanlah fakta kukuh yang disemak serta ditapis oleh editor berbanding dengan amalan standard oleh media tradisional.

Media sosial baru seperti blog, Facebook dan Twitter adalah antara teknologi canggih yang hebat dalam menyebarkan berita serta maklumat namun ia tidak seharusnya dianggap sebagai kewartawanan sebenar, menurutnya.

SEBENARNYA, mana-mana media pun tugasnya adalah sama, iaitu MENYAMPAIKAN MAKLUMAT. Sama seperti dari zaman dulu kala lagi, manusia menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Bercakap di warung kopi dan di tempat tunggu bas pun boleh dikira sebagai menyampaikan maklumat. Sama saja mana-mana cara pun.

YANG BERBEZA nya hanyalah, adakah maklumat itu benar-benar SAHIH dan TIDAK DIMANIPULASI? Sedangkan kita semua tahu, media-media tradisional sekarang ini pun sudah BANYAK SANGAT campurtangan orang-orang POLITIK. Contoh nya di MALAYSIA sendiri, akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM1, RTM2, TV3, semua itu sudah dipengaruhi oleh tangan-tangan KOTOR dalam politik.

Biasanya berita sebenar lain , tetapi setelah sampai ke tangan EDITOR, maka ia berubah menjadi lain dan banyak juga yang MENGUBAH FAKTA, janji berita itu mesti menunjukkan PRO kerajaan dan MENYALAHKAN pembangkang.

Maka di mana relevan lagi untuk mempercayai Media Tradisional? Orang-orang di Media tradisional sendiri yang menconteng arang ke muka mereka, akibat pengaruh tangan-tangan rahsia dari parti politik.

Apa lagi kalau kita lihat media-media luar negara, terutamanya negara barat. Bagaimana mereka mahu katakan media-media mereka hebat sedangkan mereka juga banyak dipengaruhi oleh parti-parti POLITIK. Dan mereka juga dipengaruhi oleh ketaasuban agama masing-masing. Apa lagi sudah nyata, media-media akhbar besar seperti Reuters, The Sun, dan sebagainya adalah NYATA milik Illuminati.

Ini belum lagi ditambah dengan berita artis-artis dan selebriti mereka yang tiap-tiap hari muncul di dada-dada akhbar dengan pakaian BIKINI dan SEKSI! Akhbar online harian pun sudah seperti majalah seks. Bagaimana kita mahu YAKIN dan PERCAYA dengan editor-editor sebegitu, yang menanam RACUN SEKS kepada masyarakat? Jika hari-hari memaparkan berita yang bergambar wanita-wanita seksi pakai BIKINI, itu terus terang menggugat NAFSU SEKS MASYARAKAT. Dan jika berlaku ZINA, ROGOL, ANAK LUAR NIKAH dan sebagainya, salahkan penjenayah semata-mata, tetapi lupa bahawa mereka yang hari-hari menyogok gambar-gambar wanita yang GHAIRAH berposing.

Dan berbalik kepada media-media tradisional di Malaysia, sudah sekian lama menjadi tali barut UMNO dan sekutu-sekutunya. Maka bagaimana untuk mendapatkan kepercayaan dari RAKYAT lagi?

Adakah editor-editor yang dilantik itu adalah seorang yang ALIM dalam agama Islam? Kerana jika kita sebagai orang Islam, ada banyak faktor yang perlu diambil kira untuk mempercayai seseorang itu. Sama lah kesnya dalam mempercayai seorang saksi dalam suatu kes.

Maka jika mahu para editor mendapat kepercayaan semula, terutamanya oleh masyarakat Islam, sebaiknya PERKENALKAN editor-editor itu pada KHALAYAK UMUM, biar semua orang KENAL, jangan hanya berselindung di sebalik nama EDITOR, menyorok macam tikus.

Dan buangkan campurtangan orang-orang POLITIK. Pemimpin negara sepatutnya MENDENGAR semua teguran dan kritikan, bukan hanya pandai MENGUASAI MEDIA untuk berselindung di sebalik bermacam-macam KESALAHAN dan KORUPSI yang dilakukan.

Dan lantik lah editor-editor yang berkelayakan dan ada ilmu agama, serta berakhlak mulia dan amanah. Dan muncul lah di khalayak ramai semoga orang tahu siapa EDITOR itu.

Kerana itulah Undang-undang dan sistem yang terbaik untuk diikuti ialah Undang-undang Islam. Jika tidak masyarakat akan runtuh, akhlak akan runtuh dan tamadun pun akan runtuh suatu masa nanti.

Sekian pendapat saya yang naif ini, semoga kita semua mendapat yang TERBAIK dari Allah s.w.t , amin .......





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.