Muslim Amerika solat berjamaah di Capitol Hill
Ratusan Muslim Washington merancang untuk 'berbaris panjang' (berjalan bersama-sama) ke Bangunan Capitol. Tujuannya, bertemu ahli parlimen dan mendesak legislator untuk bercakap menentang retorik Islamophobia (fobia Islam) dan kebencian.
"Acara ini akan memberikan peluang bagi Muslim dari daerah-daerah wakil majoriti kita, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses politik dan untuk bertemu dengan wakil mereka (legislator) yang terpilih," ujar Pengarah Eksekutif CAIR Washington, Arsalan Bukhari.
Arsalan juga menambah, legislator harus mengambil tindakan penting pada tahun ini, untuk memperuntukkan dana dan memberikan perkhidmatan serta bantuan, bagi masyarakat Muslim yang lemah. Long march (perbarisan panjang) dirancang sebagai sebahagian daripada acara tahunan, "Washington State Muslim day at the Capitol."
Sekitar 400 Muslim dijadualkan bertemu dengan puluhan wakil terpilih mereka dalam acara ini. Mengikut perancangan, acara ini bakal diadakan 16 Januari akan datang, dan ini merupakan yang terbesar dari acara sejenis lain.
Bagi para legislator, mereka merancang memberi cenderahati berupa salinan Al-Quran dengan terjemahan bahasa Inggeris.
Menjelang pilihan raya AS, dunia politik kembali panas, dan mahu tak mahu mengheret fobia Islam. Salah satu capres parti Republik sebelum undur diri, Peter King, dalam sebuah pidato yang diterbitkan secara meluas mengingatkan AS akan bahaya radikasisasi Muslim negeri itu.
Baru-baru ini, seorang ahli parlimen Republik Missouri menggambarkam, Islam sebagai suatu penyakit, seperti polio. Sementara yang lain, menyebut Islam sebagai 'penjajah' dari lingkungan Amerika.
Sebuah laporan terbaru oleh CAIR dan University of California Berkeley mendapati bahawa Islamofobia di AS meningkat. Kajian di Amerika Syarikat juga mendedahkan bahawa majoriti orang Amerika tahu serba sedikit tentang Islam dan 43 peratus orang Amerika merasa sekurang-kurangnya 'sedikit' berprasangka terhadap Muslim.
[On Islam , Republika]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)